Wednesday, February 10, 2010

Kesian sungguh dengan UMNO Terengganu

Kesian sungguh dengan UMNO Terengganu. Mengapa tidak? Hanya sorang sahaja ahli parlimennya yang layak dilantik sebagai menteri.

Kini UMNO Terengganu macam orang minta sedekah untuk dapatkan seorang lagi ahli Parlimennya dilantik sebagai menteri.

Datuk Nasir Ibrahim fikri yang dinamakan untuk dilantik sebagai menteri. Menteri apakah yang layak di sandangnya.

Kesian sungguh. Sampai begitu segala ditagihnya sehingga terhegah hegah mahu supaya Nasir di lantik sebagai menteri.

Ada yang kata, Nasir memang layak jadi menteri, tetapi ada pula yang kata Nasir bukan orangnya untuk jadi menteri atau hatta timbalan menteri.

Ada sejarah yang membuat Nasir tidak layak. Beliau ketika diberi amanah nampaknya tidak amanah. Jadi macam mana orang yang tidak amanah dilantik sebagai menteri.

Semasa jadi ahli dewan undangan negeri (2004) dahulu Nasir tidak dilantik sebagai EXCO oleh Datuk Seri Idris Jusoh.

Ini sebagai bukti, Nasir tidak layak dilantik sebagai menteri. Kalau di negeri beliau tidak dilantik sebagai EXCO, mana mungkin boleh dilantik sebagai menteri di peringkat pusat.

Tengok Datuk Tengku Putera Tengku Awang yang dilantik sebagai timbalan menteri kewangan dahulu. Kalau beliau layak jadi timbalan menteri kewangan mana mungkin dipecat.

Nasir ketika pegang pengerusi anak syarikat yang berpengkalan di Kuala Lumpur dahulu dipecat. Kenapa beliau di pecat sudah tentu tidak mencapai tahap yang diharap harapkan.

Itu satu jawatan pengerusi anak syarikat kerajaan negeri Terengganu. Apa akan terjadi apbila diberi amanah sebagai satu satu kementerian?
Fikir fikir situlah. Tapi kesian….!!!!

No comments: