Friday, May 11, 2018

Lebih baik bekerjasama dengan BN


Negeri Perak punya masalah yang sangat besar dan sukar untuk melantik menteri besar, kerana  BN menang 27 kerusi dan pakatan harapan 29 kerusi.dan Pas 3 kerusi

Pakatan harapan boleh tubuh kerajaan jika Pas berkecuali dan menjadi pembangkang bersendirian.

Akan tetapi pas dikatakan ada minat hendak bekerjasama dengan mana mana parti untuk mentadbir negeri Perak .

Wajarkah Pas pilih pakatan harapan, sedangkan pengerusinya Tun Dr mahathir Mohammad yang juga perdana menteri ke 7 Malaysia itu anti Pas.

Wajarkah Pas pilih BN, sedangkan BN parti rasuah dan banyak salahguna kuasa yang membahayakan  negara.

Ramai yang tidak bersetuju Pas bekerjasama dengan mana mana parti, termasuk parti pakatanharapan yang memerintah kerajaan Malaysia.

Ramai juga yang tidak suka dan akan marah marah jika Pas bekerjasama dengan BN, kerana parti gabungan itu adalah paling rasuah.

Dan ramai yang mencadangan agar Pas jadi pembangkang bersama BN pada  kerajaan Pakatan harapan itu.

Felo penyelidik undang undang dan perlembagaan Malaysia (UTM) Dr Muhammad Fathi Yusof berkata langkah itu dilihat lebih startegik bagi memastikan proses pembentukan kerajaan baharu perak berjalan lancar Pas dijangka akan kerjasama dengan pakatan harapan.

Macam mana hendak bekerjasama dengan pakatan harapan sedangkan pengerusi enggan bertaubat dengan dosanya mempersenda sendakan undang undang syariah dan berkata kalau hudud dilaksanakan habis tangan orang islam dipotong.

Pas boleh bekerjasama dengan UMNO yang menjadi tulang belakang BN dalam isu nahi munkar amar ma’aruf dan Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pernah berkata yang dia boleh jadi penasihatnya.

Antara dua Parti BN dan Pakatan harapan mana lebih baik untuk pas melakukan kerjasama untuk pembentukan kerajaan.

Pakatan harapan sudah boleh membentuk dan melantik menteri besar sesiapa sahaja yang menang PRU 14 lepas, hatta dari DAP ke,jika Ia islam dari PKR ke, jika ia Islam dan BERSATU ke.

Hal ini akan berlaku macam kerajaan pakatan rakyat bermenterikan wakil rakyat pas ,Datuk Seri Nizar Jamaluddin hilang kerajaan dek 3 wakil rakyat lompat parti.

Dua wakil rakyat dari PKR dan seorang wakil rakyat dari DAP punca kerajaan perak tumbang dan bertukar tangan kepada kerajaan BN.

Oleh itu, ramai yang mahu agar pas bersendirian dan jadi pembangkang  yang baik  kepada kerajaan pakatan harapan bersama sama BN.


No comments: