Ahli Dewan
Undangan negeri Bukit Payong, ustaz Mohd Nor Hamzah ketika berkhutbah di Majis
At Takwa Batu Enam ada berkata orang orang Islam tidak faham dengan Islam.
Sememangnya
kebanyakan orang orang Islam tidak faham dengan Islam, kerana mereka terbahagi
kepada 73 puak.
Hanya satu
puak sahaja yang diterima keislamanya. Mereka yang mengikut ajaran Rasulullah
SAW.bermakna 72 puak semuanya tidak diterima keislamanya.
Orang orang
Islam inilah yang tidak faham dengan Islam. Inilah masalah yang dihadapi dan
satu halangan yang cukup besar untuk puak yang hendak mendaulatkan undang
undang Allah atas muka bumi ini.
Orang orang
Islam ini miskipun masih mengaku beragama islam sememangnya tidak faham dengan
Islam, atas sebab, tidak mengikut Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Akan tetapi
tidak dinafikan ada juga puak yang ikut ajaran Rasulullah SAW keliru dengan
Islam, terhingga tergamak mengatakan kristian tidak lagi memusuhi Islam.
Pada hal
Allah subhanahu wataala telah menyatakan
dengan sejelas jelasnya bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan
Islam.Bayangkan musuh Allah. Mana mungkin mereka selari dengan agama Islam.
Atas sebab
itu juga mereka mengeluarkan pendapat pendapat yang nyata dan jelas tidak
selari dengan padangan puak yang berjuang untuk mendaulatkan undang undang
Allah.
Ada yang
berkata biar memerintah dahulu baru boleh fikir mengenai hudud. Kita tidak tahu
dari mana menreka ambil pendapat sesat dan boleh menyesatkan umat islam
sendiri.Kata kata demikian jelas dan nyatakan mereka tidak faham dengan Islam.
Bukan
setakat itu sahaja, malah mereka tidak menyokong RUU 355 yang bertujuan untuk memperkasakan undang undang
Islam di mahkamah syariat.
Sehubungan dengan
itu, penulis masih ingat dengan pendapat Dr Ahmad Hasbi Al-Baghdadi dalam buku
kajian kajian fiqh Semasa, bahawa doktrin doktrin, pendapat pendapat dan
pemikiran yang sesat dan salah itu dikumandangkan oleh mereka dan
disebarluaskan melalui penerbitan buku buku, suratkhabar, majalah, radio dan
televisyen,dan terakhir ini melalui jaringan internet yang tiada edit dan tapisan.Ia
terlalu banyak yang membacanya.
Ia berlaku
daripada pihak para pendakwah dengan cara mencela atau mendiskreditkan pendapat
pendapat dan doktrin doktrin yang sesat ini dan menunjukkan kebatilan atau
kesesatannya.
Ini
dilakukan melalui perantaraan pakar ilmu huklum dan orang orang yang mengetahui
doktrin doktrin atau pendapat pendapat ini serta kesalahan kesalahannya.
Ada satu
usaha yang dianggap penting dan sukar untuk dihalangi usaha orang orang ada
ijazah PHD dan memangku jawatan dalam kerajaan dan mengaku berpegang kepada
agama Islam mengeluarkan pendapat sesat
yang mengandungi fitnah dan mencemar nama baik agama Islam.
Bukan
setakat itu sahaja, malah boleh mecemarkan nama baik Nabi Muhammad SAW serta
kitab Al Quran dan prinsip prinsip agamaIslam yang syumul itu.Semua itu mereka lakukan
dengan alasan kebebesan pendapat.Padahal ia merupakan fahaman yang jahat dan
merosakkan.