Thursday, December 26, 2013

Bazir ke atau salah guna kuasa?

Penganalisis politik Khoo Kay Peng berkata, kerajaan yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Razak membazirkan wang negara.

Beliau berkata demikian berdasarkan laporan Audit Negara. Barangkali anda semua setuju dengan label tersebut, kerana laporan audit Negara bukan laporan palsu.

Pada hemat penulis, pembaziran atau dengan kata lain membazirkan wang Negara merupakan salah laku atau salahgunakuasa yang boleh disabitkan kepada sesiapa yang melakukannya.

Barangsiapa yang melakukan pembaziran dia adalah penjenayah Negara.Lebih lebih lagi mereka itu merupakan orang yang diberi amanah untuk memimpin rakyat.

Salah satu jenayah Negara yang paling bahaya ialah “rasuah”. Rasuah adalah jenayah yang paling bahaya dan wajib di bantres untuk menyelamatkan Negara daripada muflis.

Yang membuat penulis sedih ada pihak yang mengatakan tidak boleh mesabitkan pejenayah rasuah, kerana tidak cukup bukti.

Hairan juga, kerana laporan audit Negara ada dan boleh dijadikan barang bukti yang sangat kukuh untuk mendakwa mereka yang terbabit dengan rasuah.

Persoalan yang berbangkit sekarang pihak kerajaan terutama sekali SPRM yang diberi tugas membentras enggan melaksanakan tugasnya yang diamanahkan.

Pemimpin Negara ditugaskan dan diamanahkan untuk mengurus harta Negara tidak berbelah bahagi semata mata untuk kebahgiaan dan kesejahteraan semua rakyat.

Malangnya mereka jelas salahgunakuasa dan pecah amanah setelah berkuasa yang mana mahu tidak mahu wajib dan boleh disabitkan bahawa mereka adalah penjenayah dan wajib dihukum.


Sunday, December 22, 2013

Susah hendak buktikan, atau kebal?

Dalam soal jawab membanteras Rasuah TV 3 18 Disember 2013 Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang sangat optimistik dengan seksyen 14 (2) akta Suruhan jaya Pecegah Rasuah Malaysia.

Manakala Tan Sri Hadenan Abdul Jalal berkata, susah hendak buktikan yang mereka ada kes dengan rasuah.

Datuk Takiyuddin Hassan sanggup ketepikan partinya dan secara peribadi akan mempertahankan dan menyokong penuh seksyen 14 (2) Akta Suruhanjaya pencegah Rasuah Malaysia memberi keberkesanan membanteras rasuah.

Penulis rasa terpanggil untuk mengulas pandangan Tan Sri Hadenan Abdul Jalal. Memang pun kelihatan betapa sukar untuk pihak SPRM membuktikan yang mereka yang didakwa di Mahkamah untuk disabitkan.

Pada penulis ianya bukan sukar, kerana “bilis” yang ditangkap dan dakwa boleh disabitkan dan di jatuhkan hukuman denda dan penjara.

Akan tetapi “Jerung” hatta telah didakwa maka tidak dapat disabitkan dengan alasan tiada bukti kukuh dan mereka itu dibebaskan.

Pada hemat penulis, sukar hendak buktikan hanya pada jerung jerung sahaja, manakala bilis bilis sangat senang untuk dibuktikan dan disabitkan.

Maka tidak lain dan tidak bukan mereka itu “kebal”. Bukan sahaja kebal, malah SPRM tidak boleh tangkap. Apatah lagi untuk mendakwanya di mahkamah.

Pelantikan tiga Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Takiyuddin Hasan (PAS) Datuk Fuazi Abdul Rahman (PKR) dan Dr Tan Seng Giaw (DAP) susah juga untuk buktikan kes, selagi jerung jerung itu masih kebal.

Keballah punca SPRM tidak dapat melaksanakan tugas miskipun Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohammad sangat optimistic dengan seksyen 14 (2) Akta suruhanya jaya pencegah Rasuah Malaysia.

Oleh itu, apa apa yang dicakap oleh panel soaljawab membantras rasuah malam 18 Disember 2013 itu hanya persepsi semata mata. Tidak lebih daripada itu, hatta yang keluar dari mulut Ahli Parlimen PAS Datuk Takiyuddin Hassan sekali pun.





Saturday, December 14, 2013

Cerita tidak masuk akal

Di Kemaman. Banjir sudah surut, tetapi bantuan bentuk barangan untuk mangsa banjir bertalu talu sampai.

Tidak semena semena muncul satu berita yang memang tidak masuk akal berlaku di pusat kihdmat masyarakat salah satu DUN di parlimen Kemaman.

Penulis tidak percaya dengan cerita itu. Anda juga tidak percaya, kerana ia tidak masuk akal dan sangat tidak munasabah.

Bayangkan satu pusat khidmat masyarakat milik umno parlimen Kemaman mempunyai kaki tangan seramai dua puluh tujuh orang.

Paling tidak masuk akal, salah seorang kaki tangan lulusan SPM gajinya RM 2,400 sebulan dan pengarahnya (ketua jabatan) gajinya RM 7,000.

Cuba anda bayangkan, munasabahkah gaji ketua pusat khidmat masyarakat milik umno gajinya sebanyak itu.Sangat tidak munasabah.

Gaji itu adalah gaji seorang pengarah atau ketua jabatan sepertimana pengarah Tanah dan Galian kerajaan negeri Terengganu SUK Wisma Darul Iman.

Lagi tidak munasabah, gaji semua kaki tangan pusat khidmat masyarakat itu  dibayar oleh kerajaan negeri Terengganu.

Sangat sangat tidak munasabah cerita yang tersebar dan penulis mendengarnya. Pasti ia satu fitnah hendak memburuk buruk nama baik menteri besar Terengganu yang dikatakan sedang tunggu masa untuk jatuh dan diganti dengan nama lain.

Cerita ini datang dari mulut orang umno sendiri. Sama ada “Sah”atau “tidak” sama sama kita siasat, kerana Allah minta kita siasat apabila mendengar cerita dari seorang munafik. 




Tuesday, December 10, 2013

Kuasa Melayu akan hilang PRU 14?

Kuasa Melayu akan hilang Antara isu menarik disentuh oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam ucapan dasar perhimpunan Agung umno ke 69.

Isu Kuasa Melayu akan hilang ini dicanang sedemikian rupa oleh para pemimpin umno selepas Pas berkerjasama dengan DAP dan PKR atas nama tahaluf siasy.

Secara tidak langsung Mohd Najib Razak presiden umno dan merangkap perdana Malaysia ke 6 menyebut bahawa kuasa Melayu akan hilang selepas PRU 14.

Dengan itu, penulis berani mengatakan ia sudah lama kuasa Melayu hilang dan jadi realitinya miskipun umno tulang belakang kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang.

Mana dia Ayat “kuasa melayu” yang ada pada kerajaan sekarang. Betul perdana menteri Melayu dan timbalan perdana menteri melayu.

Dan Menteri menteri pun boleh dikatakan ia majority berbanding dengan menteri menteri bukan Melayu, Tetapi mana dia kuasa Melayu.

Amat benarlah apa yang dikatakan bahawa kuasa Melayu akan hilang. Pada penulis, bukan akan hilang malah sudah lama hilang.

Sah dibawah umno melayu terpinggir dan terus terpinggir buat selama lamanya. Itulah puncanya melayu hilang kuasa dek umno yang mendakwa akan di perkasakannya.



Thursday, December 5, 2013

Melayu bunuh Melayu?

Tajuk ini semacam tidak musabah. Mana mungkin orang Melayu bunuh Melayu. Akan tetapi tidak mustahil ia berlaku. Malah sudah jadi realitinya.

Zaman Jahiliah ayah bunuh anak perempuan hidup hidup dan zaman Fir’aun anak lelaki di bunuh oleh kerajaan. Itu zaman manusia menderhakai Allah.

Tetapi hari ini zaman orang Melayu mengaku beriman kepada Allah, sudah ada anak  bunuh ayah, ibu dan nenek. Oleh itu, ianya munsabah tajuk diatas, Melayu bunuh Melayu.miskipun bunyinya kasar.

Apalah sangat bangsa (Melayu bunuh Melayu) jika dibandingkan darah daging sendiri tergamak dijadikan mangsa pembunuhan sejak dahulu hingga kini.

Oleh itu, tidak pelik jika Melayu bunuh Melayu berlaku secara berleluasa kini. apatah lagi melayu sama melayu yang berbeza fahaman politik pulak tu.

Bukti Melayu bunuh Melayu bukan isu baru, malah ia sudah sekian lama berlaku. Pendek kata kita sedia maklum kedai Melayu duduk dalam perkampungan Melayu boleh mampus. Tetapi kedai China boleh hidup dan pemiliknya jadi kayaraya.

Tidakkah ini melayu bunuh melayu namanya.

Inilah amalan orang melayu yang mendakwa dirinya patriotic. Atau dengan kata lain mereka mendokong fahaman nasionalisme membela bangsa, agama dan Negara.

Jika mereka mendakwa membela bangsa macam mana SABASUN satu satunya pasar raya milik bangsa melayu dikatakan tidak  di sambung lesen oleh Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu.

Tidakkah ini, pihak kerajaan umno sendiri yang membunuh bangsanya sendiri.Apakah alasannya, penulis tidak tahu. Yang penulis dengar, SABASUN tidak akan disambung lesennya setelah memohon memperbarui lesennya

Penulis tidak tahu apakah puncanya. Tetapi yang penulis faham memang ia bertujuan membunuh Melayu.
Cuba andai bayangkan. Apakah akan terjadi dengan pasar raya milik Melayu tidak boleh operasi lagi tahun depan ini.

Sudah tentu mampus dibunuh oleh kerajaan yang diterajui Datuk Seri Ahmad Said merangkap pengerusi umno Terengganu yang sedap bercakap umno membela Melayu.

Yang penulis nampak, umno sejak dahulu  lagi bukan nak bela melayu tetapi sah akan bunuh Melayu.Amat benarlah kata KU LI suatu masa dulu, umno pengkhianat bangsa sendiri.

Mana dia motto, umno membela Melayu yang sentiasa cair dibibir para pemimpin umno itu. Melayu manakah yang umno bela, Wahai Datuk Seri Najib dan wahai MB Terengganu.
  


Saturday, November 30, 2013

Antara keras dan lembik


Barangkali ada yang setuju dengan label penulis, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat musyidul Am PAS dan matan menteri besar Kelantan itu “keras”.

Dan Menteri besar Kelantan yang baru Datuk Ahmad Yaakub  “lembik”. sebab itu tidak sampai satu tahun menerajui negeri itu sudah boleh berjumpa secara rasmi dengan perdana menteri.

Pertemuan tersebut membuat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkejut besar kerana sepanjang 22 tahun dia jadi menteri besar tidak semudah sepertimana yang berlaku dua tiga hari lepas.

Penulis yakin Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat keras dan tidak mudah masuk perangkap yang telah, sedang dan akan dipasang untuk jadi mangsa.

Oleh kerana Datuk Ahmad Yaakub menteri besar Kelantan yang baru ini lembik dan mudah masuk perangkap yang dipasang.

Atau dengan kata Antara Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Datuk Ahmad Yaakub berbeza pendapat bukan sahaja dalam arena politik malah mereka berbza pendapat dalam fiqh Islam.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpegang bahawa suara wanita adalah aurat sehingga perempuan tidak dibenar menyertai musabaqah Al Quran anjuran kerajaan persekutuan.

Sebaik sahaja menteri besar Kelantan bertukar tangan kepada Datuk Ahmad Yaakub perempuan sudah boleh menyertai musabaqah Al Quran.

Bermakna Ahmad Yaakub berpegang dan fahaman kepada pendapat ulamak bahawa suara perempuan bukan aurat.

Penulis difahamkan ramai orang PAS tidak seuju dengan pegangan Nik Abdul Aziz dan setuju dengan pegangan Ahmad Yaakub dalam isu yang berbangkit.

Pada hemat penulis ini punca kerajaan persekutuan yang di terajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak menjemput menteri besar Kelantan baru itu berjumpa di Putrajaya dua tiga lepas.


Lebih lebih lagi  Ahmad Yaakub berbanding dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat lembik dan tidak keras serta mudah berurusan untuk menyelesaikan isu isu yang tertunggak Antara kerajaan negeri dan persekutuan selama 20 tahun lebih itu.


Tuesday, November 19, 2013

Betulkah Kelantan tidak boleh laksanakan hudud

"Sebelum kita pergi lebih jauh ada baiknya kita fahami dahulu apakah dia “hudud” Mustahil masih ada umat yang tidak faham apakah dia “hudud”.

Penulis yakin kebanyakan umat Islam salah faham mengenai hudud. Setengah mengatakan hudud potong tangan bagi mmereka yang mecuri dan rejam kepada mereka yang sudah kahwin melakukan zina dan 80 sebatan kepada yang belum kahwin.

Kita difahamkan hudud adalah “hukum Allah”. Ia tiada kaitan langsung dengan undang undang ciptaan manusia yang kita gunapakai yang  tidak pernah dipertikaikan miskipun ada seksyen 302 bunuh dibalas bunuh.

Persoalan yang timbul dua tiga minggu ini ada pihak yang mengatakan Kelantan boleh laksanakan hudud dan dicadang supaya negeri itu melaksanakan hukum Allah yang sudah sedia ada pada kerajaan tersebut.

Akan tetapi ada pihak yang mengatakan Kelantan tidak boleh melaksanakan hukum Allah berdalilkan bercanggah dengan undang undang sivil kerajaan persekutuan.

Atas sebab itulah kerajaan Kelantan menerusi bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat pemohonan untuk melaksanakan hudud agar berjalan tanpa gangu gugat pihak kerajaan persekutuan.

Penulis pernah menulis rencana dalam akhbar watan agar kerajaan Kelantan melaksanakan hudud (hukum Allah itu) tetapi mendapat komentar dari salah seorang ahli parlimen PAS negeri tersebut.

Komentar tersebut kelihatan betapa marahnya kepada penulis. Setahu penulis orang yang marah hendak melaksanakan hudud tidak lain dan tidak bukan orang umno menerusi pelbagai aandaian yang bukan bukan.

Buktinya ada yang tergamak menyaman hudud Kelantan.Menunjukkan mereka teramat marah dengan cadangan melaksanakan hudud dinegeri Kelantan.Hari ini salah sebuah persatuan china sudah nyatakan ketidaksetujuan perlaksanaan hudud di Kelantan.

Yang paling peliknya, ada pihak yang mengaku Islam mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan di Kelantan dan ada pihak yang tegas mengatakan hudud boleh dilaksanakan. Mereka terdiri daripada pengamal undang undang yang faham dengan implikasi undang undang Negara.

Penulis tetap dan berpendirian bahawa Kelantan boleh laksanakan hudud kerana hudud (hokum Allah) ada beberapa bahagian yang boleh dilaksanakan dan ada bahagian perlu ditangguh dahulu atas sebab sebab tertentu.

Oleh itu, hudud boleh dilaksanakan kerana ada bahgian yang tidak bercanggah dengan undang undang persekutuan, malah ada persamaaan dengan hudud sepertimana seksyen 302 dan hukum zina dan tuduh orang baik melakukan zina yang tidak ada pada undang undang sivil.

Penulis masih ingat dengan hadis yang maksudnya:


“Apabila hambaku bercita cita hendak melakukan satu kebaikan ditulis untuknya satu kebaikan. Jika dia benar benar melakukan kebaikan itu, ditulis 10 kebaikan, sehingga kepada 700 kali ganda . Apabila dia bercita cita untuk melakukan kejahatan dan tidak melakukannya, tidak ditulis untuknya apa apa keburukan. Jika dilakukannya, ditulis untuknya satu amalan keburukan.”