Tuesday, November 8, 2016

Tiada parti yang sealiran



Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berkatanya PAS bersedia membuka pintu kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang,

Bermakna Pas bersedia bila bila masa untuk bekerjasama dengan mana parti bagi menghadapi PRU 14 yang akan diadakan pada 2017 nanti.

Yakni membuat pintu kerjasama, tetapi hanya kepada parti yang sealiran dengan matlamat perjuangan menegakkan syiar Islam di negara ini.

Pada hemat penulis, setakat hari ini tiada sebuah parti pun yang sealiran dengan parti Pas baik mereka sering mendakwa parti mereka adalah parti islam.

Parti Amanah pernah mendakwa parti adalah parti islam dan lebih baik berbanding parti Pas yang agenda tetapnya ialah untuk menegakkan syariat di Malaysia ini.

Sehubungan dengan PAS kini dalam satu pakatan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia, dan dalam suatu bentuk kerjasama dengan PKR.

Apakah Parti ikatan bangsa Malaysia dan parti keadilan rakyat sealiran dengan pas? Sudah tentu kedua dua parti itu jelas tidak sealiran .

Apatah lagi dengan parti bersatu yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang teramat berminat untuk bekerjasama dengan PAS.

Bagaimana pun Pas melalui lisan Presidennya menyatakan pas boleh terima kerjasama tersebut dengan syarat parti itu sealiran  dengan perjuangan yang diperjuangkan selama ini.

Parti Bersatu mempunyai agenda untuk menjatuhkan  Datuk Seri Mohd Najib Razak,perdana menteri yang juga presiden Umno, sedangkan pas tidak bersetuju?

Itulah misi dan visi yang akan di perjuangkan oleh parti bersatu yang kemungkian besar akan bekerjasama  dengan PAS untuk menghadapi PRU 14 nanti.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam liasanya juga meletakkan syarat kerjasama boleh diadakan, tetapi pas adalah pengemudinya.

Jika inilah syarat yang ditetap pas sudah barang tentu parti bersatu mungkin akan bersetuju juga dengan syarat kerusi yang pas kalah dalam PRU 13 lalu diberi kepada parti bersatu untuk meletakkan calon calonnya.

Hal ini pernah disuarakan  parti bersatu melalui lisan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yasin semasa berucap diatas pentas pas dalam program harap di kemasik, kemaman, Terengganu tidak lama dahulu.

5 comments:

Anonymous said...

Syarat hadi yg terbaru dia nak jadi PM..lingkup..dia sedia buka pintu kerjasama setelah sedar kena kincin dengan umno..orang bagi tau degil tak dengar..umno tu parti penyamun yg hanya jaga kepentingan pemimpin songlap...

Anonymous said...

Pas bergelut besar dalam PRU 14
08 November 2016 | MUAMMAR QADDAFI

Apakah bendera Pas akan terus koyak dalam PRU 14 nanti?

Pas sekali lagi menegaskan tidak akan mengadakan sebarang kerjasama politik dengan DAP dan Amanah namun masih membuka pintu rundingan buat parti lain selain dua parti ini.

Pas menyifatkan DAP sebagai musuh islam apabila menentang usul Pas berkaitan RUU 355,manakala Amanah disifatkan sebagai pengkhianat parti yang tidak mungkin sama sekali akan diterima sebagai sekutu politik.

Maknanya disini, jika kita mengambil situasi dimana PAS hanya sudi bekerjasama dengan PKR dimana akan dipersetujui Sesama mereka tidak akan berlaku pertembungan tiga penjuru diantara Pas – PKR – UMNO, maka situasi ini sedikit sebanyak akan memberi keuntungan kepada Pakatan Harapan.

Berdasarkan rekod PRU13 , PKR telah bertanding sebanyak 99 kerusi parlimen dan dengan teori tanpa tiga penjuru di antara Pas dan PKR, maka 99 buah kerusi parlimen untuk Pakatan Harapan yang ditandingi PKR sah hanya dua penjuru diantara PKR dan BN.

Secara teorinya, sekiranya Pas enggan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, sekaligus ia bermaksud Pas akan bertanding di semua kerusi DAP sebagaimana telah mereka umumkan sebelum ini. Persoalan kita, adakah ia akan merugikan DAP?

DAP umumnya bertanding di kerusi majoriti kaum cina, dan undi kaum cina jelasnya tidak akan pergi kepada Pas dan BN, jadi DAP masih mengekalkan undi terbesar manakala kehadiran PAS pastinya akan membantu DAP memecahkan undi melayu yang sebelum ini mengundi BN.

Disini undi kepada BN akan semakin mengecil dan Pas mungkin akan peroleh sebahagian undi melayu yang dahulunya menyokong DAP, namun matematiknya masih menguntungkan DAP kerana tempat DAP bertanding mempunyai majoriti pengundi cina.

Kesimpulannya jika Pas bertegas mahu meletakkan calon di kerusi DAP, harusnya Pakatan Harapan menyambutnya dengan tangan terbuka bahkan mengalakkan penyertaan mereka.

Sedikit masalah Pakatan Harapan adalah di kerusi yang dipertandingkan oleh Amanah. Amanah sebelum ini mengumumkan akan bertanding di kesemua kerusi yang ditandingi oleh Pas pada PRU13 iaitu sebanyak 73 kerusi parlimen diseluruh Malaysia.

Tiga penjuru ini pastinya akan menguntungkan UMNO BN namun begitu dari satu sisi yang lain, Pas juga tiada untungnya.

Amanah mungkin terpaksa berhadapan laluan getir namun di negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Perak mungkinlah tidak semalap negeri negeri pantai timur.

Tapi buat Pas, jika terpaksa berhadapan tiga penjuru di KESEMUA kerusi yang ditandingi termasuk di DUN, Pas mungkin perlu berhenti bermimpi untuk menawan kembali Terengganu dan mungkin perlu bersedia meninggalkan pejabat kerajaan di Kelantan.

Setiap satu undi adalah penting untuk Pas mengekalkan kuasa di Kelantan dan menawan kembali Terengganu, ataupun sekurang kurangnya mengekalkan 14 kerusi DUN yang dimenanginya pada PRU13 yang lalu.

Lojiknya, tiga penjuru tidak akan menjadikan Pas semakin kuat di negeri ini, apatah lagi di Kelantan, banyak kerusi DUN yang dimenangi Pas hanyalah dengan perbezaan undi yang tipis.

Maka pergelutan yang besar bakal PAS hadapi di kedua negeri yang menjadi kubu kuat PAS sendiri kerana “kebijakan” pemimpin PAS menyusun kedudukan PAS dalam arena politik negara.

Tidak melampau jika dikatakan, PRU14 merupakan PRU penutup buat kegemilangan Pas dan Amanah perlu bersedia untuk mengambil sepenuhnya tempat Pas menjelang PRU15.

Anonymous said...

Jikalau berharap parti yg sealiran..payahlah dan ini agak kebelakang barangkali..cara pas berpolitikpun jauh dari geopolitics dunia islam..hambar dan ku sangka cerdik tapi sebaliknya..jauh dari concept siyasi.mendaulahkan satu keutamaan itulah keutamaan,mendaulahkan Islam dan adap,islam dan cara lebih baik dari behukum...jadiiiii!! apa yg berlaku kepada parti pas hari ini semenjak ketiadaan armarhum hj nik Aziz nikmat...politik yg menuju jalan buntu(sila muasabah diri sebelum ditimpa musibah)..anak2 armarhumpun tidak ada yg bermentaliti seorang pemimpin begitu juga pemimpin pas sekarang....jaadiii saya berpendapat membina satu parti islam yang baru lebih mudah,dari mempertahankan sesuatu yang agak lapuk

Anonymous said...

Hah!Rhitorical analysis,i give full opertunity to amanah mike some nightmare..pru14 defeated pas..pas already exp date..do u understood

Anonymous said...

Netizen kecam sikap MP Pas berkecuali Bajet 2017

Tindakan 11 Ahli Parlimen Pas tidak mengundi atau berkecuali pada undian belah bahagian Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 di Dewan Rakyat, malam tadi dikesali para netizen.

Mereka juga kesal tindakan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang tidak hadir.

Namun begitu, MP Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menolak bajet itu.


Pengguna laman sosial, Tun Razak Samm menasihatkan pihak yang berkecuali dan selalu ponteng Dewan Rakyat supaya menukar status parti kepada badan bukan kerajaan (NGO).

"Lagi pun hang bukannya nak memerintah kan. Nak jadi penasihat je. Boleh elak tiga penjuru," tulisnya.

Beliau turut melampirkan foto yang menunjukkan skrin di hadapan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan tertera laman sosial Facebook.

"Bukan berkecuali, tapi tak perasan Parlimen tengah buat undi. Sibuk main pesbuk (Facebook)," ujarnya lagi.

Sementara itu, Samad Hashim menyifatkan sikap berkecuali Pas itu sebagai menyokong pihak kerajaan.

"Untuk memudahkan kemenangan pihak yang disokong. Itu tetap dikira menyokong," tegasnya.

Tarmizi Mat Jam pula menulis, "Gara-gara berkecuali rakyat terus dibuli. Pun gitu masih ada yang syok dengan mereka" manakala Sulaiman Akhlaken menganggap Pas pada masa ini seperti mahu bunuh diri.

"Akal untuk berfikir mana yang lebih baik dan lebih buruk tapi bukan berkecuali. Itu KHIANAT pengundi namanya," tegas Sulaiman lagi.

Malam tadi, Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat apabila disokong 117 ahli parlimen.

Seramai 70 lagi menentang berbanding pada Bajet 2016 apabila 74 Ahli Parlimen Pakatan Harapan menolak manakala 128 dari BN menyokong. -MD


Hadi Awang tidak hadir Parlimen terus jadi polemik

Ketidakhadiran Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat untuk undian Bajet 2017 malam tadi terus mengundang polemik orang ramai yang dapat dilihat pada lontaran komentar di media sosial Facebook dan kumpulan WhatsApp.

Antaranya, Nazir Mahmud Khan membayangkan kekerapan ayah Abdul Hadi dipanggil pihak sekolah ekoran ponteng.

"Hadi ni kan kalau dia budak sekolah, aku tak tau la berapa kali bapa dia kena panggil pi sekolah pasai ponteng.