Saturday, November 12, 2016

Satu tanda tanya yang harus



Ahli Dewan Undangan negeri Bukit Payong, ustaz Mohd Nor Hamzah ketika berkhutbah di Majis At Takwa Batu Enam ada berkata orang orang Islam tidak faham dengan Islam.

Sememangnya kebanyakan orang orang Islam tidak faham dengan Islam, kerana mereka terbahagi kepada 73 puak.

Hanya satu puak sahaja yang diterima keislamanya. Mereka yang mengikut ajaran Rasulullah SAW.bermakna 72 puak semuanya tidak diterima keislamanya.

Orang orang Islam inilah yang tidak faham dengan Islam. Inilah masalah yang dihadapi dan satu halangan yang cukup besar untuk puak yang hendak mendaulatkan undang undang Allah atas muka bumi ini.

Orang orang Islam ini miskipun masih mengaku beragama islam sememangnya tidak faham dengan Islam, atas sebab, tidak mengikut Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Akan tetapi tidak dinafikan ada juga puak yang ikut ajaran Rasulullah SAW keliru dengan Islam, terhingga tergamak mengatakan kristian tidak lagi memusuhi Islam.

Pada hal Allah subhanahu wataala telah  menyatakan dengan sejelas jelasnya bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan Islam.Bayangkan musuh Allah. Mana mungkin mereka selari dengan agama Islam.

Atas sebab itu juga mereka mengeluarkan pendapat pendapat yang nyata dan jelas tidak selari dengan padangan puak yang berjuang untuk mendaulatkan undang undang Allah.

Ada yang berkata biar memerintah dahulu baru boleh fikir mengenai hudud. Kita tidak tahu dari mana menreka ambil pendapat sesat dan boleh menyesatkan umat islam sendiri.Kata kata demikian jelas dan nyatakan mereka tidak faham dengan Islam.

Bukan setakat itu sahaja, malah mereka tidak menyokong RUU 355 yang  bertujuan untuk memperkasakan undang undang Islam di mahkamah syariat.

Sehubungan dengan itu, penulis masih ingat dengan pendapat Dr Ahmad Hasbi Al-Baghdadi dalam buku kajian kajian fiqh Semasa, bahawa doktrin doktrin, pendapat pendapat dan pemikiran yang sesat dan salah itu dikumandangkan oleh mereka dan disebarluaskan melalui penerbitan buku buku, suratkhabar, majalah, radio dan televisyen,dan terakhir ini melalui jaringan internet yang tiada edit dan tapisan.Ia terlalu banyak yang membacanya.

Ia berlaku daripada pihak para pendakwah dengan cara mencela atau mendiskreditkan pendapat pendapat dan doktrin doktrin yang sesat ini dan menunjukkan kebatilan atau kesesatannya.

Ini dilakukan melalui perantaraan pakar ilmu huklum dan orang orang yang mengetahui doktrin doktrin atau pendapat pendapat ini serta kesalahan kesalahannya.

Ada satu usaha yang dianggap penting dan sukar untuk dihalangi usaha orang orang ada ijazah PHD dan memangku jawatan dalam kerajaan dan mengaku berpegang kepada agama Islam mengeluarkan pendapat  sesat yang mengandungi fitnah dan mencemar nama baik agama Islam.

Bukan setakat itu sahaja, malah boleh mecemarkan nama baik Nabi Muhammad SAW serta kitab Al Quran dan prinsip prinsip agamaIslam  yang syumul itu.Semua itu mereka lakukan dengan alasan kebebesan pendapat.Padahal ia merupakan fahaman yang jahat dan merosakkan.
   


10 comments:

Anonymous said...

ADUN ni terlajak faham.islam..pakatan mungkar rompak 1MDB billion2 ringgit tak pernah desak perompak diambil tindakan...politik sejahtera?..harga barang mahal sebabkan rakyat sengsara tak pernah tegur kerajaan...ni kalo ambik exam tak PAS

Anonymous said...

Ahmad Awang : Istiqamah dengan islam, bukan dengan parti


Jangan istiqamah kepada parti sebaliknya istiqamah kepada Islam, kata Penasihat Umum Parti Amanah Negara (AMANAH), Ahmad Awang.

 Beliau berkata demikian bagi menyindir parti PAS yang sering menggunakan kalimah itu untuk menghalang ahlinya keluar parti bagi menyertai Parti Amanah.

 “Kita dalam parti AMANAH golongan yang istiqamah dengan islam. Istiqamah dengan parti tidak dituntut,” katanya dalam satu ceramah baru-baru ini.

 Ahmad menegaskan, AMANAH ditubuhkan berdasarkan fahaman sesebuah parti politik cuma salah satu daripada jemaah Islam.

 Beliau memberi contoh, ramai ahli gerakan tersohor umat Islam, Ikhwanul Muslimin pernah meninggalkan gerakan itu.

 Bagaimanapun, kata beliau, bekas ahli Ikhwanul Muslimin terbabit tidak dituduh pengkhianat Islam oleh gerakan berkenaan.

 Malah, katanya, mereka yang keluar Ikhwanul Muslimin itu juga tidak dituduh berdarah kafir.

Sementara itu, blogger dan fesbuker Abdul Rahman Abdul Talib @ Tulang Besi mendedahkan mengenai ajaran sesat yang sedang berlaku dalam Pas.

 Beliau kesal kerana perkataan 'Istiqamah' telah dimanupulasi oleh Pas bagi kepentingan politik sendiri.

Himpunan Fastaqeem anjuran Pas, mempunyai kata asal yg sama dengan perkataan Istiqamah dlm Quran. Sedangkan AL Quran tak ajar Istiqamah kepada parti Politik. Istiqamah adalah untuk Allah semata-maka, tulis Abdul Rahman.

 Menurutnya, Al Quran mengajar kita bahwa Istiqamah adalah hanya kepada Allah SWT:
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Al Ahqaaf :13)
Beliau menyifatkan ulama-ulama PAS sebagai jahat kerana menggunakan perkataan-perkataan dalam Quran utk menisbahkan kepada mereka dan bukannya kepada Allah.

 Menurutnya, ramai ahli2 PAS tertipu dengan wayang ulama-ulama PAS ini dan tidak dapat membezakan antara parti politik dengan Islam. 

Mereka terus menerus ditipu oleh ulama-ulama mereka kerana mereka nampak parti politik dengan Islam adalah sama.
Alhusseyn Alhusseyn pada 7:57 am

mamat said...

Jika benar ustaz Ahmad Awang berpendapat begitu, maka sahlah ustaz Ahmad Awang tak faham istilah istiqamah.

Orang yang istiqomah selalu kokoh dalam menjaga aqidahnya dan tidak akan goyang keimanannya dalam menjalani tantangan hidup. Walaupun saku kering ataupun tebal,
Hatta dihadapi oleh bermacam-macam hal yang haram, dicaci maki dan dipuji, sekali sudah konsisten maka tidak akan ada yang mampu meroboh keistiqomahannya.

Atas sebab Kalah dalam pertandingan presiden lalu lari dan ikut orang jahil tubuh parti baru konon ia lebib islam berbanding pas. Ini tanda tidak tidak istiqamah.

Anonymous said...

Tolak Pas' bergema di Konvensyen Pakatan
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI  - 12 November 2016

Demonstrasi ‎tolak Pas, di IDCC Shah Alam hari ini

SHAH ALAM - Satu demonstrasi aman 'tolak Pas dalam Pakatan Harapan' diadakan di pusat berlangsungnya Konvensyen Pakatan Harapan ‎di IDCC, Shah Alam hari ini.

Menurut Presiden kelab penyokong Pakatan Harapan Malaysia,Osman Ismail berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum kepada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan berkenaan hasrat itu.

Ujarnya, pimpinan tertinggi Pakatan Harapan perlu menjauhi diri daripada Pas, dan tidak perlu lagi memujuk parti itu untuk berada bersama dalam Pakatan Harapan.

"Kami menanti kehadiran pimpinan tertinggi PH untuk menyampaikan hasrat ini," katanya.

Demonstari aman yang disertai oleh 20 wakil NGO Pro Pakatan Harapan itu turut membawa sepanduk yang tertera perkataan menolak Pas.

"Perkuatkan Pakatan Harapan tanpa Pas, sampai bila mahu tunggu Pas kami akar umbi sudah bosan‎," tertera perkataan tersebut.

‎Konvensyen Pakatan Harapan 2016 berlangsung sehari bermula hari ini

Anonymous said...

Ustaz dan G18 diketahui tidak diingini oleh ulama pas kerana menentang kemahuan hadi dan ulama yg nak uG dengan umno. diselangor dan perak..pemilihan dlm muktamar telah diatur untuk tidak memilih G18 dalam saf pimpinan pas dengan menggunakan chai..perancangan yg licik yg kemudian menuduh yg kalah tidak dapat terima kekalahan...coba perhatikan sejak beberapa tahun yg lepas akhbar dan tv milik umno tidak langsung serang pas..sebelum itu paslah yg selalu menjadi mangsa serangan umno..RUU 355 diwarwarkan mendapat laluan umno..dah lebih setahun masih belum dapat diluluskan dengan alasan tidak sempat dibahaskan diparlimen..urusan agama sepatutnye mendapat keutamaan melebihi urusan lain..hadi dengan kluk klek..tanding piliharaya bukan untuk menang..ape semuanye ni parti islam tapi orangnye kurang islamik..sejak ketiadaan TGNA pas parti kelam kabut..

anaabdullah said...

Firman Allah yang bermaksud: " Iblis berkata, wahai Tuhanku, kerana engkau telah menjadikan daku sesat. (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya (surah Al Hijr ayat 39)

Anonymous said...

Umno zalimi PAS lebih teruk berbanding DAP, kata naib presiden
Faiz Zainudin | November 13, 2016
Parti Islam tak mungkin bergabung dengan BN lantaran serik dengan kekejaman dan penipuan mereka, kata Datuk Iskandar Abdul Samad.
PETALING JAYA: PAS dizalimi sewaktu berada dalam gabungan Barisan Nasional (BN) lebih teruk berbanding tekanan DAP semasa dalam Pakatan Rakyat, kata Datuk Iskandar Abdul Samad.
Naib Presiden PAS itu kemudian menyenaraikan beberapa pengalaman hitam pimpinan mereka antaranya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan peristiwa Memali 1985.
Lantas, PAS tak mungkin bergabung dengan Umno lantaran serik dengan kekejaman dan penipuan BN.
“PAS banyak tertipu dengan Umno. Ahli kita mati dalam tragedi Memali. Apabila kita berurusan dengan Umno kita amat berhati-hati kerana sebelum ini banyak ahli PAS ditangkap…macam Datuk Burhanuddin al-Helmy yang mati kesan seksaan dalam tahanan ISA.”
Beliau berkata demikian dalam sidang media seusai himpunan Ledakan Suara Rakyat di Taman Medan, hari ini.
Iskandar mengulas tuduhan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggolongkan PAS dalam kumpulan penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak mahu bersama pakatan pembangkang.
Beliau merujuk kepada cubaan menangkap tokoh agama Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) di Memali, Kedah yang meragut 14 nyawa termasuk Ibrahim dan berpuluh lagi cedera.
Ketika itu, Dr Mahathir merupakan perdana menteri.
Sementara Burhanuddin al-Helmy pula merupakan bekas presiden PAS yang ditangkap dibawah ISA pada 1965. Dianggap nasionalis radikal dan pemikir Islam, beliau dituduh berkomplot untuk menggulingkan kerajaan.
“Kita lebih berhati-hati dengan Umno lebih daripada parti lain. DAP dan parti lain tidak terkesan banyak dengan kezaliman Umno. PAS paling teruk dizalimi Umno. Parti-parti lain tak kena macam PAS.
“Jadi tuduhan PAS masuk (gabung) Umno tak masuk akal,” katanya.
Lebih 1,000 orang hadir menyertai Lasak hari ini bagi menyatakan pandangan terhadap Bajet Persekutuan dan Bajet Selangor bagi tahun 2017.
Mengulas himpunan hari ini, Iskandar berkata isi kandungan ucapan-ucapan sepanjang acara menunjukkan banyak percanggahan antara PAS dan BN.

Anonymous said...

MCA ulangi ikrar tolak RUU355 depan Najib


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata parti itu akan menolak rang undang-undang persendirian dibawa presiden PAS yang mahu meningkatkan tahap hukuman mahkamah syariah.

Kenyataan Liow itu dibuat ketika mesyuarat agung tahunan ke-63 MCA di Kuala Lumpur.

Lebih menarik ikrar itu dibuat di depan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang masih berteka-teki mengenai pendirian mereka terhadap rang undang-undang berkenaan.

Kata Liow cadangan dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bercanggah dengan dasar penubuhan Malaya yang perlembagaannya disokong MCA.

"Kita mesti hormat dan mematuhi sistem sedia ada. Kita akan menentang keras, sebulat suara dan tanpa soal, sebab (hudud) bercanggah dengan perlembagaan persekutuan," katanya.

Beliau yang juga menteri pengangkutan berkata komuniti Cina di negara ini sangat bimbang dengan cubaan PAS melaksanakan hukum hudud yang didakwanya akan menyebabkan sistem perundangan terbahagi kepada dua.

Bagaimanapun dalam ucapannya selepas itu Najib tidak menyentuh langsung tentang rang undang-undang Abdul Hadi untuk meminda Akta 355 atau bantahan MCA itu.

Rang undang-undang itu didakwa PAS untuk memperkasa mahkamah syariah, dan dibawa ke Dewan Rakyat selepas diluluskan sebulat suara oleh DUN Kelantan tahun lalu.

Ironinya langkah itu dibantu oleh sebuah jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan dengan kerjasama Putrajaya dan kerajaan negeri.

Rang undang-undang itu - jika diluluskan - bakal membatalkan kekangan pusat untuk pelaksanaan hukum hudud di peringkat negeri.

Liow juga berkata PAS memperoleh kedudukan, kuasa dan pengaruh dengan bantuan daripada DAP.

Katanya PAS tidak pernah memenangi sebarang kerusi DUN di Selangor sepanjang tempoh 1978 hingga 2004.

"Bagaimanapun pada 2008 PAS tiba-tiba memenangi lapan kerusi dengan sokongan DAP. Lebih teruk pada 2013 PAS memenangi lebih banyak kerusi. Sekarang mereka ada 15 kerusi.

"Kita boleh lihat hari ini walaupun mereka tidak berada dalam satu pakatan, DAP masih bekerjasama dengan PAS dalam kerajaan Selangor," katanya.

Anonymous said...

Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini..
Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa perkara yang aku lihat.

Pertama, Exco agama Kelantan serang peribadi Dato Husam bila gagal menjawab soalan. Seperti biasa, budaya mengejek sambil menyerang keperibadian lawan adalah gaya politician melayu. Mujur Husam tidak bertanya apa kelulusan akademik yang Exco agama Kelantan miliki sehingga melayakkan dia dilantik Exco agama? Dan mujur juga Husam tidak menawarkan debat dalam bahasa Inggeris atau Arab kepada Exco agama Kelantan diluar dewan kerana Husam boleh menguasai kedua-dua bahasa tersebut dengan baik. Dan tipikal pelajar melayu lulusan Mesir rata-ratanya tidak boleh berbahasa inggeris dengan baik hatta bahasa inggeris yang asas. Apatah lagi jika pelajar tersebut tidak habis belajar atau tidak lulus.

Kedua, Exco agama Kelantan dilihat terlalu sangat kekampungan bila bercakap menggunakan laras bahasa kedai kopi. Sebagai orang yang mengaku diri Ulama, memegang portfolio Exco Agama tidak wajar beliau menggunakan bahasa jelek. Politik ialah ilmu membincangkan khidmat kepada rakyat. Politik bukan ilmu mengejek dan menyerang peribadi lawan. Sekiranya selepas ini keperibadian Exco Agama Kelantan diserang dan diaibkan tidak kira dari mana-mana pihak , jangan disalahkan kepada sesiapa kerana beliau sendiri bersikap sedemikian kepada orang lain. Sepatutnya hujah perlu dilawan hujah. Bukan sentimen dan prejudis. PAS Kelantan adalah rujukan PAS seluruh Malaysia. Jika intelektual Exco Agama Kelantan hanya sekadar itu maka tidak hairan orang tidak berpelajaran seperti Mokhtar Senik dan Azli Taliban boleh dianggap Ulama PAS diluar Kelantan.

Ketiga, satu pujian kepada Adun PAS Tawang kerana berani mengkritik Husam secara anak jantan. Beliau juga mengkritik Exco Agama Kelantan sebagai penakut tanpa berselindung. Hanya di Kelantan, boleh dilihat perkara ini. Adun PAS dari Tawang membidas Adun PAS dari Meranti secara anak jantan. Adun PAS dari Tawang juga merupakan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan.

Keempat, kesemua Exco gagal menjawap persoalan Dato Husam dengan baik. Dewan gamat seketika bila Husam yang mewakili DUN Salor meminta laporan audit dalam dibentangkan secara terbuka di dewan. Beberapa Adun UMNO turut menyokong cadangan Husam. Isu balak turut diungkit oleh Husam Musa. Husam terus menerus menyerang kesemua Exco Kerajaan Kelantan. Dan kesemua Exco tidak menjawab dengan baik dan memusing kenyataan bila menjawab.

Anonymous said...

Dokumen Dedah PAS Terima 10 Juta, Mohon Presiden TGHH Berikan Penjelasan.
22:45:00 Posted by Ameno World



Salam. Nak bertanya.

Apa kaitan kedaulatan hasil bumi Kelantan, perlu bayar royalti kepada Pejabat Presiden PAS? Semua jenis royalti hasil bumi Kelantan adalah milik sosial (konsep ekonomi sosialis). Ianya perlu masuk akaun kerajaan negeri Kelantan (penjaga pemilikan sosial). Bentang penyata belanja dalam dewan.


Teknik bumi hanguskah? Mana rakyat Kelantan? Dayuskah? Bangkit! Siasat! Bongkar jika benar! Lawan ulama kapitalis ini. Sistem ini dibuat secara legal dalam sistem kapitalisme. (Aduka Taruna)