Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dikatakan tiada protokol, hendak kayuh basikal bersama isteri di pantai Batu Burok dilakukan macam rakyat jelata.
Demikian juga hendak daki bukit, dilakukan tanpa ada sebarang iringian, hatta pengawal peribadinya. dilakukan sendirian.
Pendek kata, macam orang biasa, macam orang kampong.hendak buat apa apa aktiviti jasmani dilakukan apabila ada masa yang terluang.
Misalnya, baru baru ini tarasa hendak daki bukit Maras, Batu Rakit pergi bersendirian. Nasib baik disedari pihak unit medianya.
Beliau diekori pihak medianya kerana bimbang dan takut ada sesuatu yang tidak baik berlaku. maklumlah, menteri besar melakukan aktiviti tanpa ada peneman.
No comments:
Post a Comment