Sunday, March 27, 2011

kejahatan yang berlaku sinambungan zaman jahiliah

Keburukan yang berlaku sepertimana yang dibangkit itu adalah hasil dari politik kotor yang diamalkan oleh para pemimpin yang memerintah negara dulu dan kini.

Ini bolehlah kita katakan ia adalah kesinambungan zaman jahiliah dulu yang jelas serasi dipadamkan.

Zaman jahiliah dulu minum arak, zina dan bunuh anak adalah perkara lumrah sehingga ada seorang yang mahu masuk Islam memohon pada Rasulullah SAW dihalalkan zina pada diri sendiri.

Oleh itu, tak hairanlah dengan apa apa kejahatan yang berlaku sekarang pada negara kita.

Pada hawa nafsu mereka minum arak, zina dan bunuh anak itu baik sehingga membuat mereka sanggup bertindak "berani kerana benar" sudah bertukar menjadi "berani kerana salah".

Dan "takut kerana salah" sudah bertukar menjadi "takut kerana benar".Memang kebanyakan manusia hari berani melakukan kesalahan dan taku melakukan kebaikan atas sifat kebenaran.

Sejarah telah membuktikan bahawa orang yang menegakkan kebenaran pernah meringkup dalam penjara. manakala yang salah bebas dengan sebebas bebasnya.

Sebab itu yang salah itu dianggap benar dan benar itu dianggap salah, termasuk membuka pintu fitnah dengan seluas luasnya sehingga yang yang berpegang fitnah itu benar.

Tak mustahil suatu masa nanti fitnah itu benar dan benar itu fitnah hasil dari gerakkerja politik kotor bikinan para pemimpin yang pentingkan diri sendiri.

Yang peliknya gerak kerja jahat ini mendapat sokongan kuat daripada pihak yang ada integriti.

mereka ini seolah olah turut bersubahat sama dalam kes fitnah menfitnah yang seolah olah sudah dijadikan amalan, macam juga zaman Nabi SAW dulu fitnah dihala kepada Bani SAW dengan begitu hebat.

pendek kata hari ini integriti yang ada pada mereka sudah dicabut oleh Allah. Sebab itu ada mufti yang beri sokongan tak berbelah bahagi pada tindakan para pemimpin yang melaku fitnah terhadap musuhnya.

Atas Sebab itu juga kejahatan yang dilakukan oleh para pemimpin negara mendapat sokongan padu dari pihak yang ada integriti di negara ini.

No comments: