Tuesday, November 23, 2010

Bahaya besar menghantui PKR?

Kenyataan terbuka yang di buat oleh Datuk Zaid Ibrahim pada media arus perdana jelas punya agenda besar untuk menguburkan PKR.

Bagi saya memang ada orang dibelakang Zaid melalui agenda besar, termasuk menyembelih Anwar Ibrahim sekali kalgi.

Penyembelihan pertama yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir mohammad mungkin tak putus urat halkum punca dia tak jadi mati.

Mahu tidak mahu penyembelihan kali kedua ini mesti dilakukan dengan sebaik mungkin agar Anwar mati dan PKR terkubur.

Jalan ceritanya nampak dengan jelas bahawa usaha untuk menyembelih Anwar hampir hampir mencapai kejayaan, kerana musuh dalam selimat begitu ramai disamping watak penting sebagai hero sedang bermain dengan kaedah senjata memakan tuan ciptaan Anwar sendiri.

Sama ada Anwar sudah sedar atau tidak tapi itulah yang menjadi permasalahan yang barangkali agak sukar untuk mendapat penyelesaian secara segera sepertimana yang diharap harapkan oleh kepimpinan PAS.

Sekarang ini PKR mempunyai tiga musuh. Musuh pertama adalah musuh dalam selimut. Musuh kedua ialah musuh diluar. Musuh ketiga ialan musuh golongan Zaid yang ditaja oleh pihak tertentu dan punya agenda meghancurleburkan PKR dan membunuh ketua UMUM yang dikatakan masih besar pengaruhnya dalam arena politik negara.

No comments: