Sesungguhnya membunuh diri masuk neraka kekal didalamnya dan
mati syahid masuk syurga jika tiada hutang. Inilah khabar Al Quran kepada kita.
Semua sedia maklum bahawa itulah hukum orang membunuh diri dan mati syahid.
Barang siapa yang memilih membunuh diri sama ada terjun
jambatan atau terjun bangunan atau menggunakan pisau hiris tangan sendiri, maka
dimasukkan dalam neraka dan kekal
didalamnya.
Dalilnya, Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa membunuh dirinya dengan sebilah besi, maka besi itu
akan ditusukkan dalam perutnya di neraka jahanam, ia kekal abadi didalamnya. Barang
siapa membunuh dirinya dengan meminum racun, maka racun itu akan dibawanya
dengan tangannya dan dihisapnya di neraka jahanam, ia kekal abadi didalamnya.
Dan barangsiapa turun dari gunug lalu membunuh dirinya maka ia akan menuruni
neraka jahanam kekal abadi didalamnya” (Hadis riwayat bukhari dan muslim)
Dua tiga hari lepas Pengerusi
PAN Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan Mohd Shukri Saad yang
terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah selepas didakwa kerana
menjual rokok seludup bernilai RM365 sebagai mati syahid.
Oleh itu, dapat dilihat bahawa tindakan Mohd Shukri Saad
terjun dari jambatan itu sah tidak tahan sabar dengan penderitaaan yang
dihadapinya sepertimana Jundub Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “Ada orang
seblum kamu yang terluka dan ia menderita, lalu ia mengambil sebilas pisau lalu
memotong tangan. Darah keluar dan tidak berhenti hingga orang itu meninggal. AllahSWT
berfirman: hambaku menyegerakan dirinya sendiri kepada ku, maka aku haramkan
baginya syurga” (hadis riwayat
Bukhari dan Muslim)
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata,
tindakan peniaga itu menamatkan riwayat hidupnya dengan “berkorban untuk Malaysia”
adalah pembuka mata terhadap penderitaan rakyat jelata di negara ini.
Tegas Dr Mujahid “Shukri bukan seseorang yang dipuji
ramai, bukan orang terkenal atau ahli JKKK. Shukri hanya marhaen yang cuba
mencari nafkah seperti orang lain.
Kata Dr Mujahid lagi “Walaupun dia
melakukan perkara kejam dengan mengambil nyawanya sendiri, itu antara dia dan
Allah. Saya harap Allah akan ampunkannya atas dosa-dosanya.
Sesungguhnya membunuh diri itu dosa
besar seperti firman Allah yang maksudanya: dan
janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah maha penyayang. Dan
barangsiapa melakukan demikian dengan melanggarkan hak dan aniaya, maka kami
kelak akan memasukkan kedalam neraka. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah
(surah an nisa ayat 29/30)
ika Dr Mujahid Yusof masih bertegas
mengatakan Mohd Shukri Saad yang terjun jambatan itu mati syahid atas nama
korban untuk Malaysia, maka teringat saya dengan firman Allah yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka
itulah orang orang yang sebenar sebenarnya
membuat bencana dan kerosakkan, tetapi mereka tidak menyedarinya.(surah Al Baqarah ayat 12)
Mereka itu telah membuat bencana dan
kerosakan dan tidak menyedari melakukan kesalahan yang besar dengan
mengeluarkan pendapat bahawa terjun jambatan itu sebagai mati syahid miskipun atas
nama korban untuk Malaysia sekalipun.
Pada hal tindakan Mohd Shukri Saad
itu jelas atas nama tidak tahan dengan penderitaan kena dakwa menjual rokoh seludup
seperti seseorang yang tidak tahan sakit
lalu membunuh dirinya yang dinyatakan Rasulullah SAW , maksud Hadis, ada orang
sebelum kamu yang terluka dan ia memderita dan ia mengambil sebilas pisau lalu
memotong tangannya.Maka aku haramkan baginya syurga.
4 comments:
Tidak mustahil Umno terima PAS – Annuar Musa
Posted on 21/11/2016 1 Comment
“Kalau DAP boleh menerima Tun Dr Mahathir, tidak mustahil kemungkinan Umno menerima PAS dan PAS menerima Umno untuk bekerjasama,” kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa dipetik Bernama.
Beliau berkata Umno dan PAS mempunyai asas perjuangan sama, menjunjung cita-cita sama dan lahir daripada ‘DNA’ sama.
“Politik adalah di atas ‘possibilities’, politik adalah satu seni yang berpelbagai kemungkinan.
“Saya percaya antara parti politik (Umno dan PAS) yang menjunjung cita-cita dan dasar perjuangan yang sama, dia tidak bergerak dalam bentuk ‘parallel’ dan saya yakin akan ada satu titik pertemuan (bergabung),” katanya.
Beliau menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Umno untuk tujuan itu.
Dalam pada itu beliau juga berkata mana-mana parti Melayu yang bersekongkol dengan pembangkang sebenarnya berada di bawah telunjuk DAP.
“PKR, Parti Amanah Negara dan terbaharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang berada di bawah DAP tidak mempunyai maruah perjuangan kerana mereka berada di bawah kuasa perjuangan orang lain,” katanya.
Skandal lombong bijih mangan: Presiden Pas mesti tampil beri penjelasan
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta menjelaskan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam perjanjian melombong bijih mangan di Gua Musang, Kelantan.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepanjang dirinya memegang jawatan berkenaan, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang adanya agihan daripada projek tersebut kepada parti.
"Sejak saya menjadi Ketua Penerangan Pas Pusat juga saya tidak pernah mendengar adanya pembahagian hasil galian milik kerajaan negeri kepada parti.
"Tak tahulah selepas saya tidak lagi berada dalam kedua-dua jawatan itu, hal sebegini berlaku pula. Jadi, elok kiranya Presiden segera buat kenyataan rasmi.
"Kalau tidak betul apa yang sedang viral sekarang boleh nafikan," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Dokumen surat akujanji antara syarikat Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas beralamat di Taman Melewar, Gombak, Selangor yang berlaku pada 10 Oktober 2013 menjadi viral di media sosial.
Turut tersebar beberapa foto menyerupai Abdul Hadi sedang melihat pelan lokasi serta dikatakan melakukan solat hajat ketika lawatan ke tapak projek.
"Pihak syarikat bersetuju dan berjanji memberi sumbangan kepada Pejabat Presiden Pas sebanyak RM10 per metrik tan jika syarikat mendapat kelulusan dari kerajaan negeri," dipetik daripada dokumen tersebut.
Dokumen itu juga menyenaraikan anggaran jumlah sumbangan syarikat terbabit kepada Pejabat Presiden Pas yang mencecah RM200,000 sebulan dengan anggaran jumlah sebanyak RM10 juta bagi tempoh 50 bulan.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Abdul Hadi tentu sekali perlu memberitahu apa yang sebenarnya berlaku agar pendedahan perjanjian itu tidak mencalarkan imej parti.
"Saya tidak fikir tandatangan bagi 'Pemegang Amanah Pejabat Presiden Pas' lengkap dengan saksi dibuat tanpa pengetahuannya.
"Jika sekarang baru tahu, Presiden harus ambil tindakan terhadap nama-nama yang memperakui mewakili dirinya.
"Ini juga berkait dengan imej, maruah dan integriti Pas itu sendiri. Sudah tentu rakyat Kelantan khasnya akan marah bagaimana hasil bumi negeri boleh diagih kepada pejabat presiden," tegasnya.
Surat Akujanji antara Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas
Pada masa sama, ujarnya, pihak kerajaan negeri Kelantan juga tidak harus berdiam diri terhadap projek melombong mineral itu yang terletak di Lot PT6728 Mukim Relai di Daerah Chiku dengan anggaran kawasan diluluskan seluas 600 hingga 800 ekar itu.
"Ini dalam negeri Kelantan. Agihan kepada kerajaan negeri yang hanya RM5 per metrik tan yang lebih rendah berbanding untuk parti politik akan dilihat ramai pihak sebagai tidak adil.
"Tentu rakyat Kelantan akan marah. Sepatutnya, kerajaan negeri yang mendapat hasil yang lebih bukan pihak lain.
"Bahkan, rakyat melihat ada unsur-unsur rasuah apabila seolah-olah pihak Pas yang menolong mendapatkan projek melombong itu dengan syarat beri RM10 per tan metrik kepada parti. Jangan nanti orang kata oh inilah budaya politik matang dan sejahtera," tambahnya lagi.
Hanya yg dungu je yg masih berkecuali & mempertahankan Najib
Istiqamah hingga mencapai kemenangan....Tapi Hj Hadi dan
sekutunya Kadir Sheikh Fadzir gugur dalam perjuangan...
Haji Hadi arahkan supaya boikot BERSIH 5. Dia cuba menyamakan himpunan BERSIH 5 dengan 'Arab Spring'. Dia kata haram menjatuhkan kerajaan Islam.... Tapi ironisnya, sebelum ini, Hj Hadi elok saja ikut bersama Mat Sabu dalam himpunan Bersih...
"Di Malaysia tiada musim bernama ‘spring’, yang ada hanya musim hujan dan kemarau, kata Hj Hadi.
Kelakar sunggoh Hj Hadi. Ramai yang sudah meluat dengan temberangnya. Beberapa pimpinan Pas telah tidak mempedulikan larangannya dan terus istiqamah dengan perjuangan almarhum TGNA.
Antaranya yang dilihat bersama BERSIH 5 semalam ialah YB Mahfuz Omar, MP Pokok Sena, Kedah, YB Ahmad Baihaqi, ADUN Kubang Kerian, Kelantan, YB Dr. Nik Mazian, MP Pasir Puteh, Kelantan, YDP Pasir Puteh, YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Adun Batu Burok, Terengganu, YB Mohd Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan, Kedah....
Ketua Polis Negara cuba menghalangnya...Dia kata BERSIH 5 adalah Haram di sisi undang-undang.
Menjelang perhimpunan BERSIH 5, ramai yang kena tangkap. Antaranya Maria Chin, Mandeep Singh, Anthony Loke (DAP), Ronny Liu, S. Arutchelvan, Jimmy Wong (DAP), Lee Khai Ming (DAP), Anis Syafiqah (pelajar)...
Tapi Hakim Mahkamah Tinggi pula kata BERSIH 5 Tidak Haram....
Walau bagaimana pun, Sabtu semalam BERSIH 5 membuktikan perhimpunan mereka adalah Aman tanpa sebarang kekacaun mungkin kerana tidak ada provokasi dari pihak polis seperti mana perhimpunan Bersih yang sebelumnya.
Walaupun tercetus beberapa insiden provokasi dari kumpulan Merah, namun para peserta BERSIH 5 tidak ambil peduli dan tidak melayan karenah orang-orang bodoh dari kumpulan Merah.
Walaupun tanpa kehadiran Hj Hadi dan orang-orangnya, walaupun tanpa restu KPN, himpunan BERSIH 5 telah berjaya untuk menyampaikan mesejnya kepada dunia mengenai tuntutannya kahukan pilihanraya yang bersih!
Syabas diatas kesabaran para peserta BERSIH yang begitu sabar mengharungi segala macam cabaran dan mehnah dari kumpulan Merah sejak dari mula pelancaran konvoi BERSIH 5 sebulan yang lalu.
Berikut antara komentar netizen di media fesbuk:
Faeez Azahar: Kehadiran yang memberangsangkan daripada pelbagai kaum dalam Bersih 5 kali ini bukti gerakan ini bukan milik atau bergantung kekuatan terhadap mana-mana pihak. Bersih kuat apabila rakyat memberikan sokongan dan dokongan. Terima kasih rakyat Malaysia!
Khairudin Damhoeri: BERSIH 5: BERKECAI MITOS HANYA PAS YANG PANDAI MOBILIZASI PENDEMOSTRAN MELAYU. Nampak gayanya, tanpa gerak kerja Pemuda Pas & Unit Amal Pas, lautan manusia Melayu boleh dimobilizasi untuk tempikkan statmen politik yang didengari di seluruh dunia. Malah tanpa penglibatan Pas, lautan manusia yang keluar hampir sama bilangan jemaah haji yang nak masuk buat TAWAF di Masjidil Haram 2-3 sebelum hari WUKUF.
Azi Nang:Tahniah bersih kerana dapat menghimpunkan puluhan ribu org menyertai tunjuk perasaan aman, walau pun di pulau oleh bekas rakan di dlm pakatan rakyat iaitu pas.
Semoga ianya boleh menjadikan pengajaran kpd ahli - ahli pas di seluruh negara, bahawa kita perlu bersatu di dlm usaha menjatuhkan PM Najib di dlm PRU14 nanti.
Mazhar Yusof II : Tahniah penganjur BERSIH 5..! Kebanjiran rakyat jelata tanpa mengira bangsa dan ugama. Tanpa parti sejarah, sedikit pun tidak terjejas malah sudah nampak impak penolakan Rakyat terhadap BN-UMNO. Maknanya parti sejarah sudah tiada dalam ingatan rakyat dan sudah hilang pengaruh...
Che Ibrahim Mohamed: Demo BERSIH ni umpama kahwin bagi seorang lelaki, kalau dia seorang yg gagah, mampu, ada tuntutan yg kuat, maka WAJIB.
Tapi jika ianya lemah, tak berdaya, tidak berhajat, sekadar nak tengok shj, maka h
jika orang pas hadir bersih 5 sudah tentu diambil tindakan oleh polis. Nasib baik pas tidak hadir himpunan bersih 5 berlaku secara aman. penguasa kerajaaan satu malaysia tidak takut dengan orang orang bukan pas.malah mereka apabila meminta betis diberi peha pulak.
Post a Comment