Saturday, December 8, 2018

Tan Sri Zainuddin Maidin Sekolah agama?


Salah seorang pembahas blogers  Datuk Kadir Jasin berkata Zainuddin Maidin (ZAM) bekas ketua pengarang utusan Malaysia dan bekas menteri penerangan Malaysia, bersekolah di sekolah agama, Di Kedah.

Datuk Kadir jasin juga memang pernah bersekolah di sekolah agama di Kedah, maka fahamlah Islam. Demikian juga Tan Sri Zainuddin Maidin yang tidak boleh buat mudah menuduh tidak faham dengan Islam.

Faham Tan Sri Zainuddin Maidin dan Datuk Kadir Jasin berbeza dengan faham lain lain orang Islam, terutama sekali faham Islam orang Pas.Lebih lebih lagi ZAM ini berkelulusan darjah enam sekolah melayu sahaja.

Oleh kerana ZAM ini seorang yang mempunyai agenda selari dan sangat berjasa kepada Dr Mahathir dan Daim Zainuddin, maka sebelum dilantik sebagai menteri penerangan beliau dilantik setiausaha ahli parlimen.

Rasulullah SAW menyatakan bahawa suatu masa nanti umat Islam akan berpecah kepada 73 puak.Hanya satu puak sahaja yang diterima, iaitu yang ikut ajaran yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Oleh itu, 72 puak, kesemuanya tidak diterima, kerana tidak mengikut ajaran Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Maka kebanyakan dakwaan mereka ditolak, kerana ajaran yang mereka terima dan amalkan itu bercanggah dengan ajaran Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Seperkara lagi, usah Tan Sri Zainuddin Maidin dan Datuk Kadir Jasin byang bersekolah di sekolah agama dahulu itu.sedangkan ada ulamak yang penuh ilmu didada jadi ulamak jahat.Itu ulamak. Apatah lagi ketua pengarang akhbar utusan Malaysia dan akhbar Streest Times.

Apalah sangat Tan sri Zainuddin Maidin dan datuk Kadir Jasin yang bersekolah disekolah agama yang pernah jadi penulis upahan kepada kerajaan umno/BN ketika diteraju oleh Dr Mahathir Mohammad.

Dr Mahathir Mohammad sudah di kenalpasti seorang perdana menteri yang sering kali mempersenda sendakan hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh Pas apabila diberi kemenangan dan memerintah Malaysia ini.


No comments: