Tuesday, December 14, 2010

Lupakan keturunan masing masing?

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu.


Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, kikis lupa diri demi untuk mempertahankan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Cuba anda bayangkan Tun Mahathir Mohammad minta rakyat Negara ini lupa keturunan masing masing kalau mahu berjaya.Manakala Datuk Seri Mohd Najib Razak mahu supaya kikis lupa diri.

Namun demikian, teringat saya dengan kata kata Tun Mahahtir Mohammad suatu masa dulu, kalau mahu maju atau berjaya “tinggal dulu Islam”.

Ini dapat kita simpulkan bahawa “Islam” yang menjadi anutan orang Melayu dianggap oleh Tun Mahathir sebagai batu penghalang kemajuan yang di programkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang di terajuinya selama 22 tahun itu.

Kita tidak nafi, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajui Tun Mahathir Mohamad dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.Tapi apakah ia suatu yang tidak bertentangan dengan asal usul terciptanya bangsa bangsa manusia.

Yang paliknya, Tun Mahahtir mahu apabila berbicara mengenai perpaduan kebangsaan rakyat mesti lupakan sejarah bangsa masing masing. Termasuk lupa keturunan dan menganggap diri orang melayu China dan India sebagai rakyat Malaysia.

Kata beliau lagi, Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputera ataupun bukan bumiputera.

Ini menjadi syarat untuk mencapai kemajuan. Apakah ia sesuai dengan slogan “rakyat didahulukan” dan” pencapaian diutamakan”


Yang anehnya,Dr Mahathir membidas kumpulan yang menyokong 'prinsip 1Malaysia' tetapi masih mempertahankan diri mereka daripada kumpulan yang berasal daripada latar belakang sesuatu keturunan.

Lagi aneh dan tak masuk akal dengan kata katanya, bahawa kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India, jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar.

Macam mana rakyat boleh lupa asal keturunan mereka,sedangkan bangsa banagsa itu asas untuk manusia atau rakyat kenal mengenal satu sama lain dan kerana keturunan inilah juga merupakan asas perpaduan yang diprogram oleh BN selama ini seperti mana wujud pendidikan varnikular iaitu ada sekolah jenis kebangaan yang jelas boleh membuat rakyat berpecahbelah.

Pelik juga Tun Mahathir Mohammad guru kepada perdana menteri Najib berkata lain dan Najib sendiri berkata lain semacam tak selarian dalam melayari bahtera kerajaan punya moto baru mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat.

Saya kira Tun Mahahtir Mohamad masih khayal, oleh itu Mohd Najib mahu supaya mengikis penyakit khayal yang di milik oleh kebanyakan anggota Barisan nasional.

Mengapa tidak? Punca mereka mengidap penyakit khayal ialah kerana judi dan arak yang dilesenkan oleh pihak kerajaan. Masakan tidak, beli nombor ekor, beli Toto dan Bigs Sweet dan malam berkhayal dapat RM 3,000 dapat RM10,000 dapat RM 30,000.

Ini tak termasuk habuan mengujudkan projek projek mega yang mendatangkan wang saku jutaan ringgit dengan nisbah persen persen yang dipersetujui.

No comments: