Friday, October 14, 2011

Tidak mustahil Rosmah akan dilantik menteri kewangan ?

Barangkali kebanyakan orang faham Islam tak setuju apabila saya berkata “tidak mustahi rosmah akan dilantik menteri kewanganl”.

Kerana tak mustahil ini adalah milik Allah, bukan milik manusia. Tapi hari ini semula boleh berlaku. Sebab itu saya kata tidak mustahil rosmah akan dilantik
menteri kewangan selepas BN menang PRU 13 nanti.

Allah maha kuasa boleh buat apa saja hatta tak masuk akal manusia. Demikian juga hari ini. BN berkuasa dan perdana menteri boleh buat apa saja.

Misalnya, bajet 2011 telah memperuntukkan wang sebanya RM 111 juta kepada PERMATA yang diadakan setelah KEMAS yang sudah sekian lama Berjaya dalam pendidikan prasekolah di Negara ini.

Oleh itu tidak mustahil selepas BN menang pilihanraya umum ke 13 nanti Rosmah Mansor yang kalah kerusi parlimen dianggap selamat dilantik senator dan sekaligus menteri, kerana sememangnya dia layak.

Berbanding Suaminya dia boleh dikatakan lebih layak. Lebih lebih lagi beliau memiliki ijjazah ekonomi dari Universiti Malaya.

Beliau bukan calang calang isteri perdana menteri berbaniding dengan isteri Tun Mahathir Mohammad dan isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Atas sebab itulah beliau telah dan turut campurtangan dalam halewal bajet 2011 dan 2012 untuk membantu suaminya membentuk pengaruhi untuk menambat hati rakyat mengundi BN.

Bantuan rakyat RM500 mula diagih Jan 2012 yang membuat kebanyakan rakyat Negara gembira jelas merupakan bantuan untuk pancing undi dalam piliharaya umum ke 13

Bagaimana pun kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.

Ini sah untuk rakyat mengundi BN dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti agar menang berada dipihak pemimpin melayu yang manjadi alat kepada orang lain.

No comments: