Bercakap
pasal presiden PAS kena kencing teringat
penulis dengan hadis Wasilah menghapirkan diri kepada Allah Subhanahu watala
dan pencapaian cintanya sepertimana yang maksudnya:
Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu
anhu, katanya: Rasulullah Shallahu alahi wasallam telah bersabda: sesungguhnya
Allah subhanahu wataala berfiram: “ barangsiapa memusuhi wali waliku,
sesungguhnya aku mengisytiharkan perang keatasnya. Dan tiadalah seorang hamba
itu menghampirkan diri kepadaku dengan sesuatu yang lebih aku cintai melainkan
dengan barangsiapa yang telah aku fardhukan keatasnya, berterusanlah hambaku
mendekatkan dirinya kepadaku dengan mengerjakan (amalan amalan) nawafil
hinggalah aku mencintainya. Apabila aku mencintainya, aku akan menjadi
pendengaranya yang dengannya ia mendengar, aku adalah pengelihatannya dengannya
ia melihat dan tangannya dengannya ia
memegang dan kakinya dengannya ia berjalan. Dan jika ia meminta dariku, aku
akan mengurniakannya dan jika memohon perlindungan denganku, aku akan
melindunginya”
(Diriwayatkan oleh Al- Bukhari)
Hadis ini
diriwayatkan oleh Al Bukhari didalam Ar Raqaq (Bab Tawadhu) Hadis no 6137 ini
menyatakan sesungguhnya Allah subhanahu wataala memelihara dan menjaga para
walinya dengan cinta dan pemeliharaanya. Dan Memerangi mereka yang buat jahat
(memusuhi dan membenci) terhadap wali walinya.
Perkataan
Presiden Pas kena kencing (memusuhi) yakni menyakiti, membenci, memarahi dengan
perkataan dan perbuatan. Bukan sekatat itu sahaja malah boleh juga kita maknakan
sebagai menghina wali Allah (alim ulamak)
Allah
Subhanahu wataala isytihar perang terhadap mereka yang makan riba dan Allah
subhanahu wataala isytihar perang juga terhadap mereka yang memusuhi walinya.
Bayangkan,
jika Allah subhanahu wataala isytihar perang dengan mereka yang memusuhi wali
walinya. Sudah pasti tindakan itu amat di murka dan besar dosanya.
Sesungguhnya
aku mengisytiharkan perang atas mereka. Maknanya mereka yang menyakiti sesorang
mukmin, sesungguhnya ia telah menyakiti Allah subhanahu wataaala.
Seorang wali
Allah yang telah kena kencing tidak rasa kecewa dan tidak sekali kali putus asa
dengan usaha untuk mendaulatkan undang undang Allah atas muka bumi ini.
Allah nyatakan
sepertimana firmannya yang maksudanya: Ingatlah! Sesungguhnya wali wali Allah itu,
tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) bersedih hati (iaitu)
orang orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira
didalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada pengubahan bagi kalimah
kalimah (janji janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang
besar…(surah Yunus ayat 62-64).
Kita yang
mengaku beriman dan mencintai Allah kena
ingat bahawa isytihar perang terhadap mereka yang membenci dan memusuhi wali
walinya bukan suatu yang kecil dan boleh buat main main atau dipandang ringan.
Ia adalah
suatu kesalahan yang nyata yang terjadi didalam kehiudpan laum muslimin dizaman
akhir akhir ini kerana wali wali Allah suatu kedudukan yang tinggi yang
dianugerahkan Allah kepada mereka yang beriman dan bertakwa.
Setiap orang
yang menyakiti , memusuhi dan membenci wali wali Allah dan bertindal melampaui
batasan keatas harta, diri dan kehormatannya , maka Allah subhanahu wataala mengisytihar
perang keatas mereka dan sama terhadap pemakan riba dan ia membinasakan
kehidupannya didunia dan akhirat nanti.
6 comments:
ha ha ha .. plawok la admin .. berapa kali mau di kencing orang yg sama ...
Sheikh tolong salin jubah yg dah kena najis tu......hancing sheikh! Sia sia ibadah. Dan bacalah hadith yg berkatan la next time......jgn nak kencing org lain pulak!
Umno yg kena kincin dengan PAS sebab pemimpin pas istiqamah dan dikasihi tuhan untuk tegakkan islam ala PAs..pemimpin pas sentiasa dapat hidayah...bulan lepas tak mahu kerjasama dengan Pakatan..bulan ni plak sedia kerjasama dengan pakatan....kluk klek kerana hidayah berubah2 bila kena kincin..
Nik abaduh kata Pas tak rugi ape2 kena kincin..baru minggu lepas Deriscakap Pas tak kisah dikincin..hari ni plak dollah yg sokong gabung Pas dengan umno tanya sapekena kincin..macammana Pas nak perintah malaysia sidang DuN kelantan pun kecoh..exco agamamerapu..balak dah jadi bala ..ini semua selarikah dengan lunas2 islam?islam?...adakah wali dalam saf kepimpinan pas yg penuh putarbelit..selepas ketiadaan TGNA Pas bercelaru..islam lahir tdari hati yg bersih..bukan dari lidah semata2...
Yg ajak nk bergabung tu sapa ya? Hmmm, heran la makhluk 2 ekor yg sukakan kencin kt atas ni. Nnt sila basuh bro berdua. Tgk komen korang pun dh harin pang dh... hehehiii
Buat2 tak tau plak....malulah tue..ko rujuk kpd admin...admin ada tulis perkara ni beberapa bulan lepas...diperak dan selangor sape yg nak UG dengan UMNO?arwah TGNA dah pesan jangan jatuh 2 kali dlm lubang yg sama...politik sejahtera konon...berbilion wang 1mdb kena rompak Pas buat donno jer...
Post a Comment