Profesor
Datuk Dr Rahman Shaari berkata, ada empat pemikiran politik di Malaysia.
Antaranya pemikiran politik Islam, pemikiran politik sosialis pemikiran politik
nasionalis dan pemikiran politik
pelbagai.
Penulis
dalam tulisan ini cuba sentuh bahawa pemikiran politik Islam dianuti oleh
PAS,pemikiran politik sosialis dianuti oleh DAP,MCA dan parti parti yang bukan
islam. Manakala pemikiran politik nasionalis pula di anuti oleh umno.
Kita harus
ingat bahawa pemikiran politik kuminis juga pernah wujud di Malaysia ini. Tidak
mustahil pemikiran tersebut sudah hapus, kerana orang china tidak akan
menggunakan pemikiran lain selain pemikiran politik kuminis.
Yang menarik
hari ini ialah pemikiran politik pelbagai meresap masuk kedalam PAS yang pada masa
dahulunya menganuti pemikiran politik Islam.
Jika benar
pemikiran politik islam sudah mula terhakis dalam parti PAS, maka sangat malang
sekali bagi umat islam di Malaysia, kerana jangan diharap umno akan mengubah
pemikiran politik nasionalis yang dinauti selama ini.
PAS
kelihatan lebih bercelaru apabila wujudnya pemikiran politik yang pelbagai yang besar kemungkinan orang orang
yang punyai pemikiran Islam akan tersingkir seorang demi seorang sejak akhir
akhir ini.
Selepas
berlau kemelut menteri besar Selangor kelihatan dengan jelas dan nyatakan
bahawa ada usaha untuk menyingkir pemimpin yang menganuti pemikiran politik
islam berjalan begitu rancak sekali dan beragenda.
Sudah ada
yang menuduh parti pas sebuah parti asobiyyah dan modern namun presiden Datuk
Seri Haji Abdul Hadi Awang kena letak jawatan dan jika enggan berbuat demikian
mesti dijatuhkan dengan apa cara sekali pun.
Ianya
berpunca dari pemikiran politik pelbagai berdasarkan latar belakang para ahli
jawatankuasa PAS Malaysia kini.
Hari ini
hanya 30 peratus sahaja ahli jawatankuasa PAS Malaysia yang menganut pemikiran
politik Islam untuk mempertahankan dasar perjuangan asal.
Oleh itu,
dalam Muktamar tahunan tahun depan kemungkinan besar presiden PAS akan bertukar
tangan dari seorang yang menganuti pemikiran islam kepada seorang tokoh
pemikiran politik pelbagai,jika ada pertandingan .
Penulis
berkata demikian, kerana sudah ada suara suara yang mana Presiden wajib di
jatuhkan dan diganti dengan orang tokoh
lain agar PAS dapat diperkasakan sebagai parti politik yang masih besar
pengaruhnya.
Mengapa
penulis berkata demikian. Mengapa tidak? Kerana perwakilan yang ada kuasa untuk
mengundi presiden 70 peratsus terdiri daripada perwakilan yang menganut pemikiran
politik pelbagai iaitu pemikiran politik kafirisme.
Bagi
penulis, pemikiran politik diatas muka bumi
ini boleh di sebut bahawa ianya terbahagi kepada dua sahaja. Satu,
pemikiran politik “islamisme” dan satu
lagi, pemikiran politik “kafirisme”.
Mereka yang
menganut pemikiran politik kafirisme sudah barang tentu benci dengan mereka
yang punya pemikiran politik islamisme. Sebab itu Prisedn PAS sekarang diminta
letak jawatan disamping menghina habis
habisan.
Lebih lebih lagi
Ketua umum PKR merupakan seorang tokoh
yang dikatakan menganuti pemikiran politik “liberalisme Islam” yang mana
baru baru ini telah menyatakan pendiriannya,bahawa SIS yang di fatwakan bagai sesat itu dikatakan
hanya merupakan suatu pembezaan pendapat
dalam Islam bukan NGO yang sesat.
Yang palimg tidak wajar ahkli jawatankuasa Pas Malaysia Dr Mujahid juga turut menyokong SIS yang jelas nyata sesat. Jika para pemimpin umno yang berbuat demikian sememangnya patut kerana mereka berfahaman semua agama sama sahaja.