Judul diatas
ini merupakan Pertanyaan mantan Ketua Pengarah Biro Tatanegara Malaysia (BTN)
Datuk Raja Ariff bin Raja Ali.
Soalan ini
dilemparkan kepada penulis ketika dalam majlis walimatulurus keluarganya dan
juga keluarga penulis.
Soalan itu
segera disambut penulis dengan jawapan yang berbunyi: mungkin selepas
pilihanraya umum ke 14 nanti.
Kata Datuk
Raja Ariff, molek sekarang. Bukan selepas PRU 14. Itu sudah terlambat . Kalau
mahu lebih baik sekarang ini.
Sehubungan
dengan itu, beliau memberitahu penulis yang dia dah jumpa Datuk Seri Mohd Najib
Razak dan bercakap mengenai pas nak join umno ini.
Perdana
menteri yang penuh dengan kontroversi ini memberi jawapan yang berbunyi: kita
serius untuk bekerjasama dengan pas.
Bermakna
perkara ini bukan main main atau suka suka. Memang umno sangat serius untuk
menerima pas semula setelah ditendang oleh Tun Husein Onn dahulu.
Atas sebab
itu, timbul pula persoalan mengapa pas masih tidak mahu join umno, sedangkan
umno sangat sangat serius untuk menyatukan orang Melayu yang sudah lama
berpecah itu.
Umno
memerlukan pas untuk memperkasakan kerajaan umno/BN,sedangkan pas seolah olah
tidak memerlukan umno, sebaliknya lebih selesa kekal dengan pakatan rakyat dan
sokongan orang bukan Islam sehingga pru 14 nanti.
Sudah barang
tentu ada yang tersurat dan tersirat punca pas masih tidak mahu join dengan
umno dan hanya mahu bekerjasama sepertimana yang penah berlaku selama ini.
Datuk Seri
Mohd Najib Razak sepertimana yang diberitahu Datuk Raja Ariff bin Raja Ali
sangat serius dan bukan main main.
Tengok pada
gaya, tindakan kepimpinanya sebelum ini,
tak mustahil pas akan join dengan umno suatu masa nanti, kerana memang pas tak
pernah serik untuk bekerjasama, hatta dengan parti kafir harbi sekalipun.
Jika pas
boleh bekerjasama dengan parti kafir (DAP) dan kini masih mengharapkan orang
bukan islam (China/India) memberi sokongan tak mustahil akan join dengan umno
yang semakin hari semakin lemah dek kepimpinan yang redha dengan penyalahgunakuasa
yang bermaharajalela.
3 comments:
Elok benar pas dan penulis join Ameno..seingat saya pas ditendang dari BN masa Mahadir kerana umno dah kuat.sejak beberapa Siri PRU Pas diserang seperti musuh no wahid..bila melayu kurang sokong BN mulalah cari Pas..TGNA tiada pemimpin Pas dah hilang pegangan..
Sokong 100%%%% pas join amno......PRU14 BN menang lebai pas duduk atas pokok....tidak pun dihantar ke bangla. Mursyidul akan jadi apco.
pas dan umno dah bole bersatu...sbb pas terkini hanya perlu kan kelantan..dan umno bole bagi...tugas pas hanya buat kacau di selangor dan p pinang...cukop!...aku rasa masa yg sesuai utk umno bersatu dgn pas yg tak ada cita cita langsung nk ke puterajaya...jolok jawatan dan pangkat cukop...bravo!! geng to lebai bawah no hal...bagi banyak program qiamullail bersama artis cukop sudah islamiknya.. wujudkan jawatan kampong tukang ambik nama org tak p sembahyang jumaat cukop..kompom dia dah bangga...bravo!!
Post a Comment