Bercakap pasal tokoh wartawan Negara Datuk Kadir Jasin mengesa Raja
Melayu, ahli politik segera selamatkan Negara teringat saya kata kata seorang
JKKK Kampung menteri besar Terengganu yang berbunyi: “ kerajaan tak ada kuasa.
Tidak salah gesaan tokoh wartawan Negara Datuk A Kadir
Jasin, akan tetapi ianya sangat tidak masuk akal.
Mengapa tidak? Kerana raja raja Melayu lagi tak ada kuasa
berbanding kuasa gaib yang telah membuat Negara Malaysia yang seolah olah sudah
berada ditangan orang lain dek karenah perdana menteri, timbalan menteri dan
menteri menteri kabinet melayu yang diberi amanah memerintah negara.
Apatah berharap dengan ahli-ahli politik Umno seperti Tan
Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak ada apa apa jawatan
dalam kabinet yang di terajui Datuk Seri Mohd Najib Razak .
Yang ada jawatan dalam kebinet pun kebanyakan jadi yes men
belaka miskipun status qua Negara jadi tak keruan dek dipengaruhi kuasa gaib
yang telah sedia maklum dikenalpasti paling berkuasa oleh perdana menteri dan
jemaah menteri.
Mengharapkan raja-raja Melayu bertindak segera untuk
memastikan negara dan ekonominya tidak merosot suatu yang omong omong kosong
sahaja.
Mengapa, kerana Bab 2, perlembagaan Negara fasal majlis raja
raja(2) majlis raja raja hendak menjalankan tugas tugasnya bagi- (b)
mempersetujui atau tidak mempersetujui apa apa perbuatan , amalan atau upacara
agama meliputi seluruh persekutuan
(c) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa apa undang
undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa apa pelantikan yang,
menurut perlembagaan ini, memerlukan persetujuan majlis raja raja atau yang
dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan majlis raja raja.
(d) melantik anggota anggota mahkamah khas dibawah fasal
(12) perkara 42. Dan boleh menimbangkan soal soal mengenai dasar
Negara(misalnya perubahan perubahan tentang dasar imigesen) dan apa apa jua
perkara lain yang difikirkan patut.
(3) Apabila majlis raja raja menimbangkan perkara perkara
mengenai dasar Negara Yang Di Pertuan Agung hendaklah disertai oleh perdana
menteri dan raja raja yang lain dan gabenor gabenor di sertai oleh menteri
menteri besar atau ketua ketua menteri mereka . dan pertimbangan pertimbangan
itu adalah antara tugas tugas yang dijalankan oleh Yang Di Pertuan Agung
mengikut nasihat jemaah menteri dan oleh raja raja yang lain dan gabenor
gabenor mengikut nasihat majlis mesyuarat kerajaan mereka.
Bermakna raja raja melayu memang tidak ada kuasa dan tindakan
raja raja melayu kena mengikut nasihat jemaah menteri diperingkat persekutuan
dan mengikut nasihat masjlis mesyuarat kerajaan masing masing negeri.
Lihat bab 3, perlembagaan persekutuan fasal 39, kuasa
pemerintahan persekutuan yang mana kuasa pemerintahan bagi persekutuan adalah
terletak pada Yang Di Pertuan Agung, dan tertaktuk kepada peruntukan mana mana
undang undang persekutuan dan peruntukan jadual kedua, kuasa itu boleh
dijalankan olehnya atau oleh jemaah menteri atau oleh mana mana menteri yang
diberikuasa oleh jemaah menteri, tetapi parlimen boleh dengan undang undang
memberi tugas tugas memerintah kepada orang lain.
Mari kita lihat fasal 40, Yang Di Pertuan Agung hendaklah
bertindak mengikut nasihat (1) pada menjalankan tugas tugasnya di bawah
perlembagaan ini atau dibawah undang undang persekutuan, Yang di Pertuan Agung
hendaklah bertindak mengikut nasihat jumaah menteri atau nasihat seseorang
menteri yang bertindak dibawah kuasa Am jumaaah menteri, kecuali sebagaimana di
peruntukan selainnya oleh perlembagaan ini: tetapi Yang Di Pertuan Agung adalah
berhak atas permintaannya mendapat apa apa maklumat mengenai pemerintahan
persekutuan yang boleh didapati oleh jumaah menteri.
Manakala(1A) pada menjalankan fungsi fungsinya dibawah
perlembagaan atau undang undang persekutuan, jika yang dipertuan agung
dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan
nasihat, yang dipertuan agung hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat
itu.
Kesimpulannya sah raja raja melayu dan gabenor gabenor tidak
ada sebarang kuasa, kecuali mengikut nasihat menteri menteri besar dan ketua
menteri negeri masing masing. Demikian juga yang di pertuan Agung yang mahu
tidak kena dengar nasihat perdana menteri.
Macam mana kita boleh mengharapkan mereka menyelamatkan
Negara ini sedangkan mereka tidak ada
kuasa dalam pemerintahan negeri dan Negara, kecuali atas nasihat yang diberikan
oleh menteri menteri besar , ketua ketua menteri menteri menteri kebinet dan perdana menteri sahaja.
1 comment:
kalau jadi kerajaan tak ada kuasa itu kerajaan berok...........
Post a Comment