Saturday, January 21, 2012

Dr Hassan bakal menteri besar Selangor?

Ada orang duduk sebut sebut Dr Hassan Ali calon umno dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti. Alasannya kerana buat serangan memburuk burukkan PAS parti yang beliau sayangi itu.

Sehubungan dengan itu, Kawan lama penulis bekas pegawai kerajaan berkata Dr Hassan Ali bakal menteri Besar Selangor.Mungkin suatu siniskal terhadap Dr Hassan Ali.

Penulis kata, Umno tak bodoh. Mana ada orang PAS yang dipecat keahliannya diambil umno jadi calon setakat hari ini.Jauh sekali untuk dilantik sebagai menteri besar.

Tidak dinafikan ada sesetengah orang PAS yang di pecat dijadikan alat atas pentas menyerang PAS, tapi tak pernah diberi mandate dan kepercayaan jadi calon dalam mana mana pilihanraya.

Datuk Nakhaie Ahmad bukan calang calang orang dalam PAS dulu, tapi setakat hari ini tak diberi jadi calon pun dalam pilihanraya, baik umum dan kecil.

Beliau hanya diberi jawatan lain, tapi calon jangan diharap. Bukan macam PAS apabila ada saja yang lari dan dipecat keahlian umno telah didewa dewakan.

Tidak kurang juga yang diberi mandate bertanding dalam pilihanraya. Bukan setakat itu saja sesetengah tak jadi ahli pun dijadikan calon.Apabila menang dilantik sebagai EXCO.Malahan diberi jawatan tinggi dalam parti.

Umno tak pernah berbuat demikian, hatta terhadap orang nombor tiga dalam PAS sekalipun. Umno tak akan beri kepercayaan pada orang PAS yang lari. Apa lagi yang dipecat.

Bagi penulis Dr Hassan Ali miskipun tokoh motivasi yang popular jangan diharap diberi tempat dalam umno.Mungkin beliau akan dijadikan alat untuk menyerang PAS.

Oleh itu jangan mimpi nak jadi menteri Besar Selangor.

No comments: