Saturday, December 1, 2012

UMNO mengkhianati amanah?



Kita boleh setuju seratus peratus apa yang dikatakan Tun Mahathir bahawa hak demokrasi tidak harus disalah guna untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
Bagaimana pula dengan rampasan kuasa kerajaan UMNO/BN terhadap kerajaan Perak yang dilakukan  selepas satu tahun pakatan rakyat menang dan memerintah negeri tersebut. Apakah ia bukan salah guna kuasa demokrasi?.
Dan bagaimana pula dengan amanah diberi rakyat kepada  umno untuk memerintah selama lebih 50 tahun itu. Apakah umno tak salah guna kuasa demokrasi sepanjang memerintah Negara ini.
Jika disebut umno mengkhianati amanah yang diberi rakyat. Pasti dinafikan sekeras kerasnya.Bukan setakat itu sahaja, malah menuduh itu adalah fitnah belaka.Pada hal ia tidak dinafikan lagi.

Pada penulis, miskipun ada bukti kukuh  sesetengah pihak yang tidak berpuas hati setelah kalah dalam pilihan raya seringkali mengadakan demonstrasi atas nama hak demokrasi yang diamalan Malaysia tidak bermakna pembangkang saja yang salah guna hak demokrasi.
Pendek kata antara kerajaan dan pembangkang dua kali lima jugak jawapnya.Mungkin pada kerajaan jawapannya 11 suatu yang positif. Atau lebih besar angka berbanding pembangkang yang sering dianggap nagetif belaka.
Penulis boleh setuju demonrtasi yang telah diadakan selama ini oleh pembangkang  suatu  percubaan untuk  menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.itulah tujuannya.Lebih lebih lagi ia tidak salah malahan telah dibenarkan oleh undang undang dan perlembagaan Negara,
Dan bagaimana pula dengan umno yang sering mengadakan demonrtasi di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan? Inilah kaedah yang digunakan oleh parti yang kalah dalam pilihanraya umum dengan tujuan untuk menguling kerajaan pilihan rakyat.
Jika Pakatan rakyat dikatakan salah guna hak demokrasi, apakah umno tak salah guna kuasa hak demokrasi dengan mengadakan demonstrasi sileh berganti, terutama sekali  telah mengadakan ratusan demonstrasi di Selangor.

Penulis boleh setujui bahawa pembangkang menimbulkan kekacauan di seluruh Negara dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan mengadu pada SPR bahawa kerajaan menipu dalam pilihan raya,
Apakah umno yang mengadakan demonstrasi tidak menimbulkan kekacauan di seluruh negeri Selangor.Jika di selangor tidak berlaku sebarang kekacuan,sudah tentu demonstrasi jalanan sebaliknya.
Bukan setakat itu sahaja, malahan Dr Mahathir kata boleh membawa kepada keganasan, serangan dan pembunuhan tanpa menyedari umno pernah melakukan pembunuhan terhadap penyokong PAS di Memali dahulu.
Angkara siapakah itu, Adakah angkara pembangkang jugak ke? Ini jelas kerajaan dan umno/BN yang salah guna kuasa hak demokrasi sehingga mengakibatkan negara menjadi tidak selamat lagi kepada rakyat.
Bayangkan wanita yang ada dibawah kawalan polis pun menjadi mangsa rogol disamping kanak kanak perempuan tidak berdosa dirogol dan dibunuh.Peliknya kes berat dan besar begini dianggap kes terpencil oleh pihak polis dan kerajaan.
Apakah kes rogol, bunuh, rompak dan ragut membabitkan hilang nyawa dan hartabenda yang berlaku setiap hari di Negara satu Malaysia ini bukan keganasan, bukan kemusnahan dan bukan ancaman keselamatan kepada rakyat.
Allah telah menyatakan, bahawa tabiat manusia menolak dan tidak senanghati dengan kebenaran.

Sunday, November 25, 2012

Tauke Tan Sri Muhyiddin?




Dua minggu lepas salah seorang bekas kontraktor yang mengajak penulis minum kopi sambil bersantai memberitahu segala projek di Terengganu dikuasai dan ikut telunjuk tauke.

Dua tiga hari  lepas seorang kontraktor ketika minum di kedai kopi sambil bersantai bercakap pasal tauke Muhyidin sudah masuk negeri Terengganu.

Bercakap pasal tauke, penulis ingat tauke Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Wan Mukhtaryang menguasai pulau Redang dan Tasik kenyir.

Manakala tauke Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Idris Jusoh menguasai Pulau Duyung dan Pulau Wan Man hingga mereka jadi kayaraya segera.

Bukan sahaja tauke tauke itu yang buat harta, malahan anak  Tun Mahathir,anak Tun Abdullah dan adik Datuk Seri Mohd Najib jadi antara orang terkaya di Negara ini.

Oleh itu, penulis tidak terkejut apabila soseh soseh tauke perdana menteri , tauke timbalan perdana, tauke menteri menteri dan tauke timbalan timbalan menteri bermaharajalela disana sini di Negara ini.

pendek kata semua para pemimpin umno mempunyai tauke tauke masing.Datuk Ahmad Said yang mengatakan negteri Terengganu dibawah terajunya bebas rasuah juga ada tauke yang menguasai ekonomi negeri kaya rakyat miskin ini.

Apa hendak dihairankan. Usah menteri besar malahan exco exco dan wakil rakyat wakil rakyat juga, masing masing ada tauke. Sebab itu jadi wakil rakyat sepenggal pun sudah boleh buat rumah harga jutaan ringgit.

Mengapa tidak? Projek RM 5.6 juta diberi kepada kontraktor RM 4.6 juta. Cuba anda bayangkan. Sudah tentu RM 1.6 juta dalam tangan.

Cuba anda bayangkan sebatang jalan sepanjang 5.6 kilometer berharga RM 250 juta diberi kepada kontraktor (tauke) dengan harga RM 100 juta. Pasti RM 150 juta dalam tangan. Masing masing dapat habuan.

Demikian juga dengan  sebuah jambatan yang berharga RM 210 juta. Anda boleh kira sendiri berapa juta dalam tangan.

Sebuah jambatan yang akan dibina dari Losong Fere ke Teluk Pasu yang berharga RM 250 juta dan sebuah jambatan cantik dan klasik akan dibina dari Tanjung Kapor ke Sebarang Takir yang berharga RM 250 juta.

Sebuah Bandar Baharu di Kuala Nerus seluas 378 ekar katanya akan diberi kepada tauke Tan Sri Muhyiddin sahaja setelah berhijrah dari Johor ke  Terengganu.

Ini yang membuat kontraktor negeri Terengganu terpaksa golong tikar. Tidak dinafikan masih ada beberapa orang yang diberi projek berharga dibawah seratus juta.Manakala yang berharga ratusan juta keatas 
 kebanyakan diberi kepada tauke tauke timbalan perdana menteri dan menteri besar.


  

Tuesday, November 20, 2012

Tengku Paduka tanding parlimen KT



Tengku Ibrahim yang menyerahkan borang keahlian Pas kepada Nik Abdul Aziz di Jabi tidak lama dahulu itu telah disebut bakal bertanding PRU 13 nanti. Sama ada Dun atau parlimen sama samalah kita tunggu.

 Persoalan yang timbul sekarang ini pihak PAS negeri Terengganu sudah menyatakan persetujuannya untuk meletakkan Raja Bahrin bakal bertanding di parlimen Kuala Terengganu pada PRU 13 nanti.

Persetujuan itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut dalam satu kenyataan membuat pengundi Parlimen Kuala Terengganu rebut seketika

Apabila Tengku Peduka Raja menyertai PAS Soseh soseh kedengaran bahawa Tengku Peduka lebih layak diberi peluang bertanding di parlimen Kuala Terengganu berbanding Raja Bahrin.

Sesetengah mengatakan Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang pernah menang pada PRU 8 di DUN Tanggol atas tiket parti semangat 46 wajat bertanding di DUN Langkap .

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tengku Paduka atau Ku Duka menyerahkan borang sebagai ahli Pas kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seorang yang masih proaktif dan layak bertanding miskipun usianya sudah lanjut.

Tengku Ibrahim merupakan anak ketiga Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al Marhim Sultan Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 negeri Terengganu sangat dihormati pihak lawan,

Dengan lain perkataan beliau mempunyai pengalaman sebagai orang ahli politik yang disegani semua pihak  berbanding dengan Raja Bahrin yang baru berjinak jinak dengan dunia politik yang penuh dengan tipu daya dan  cabaran.

Tengku Paduka yang pernah menang dalam Pilihanraya Umum kelapan pada 1990 serta menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanggol yang proaktif dan digeruni Tan Wan Mukhtar MB Terengganu kerana banyak modal dan pengalaman.

Setelah Semangat 46 dibubarkan pada Mei 1996, beliau kembali menyertai Umno sebelum mengisytiharkan keluar Umno serta menjadi ahli Pas.

Menurut Tengku Ibrahim, beliau telah lama berhasrat untuk menyertai Pas tetapi hanya menunggu masa sesuai.

“Saya dulu Pas masa Semangat 46. Saya dengan Pas lama dah baik,” katanya yang enggan menjelaskan faktor mendorong beliau menyertai Pas.

Persoalan yang timbul kini, Raja Baharin yang disebut akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu adalah orang baru berbanding Tengku penduka raja yang pernah jadi ADUN Tanggol itu.

Dari segi ketokohan Tengku penduka lebih layak diangkat bertanding PRU 13 di Parlimen Kuala Terengganu berbanding Raja Bahrin.


Thursday, November 15, 2012

Najib tidak yakin boleh tawan Selangor




Ketika bercakap didepan penganut Hindu di Batu Caves Najib masih tidak yakin boleh tawan negeri Selangor PRU 13 nanti.

Yang mampu diucapkan tidak lain dan tidak bukan suatu janji  jika BN memerintah Selangor Pangsapuri setinggi 29 tingkat akan dibatal.

Itulah tindakan yang pernah dilakukan oleh perdana menteri  yang “amanah” dan kerajaan di amanahkan oleh rakyat memerintah Negara terhadap negeri yang diperintah pembangkang.

Menarik balik bayaran royalty minyak 5 peratus  terhadap negeri Terengganu selepas PAS menang dan memerintah  PRU 10 (1999-2004).

Sehingga hari walaupun Najib sendiri yang buat janji akan menbayar semula royalti minyat 5 peratus kepada kerajaan Terengganu di ditadbir BN belum ditepati lagi.

Demikian juga yang dilakukan terhadap kerajaan Kelantan, sedangkan negeri Keelantan berhak mendapat bayaran royalty minyat 5 peratus.

Oleh itu, janji Najib pada orang Hindu di batu Caves tempoh hari bukan janji mustahil jika BN memerintah semula Selangor.

Tindakan jahat terhadap negeri yang diperintah pembangkang sudah menjadi amalan UMNO/BN baik siapapun yang menjadi perdana menteri.

Pada hal tindakan itu jelas dan nyata bercanggah dengan amalan demokrasi berparlimen dan perlembagaan  Negara Malaysia.

Saol bercanggah dengan perlembagaan Negara tidak pernah diambil kira oleh para pemimpin yang menerajui Malaysia ini, asalkan tindakan tersebut oleh menyekat rakyat mengundi pembangkang.

Lebih lebih lagi rakyat Malaysia sejak sekian lama memiliki perasaan” takut” dan “harapan”  punca umno/BN memerintah selama 60 tahun.

Kebanyakan bijak pandai dalam Negara mengandaikan PRU 13 ini adalah merupakan tahun akhir buat umno/BN memerintah Negara ini.

Penulis tengok dalam media massa pro kerajaan umno/BN masih boleh menang dan memerintah Negara ini selepas PRU 13 yang akan di adakan MAC 2013.

Akan tetapi dalam hampir seluruh laman web dinegara ini sokongan terhadap kerajaan UMNO/BN menurun dan jatuh merudum.

Maka jalan ke Putrajaya pembangkang walaupun telah disekat,nampak begitu cerah dan pasti umno/BN berputih mata miskipun sudah banyak wang rakyat dihabiskan untuk memenuhi harapan kebanyakan rakyat.

Apa apa pun kita kena lihat perkembangan politik selepas perhimpunan agung umno yang bakal diadakan ujung November ini yang ada ura ura akan ditangguh atas sebab sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Sesungguhnya hari ini, bacaan politik masih tidak menentu miskipun kerajaan mengadakan pelbagai inisiatif dan insentif  berbentuk bantuan yang jadi harapan kebanyakan rakyat.
     


Monday, November 12, 2012

Benarkah Najib bimbang dengan penularan fahaman liberal

Setakat hari ini belum ada seorang pun perdana menteri Negara kita yang rasa bimbang dengan penularan fahaman liberal yang sangat berbahaya itu.

Akan tetapi hari ini kita sedia maklum bahawa Datuk Seri Mohd Najib Razak perdana menteri Malaysia ke 6 menyatakan rasa bimbang yang amat sangat dengan penularan fahaman tersebut.

Apa pun fahaman liberal ini bukan baru sahaja menular di Malaysia ini, malah sudah sekian lama, akan tetapi tidak ada seorang perdana menteri pun yang rasa bimbang dengan penularan tersebut.

Yang ada perasaan bimbang hanya dihati kalangan ulamak yang baik sahaja, manakala ulamak jahat berdiam diri bak syaitan bisu.

Yang paling sedih lagi ada ulamak yang mengatakan “tak apa” pinjaman berfaedah (bunga) pada bank, termasuk bank bukan islam sebagai bukan “riba”. Malah, kata mereka, ia bertepatan dengan “syariah”.

Mereka ini terdiri daripada yang ada ijazah PHD bidang agama Islam luar dan dalam negeri dan sangat menggalakkan rakyat meminjam untuk membeli rumah dan kenderaan kerana tak apa.

Apa pun fahaman liberal dalam hukum hakam ini sudah sekian lama menular sehingaga pihak kerajaan semasa diterajui Tunku Abdul Rahman Al Haj menghalalkan judi loteri kebajikan.

Pendek kata sehingga ini judi telah di lesenkan di Malaysia dengan katanya dan beralasan bahawa kerajaan tidak menghalalkan” judi”,  walaupun telah dilesenkan.Judi tetap haram bagi orang orang Islam.

Memang ada lojik juga kerana rakyat Negara terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan agama yang berbeza satu sama lain.

Akan tetapi bagaimana pula dengan  anggapan dan pernah diucapkan beberapa orang menteri kabenit bahawa “agama sama sahaja”, sedangkan mereka yang menyamakan agama itu sama sahaja boleh jadi kafir “mutlak”.

Fahaman liberal menetapkan tidak boleh mengatakan orang kafir sebagai kafir atas alasan bahawa boleh “mengancam keterteraman awam” dan seolah olah kita telah mengajak orang kafir berperang.

Bukan setakat itu sahaja, malahan sudah ada Negara orang islam yang mengharamkan perkataan “jihad” dan sekaligus tidak membenarkan mata pelajaran tersebut diajar sekolah sekolah dan university university negaranya.

Di Malaysia mata pelajaran pengetahuan Islam sudah ditukar kepada mata pelajaran “moral” kerana ada kalangan yang bimbang dengan fahaman Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW bertapak kukuh.

Kita sedia maklum bahawa 83 peratus rakyat yang mendakwah diri  orang Islam tidak solat lima waktu sehari semalam, sedang tinggal solat dengan sengaja itu hukumnya  jadi kafir (hadis).

Ulamak yang berfahaman liberal tetap mengatakan tinggal solat sengaja tidak jadi kafir atas alasan mereka itu tidak menafikan hukum wajib solat.

Alasan yang dibuat ini jelas ianya berfahaman liberal dalam agama sepertimana yang pernah diucapkan oleh bijak pandai Islam liberal di  Indonesia bahawa “tutup aurat” hanya dalam “solat” dan  ketika mengerjakan umrah dan haji  sahaja.

Fahaman ini sudah lama menular ke Malaysia, sedangkan tidak “ menutup aurat” itu tak bau cium syurga atau dengan katakana mereka yang terlanjang itu masuk neraka. 

Yang paling sedih lagi ada salah seorang yang ada PHD mengatakan belum tentu mereka yang tak aurat ini masuk neraka. Memang betul jika mereka sempat bertaubat dan diterima taubatnya, kerana Allah maha pengampun.

Bagaimana pula dengan hadis yang bermaksud: “Barang siapa (perempuan) yang tak tutup aurat tak bau cium syurga”  Apakah boleh kita sanggah mengatakan belum tentu mereka masuk neraka, sedangkan Rasulullah SAW telah dimaklumkan oleh Allah masuk neraka.

Kesimpulannya fahaman liberal mengenai Islam di Malaysia sudah berakar umbi sekian lama sehingga 83 peratus rakyat orang islam tak solat lima waktu yang membabitkan  “rosak akidah” dek sikap para pemimpin Negara yang menganut fahaman tersebut.