Tuesday, May 11, 2010

Najib takut dengan bayang bayang sendiri?

Datuk Seri Mohd Najib Razak susah hati dengan perkembangan yang berlaku dalam UMNO .Tetapi mendapat pujian Datuk Shahrir Samad bahawa Najib berada pada landasan yang betul.

Kita tidak tahu apa yang dikatakan betul itu sedangkan Najib setakat hari ini tidak melakukan sebarang perubahan yang radikal. Itulah kata Shahrir.

Kata Shahrir lagi, Najib tidak mengubah semua sekali tetapi meneruskan perubahan dan transformasi yang telah bermula sejak 1997 ketika Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Perubahan itu terus berlaku sehinggalah beliau mengambil alih pemerintahan negara. Apa yang Najib lakukan adalah tersusun dan sistematik serta berada pada landasan yang betul.

Kata Shahrir, contoh DEB tidak dibuang begitu sahaja tetapi ia diperhalusi di dalam MEB. Kita lihat membasmi kemiskinan tetap ada walaupun kemiskinan tegar tidak ada lagi dan ia ditumpukan kepada golongan 40 peratus masyarakat berpendapatan rendah.

Oleh itu apa yang dilakukan oleh Najib adalah lebih tersusun dan kesinambungan dari dasar-dasar yang dilakukan sebelumnya.

Sama ada Najib boleh menerima bulat bulat akan pujian yang dilakukan oleh Shahrir Samad itu suatu yang lain, tetapi susah hati Najib dengan wujudnya puak dalam UMNO sekarang begitu jelas.

Kalau Dahulu UMNO mempunyai puak A dan puak B sahaja iaitu Team A dan Team B tetapi sekarang ini bukan setakat itu sahaja malah sudah ada puak A, puak B dan Puak C. Puak puak ini punca Najib susah hati.

Belaiu susah hati kerana “hayat” jawatan perdana menteri yang disandang sekarang akan pendek tidak sepanjang hayat Tun Dr Mahathir.

Tali Hayat Tun Abdullah Ahmad Badawi pendek kerana ada puak yang tidak senang dengan jawatan yang disandang waktu itu.Jadi tidak mustahil ada puak yang akan ikut rentak puak supaya Tun Abdullah letak jawatan.

Puak puak yang ada didalam Umno dilihat sangat berbahaya, sebab itu najib susah hati dan meminta agar janganlah berpuak lagi atau dengan kata lain jangan ada puak dalam UMNO ini kalau mahu kekal memerintah Negara.

Itulah pesan Najib yang kita lihat sangat menakutkan sesiapa sahaja dengan kewujudan puak dalam UMNO yang barangkali talihayat BN akan putus dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Bukan UMNO sahaja yang membawa masalah tetapi MCA juga mempalitkan masalah besar kepada BN. Contoh, dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor tidak lama dahulu undi orang china sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Oleh itu, puak puak yang wujud dalam UMNO kemungkinan undinya akan beralih juga dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti disamping orang China sudah Nampak dengan jelas bahawa jalan mudah baginya untuk memerintah Negara berbanding berada dalam BN dengan berada didalam Pakatan rakyat.

Sunday, May 2, 2010

60 juta untuk atasi kesesakan bandaraya Kuala Terengganu

Atas nama kesesakan lalu lintas bandaraya Kuala Terengganu pihak kerajaan membelanjakan wang rakyat sebanyak Rm 43 juta.

Empat puluh tiga juta wang rakyat habis dibelanjakan untuk membina jalan sehala dari Chorung Lanjut ke simpang empat jalan sultan Ismail. Dari bangunanan Majlis bandaraya sampai ke Batas baru.

Kesesakan lalu lintas yang dijangka selesai masih tidak selesai selesai juga. Malahan kesesakan lalu lintas bandaraya Kuala Terengganu menjadi semakin sesak.
Atas nama kesesakan lalu lintas itu juga kerajaan telah memperuntukan wang rakyat sebanyak Rm 60 juta lagi.

Wang rakyat sebanyak RM 60 juta itu, dijangka masalah kesesakan lalu lintas disekitar pusat Bandar raya itu dapat diselsaikan berikutan langkah kerajaan menaik taraf beberapa jalan utama yang akan mula dilaksanakan pertengah tahun ini.

Itulah harapan menteri Besar Datuk Ahmad Said dan juga harapan rakyat Terengganu yang mahu supaya kesesakan lalu lintas Bandar raya Kuala Terengganu beres.

Jika dahulu jalan sehala dikatakan boleh menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas Bandar raya Kuala Terengganu.

Setelah RM 43 juta dibelanjakan, masalah kesesakan lalu lintas tidak juga selesai. Apabila jalan sehala siapkesesakan tidak dapat di selesaikan, malahan lalu lintas semakin sesak dibuatnya.

Tetapi kali ini jalan sempit pula dikatakan punca kesesakan lalu lintas dan projek pelebaran jalan pula akan dilaksanakansekaligus untuk menaik taraf longkang longkang sedia ada.

Apakah ia akan menjadi reality?

Jalan sempit akan dilebarkan dan longkang longkang sedia ada akan dinaik taraf yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan yang menelan belanja sebanyak RM 60 juta itu.

Kos untuk mengatasi kesesakan lalu lintas Bandar raya Kuala Terengganu menelan belanja RM 103 juta setakat ini. Apakah ianya berupaya menyelesaikan permasalahan kesesakan lalu lintas yang semakin hari semakin sesak itu.

Pelebaran jalan yang dinyatakan oleh Ahmad said, terutamanya jalan Gemia yang sebelum ini tidak pernah mengalami kesesakan lalu lintas akan menjadi empat lorong sehingga ke Bukit Besar sejauh lima kilometer akan jadi reality?.

Wednesday, April 14, 2010

Lari dari mulut Buaya masuk mulut Harimau

Sejak dari dahulu lagi ada kumpulan dalam PAS tidak setuju dengan kerjasama yang dibuat bersama pakatan rakyat.Malangnya kumpulan itu dipinggirkan.

Atau dengan kata lain apabila ada unsul supaya difikirkan semula kerjasam itu“kerat terus” apabila ada yang mempertikaikan tidak boleh member wala’ kepada orang bukan Islam (kafir)

Sekarang ini bukan sahaja telah member wala’ kepada orang kafir malah sudah orang kafir dicop sebagai pembela Islam di negeri Pulau Pinang.

Yang bersetuju barangkali atas nama “untung dan rugi” sepertimana yang dibangkit oleh YB Khalid Samad yang mengatakan jika tidak ada untung lebih baik keluar sahaja dari pakatan rakyat.

Jika benar demikian maka sah sesungguh kerjsama antara PKR, DAP dan PAS hanya untuk mencari keuntungan sahaja bukan atas nama Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Sedangkan dalam Islamsegala sesuatu ialah untuk mendapat keredhaan Allah atau atas nama kebenaran dan memdaulatkan syariat Allah.

Nampak dengan jelas bahawa tujuan PAS bekerjsama dengan DAP dan PKR semata mata mahu keruntungan peribadi sahaja iaitu untuk menang dalam pilihanraya dan menumbangkan UMNO/BN. Oleh itu dapat jadi YB, jadi menteri besar dan dapat jadi EXCO di negeri negeri yang diperintah.

Kalau di peringkat pusat, untung yang pasti dapat apabila dapat jadi menteri kabinet, sekurang kurang YB PAS diberi jawatan timbalan perdana menteri, menteri pendidikan dan timbalan timbalan menteri yang barangkali diperuntukan kepada YB PAS.

Oleh itu wajar lah YB Khalid Samad mengatakan jika tidak ada untung lebih baik keluar sahaja dari pakatan rakyat.

Bagi saya tindakan PAS tidak lain dan tidak bukan bak kata perpatah macam “lari dari mulut harimau tapi masuk dalam mulut buaya” atau “lari dari mulut buaya masuk dalam mulut harimau”.

Thursday, April 8, 2010

Bukan tanggungjawab kerajaan beri pendidikan Islam kepada rakyat

Barangkali ramai yang tidak setuju dengan tajuk rencana ini, tetapi betapa ramai yang setuju, kerana ada hadis bahawa anak anak yang dilahirkan putih bersih dan ibubapalah punca anak anak itu jadi yahuid Nasrani dan majusi.

YB Kazan Che Mat EXCO agama negeri Terengganu ketika mengulung jawapan dalam siding dewan undangan negeri ke12 kelmarin yakin bahawa pendidikan agama bukan tanggungjawab kerajaan, tetapi ia adalah tanggungjawab ibubapa.

Kita boleh beri markah penuh kepada YB Kazan Che Mat EXCO Agama negeri Terengganu itu. Mengapa tidak.

Ya tak Ya juga. Betul juga kata YB Kazan Che Mat. Lebih lebih lagi sesungguhnya kerajaan yang memerintah Terengganu sekarang ini bukan sebuah kerajaan Islam. Ia adalah sebuah kerajaan UMNO/BN yang secular yang berprinsip bahawa agama suku politik suku.

Oleh itu pendidikan agama bukan jadi tanggungjawab kerajaan. Tetapi ia adalah tanggungjawab ibu bapa . Ibu bapalah yang akan mencorak anak anak mereka sama ada mahu jadikan anak anak mereka Yahudi, Nasrani dan Majusi.

Namun demikian kerajaan tidak boleh dipersalahkan jika generasi hari ini jadi macam yahudi, jadi macam nasrani dan jadi macam Majusi, kerana itu adalah kehendak ibu bapa zaman jahiliah moden ini.

IBUbapa sudah didik anak anak menjadi Yahudi, menjadi nasrani dan manjdi Majusi.

Atas sebab itulah ramai yang berzina, yang minum arak yang berjudi dan makan rasuah dan makan riba. Ini tidak salah bagi mereka. Yang tidak boleh ialah bagi mereka yang agama Islam sahaja. Manakala yang tidak beragama Islam semuanya halal dan tidak haram.

Hari ini jelas dan nyata terlalu banyak rakyat Negara ini yang gaya hidupnya macam orang zaman jahliah dahulu, iaitu membuang bayi dimerata rata tempat, termasuk dibuang dalam masjid rumah Allah yang dibina dengan begitu cantik rekabentuknya.

Negeri Terengganu satu satu negari yang banyak mendirikan masjid yang indah indah dan cantik cantik reka bentuknya yang membuat kita naik pelik dengan hujah YB Kazan Che Mat bahawa bukan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk beri pendidikan Islam kepada rakyat.

Barangkali menbina banyak masjid member ruang kepada kebanyakan wakil wakil rakyat, EXCO EXCO dan menteri besar kumpul harta hasil persen kos pembinaan yang kali kadang kala kos sesebuah masjid jelas tidak manusabah.

Atas sebab itu pihak kerajaan bertungkus lumus untuk membina masjid baru hatta mesjid yang sedia ada masih teguh dan selesa untuk satu satu kariah sepertimana masjid Pasir mina kemaman yang ditawarkan sebanyak RM 1.3 juta untuk dirobohkan.

Tidak dinafikan ada usaha yang dilakukan oleh kerajaan agar maksiat dapat dibendung, tetapi usaha itu macam lepas batuk ditangga sahaja. Lebih lebih lagi usaha itu adalah merupakan hak dan tanggungjawab ibubapa dan bukan tanggungjawab kerajaan.

Friday, April 2, 2010

Banyak Projek untuk habiskan duit rakyat

Bercakap pasal projek “percubaan” di Terengganu selama ini tidak lain dan tidak bukan ialah semata mata untuk menghabiskan wang rakyat.

Demikian juga dengan projek perintis penanaman strawberi menggunakan kaedah fertigasi di tanah rendah yang sehingga habuk pun tidak ada.

Kalau di Kuala Nerus di adakan di Kampung Petaling dan telah berpindah tempat ke Kampung Jeram hilir dekat rumah Datuk Rahin Said EXCO sendiri.

Projek itu yang ‘kononnya’ pertama di Malaysia dan Terengganu menjadi negeri pertama melaksanakan tanaman strawberi tanah rendah secara bioteknologi melalui fertigasi biohidrotronik dengan kos RM 300,000.00.

Projek itu boleh dikatakan murah berbanding dengan projek kambing di Lembah Bedung yang menelan kos sebanyak RM 10 juta yang juga habuk pun tidak ada.

Projek Kambing kaedah Fertigasi itu diberi kepada Datuk Zubir Embong yang kini telah diberi amanah mengurus kawasan balak milik Gorden Pharus di kemboja oleh Datuk Ahmad Said.

Demikianlah perihal projek percubaan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu dibawah menteri besar yang pernah berkata bahawa projek yang diwujudkan tidak memberi manfaat kepada rakyat kecuali membazirkan.

Benarlah sehingga kini, tidak ada sebutir pun Strawberi yang dikutip dari projek tersebut.Manakala projek Kambing Fertigasi hanya tinggal bangsalnya sahaja yang dikatakan menelan kos jutaan ringgit.

Tidak lama kemudian Datuk Ahmad Said telah menisytiharkan sebanyak RM 50 juta untuk taman rama rama dan tanaman ubi gadung di Kenyir.Dan ditambah sebanyak RM 50 juta lagi untuk tarik pelancung konon.

Dahulu mungkin masih ada yang belum lupa dengan projek taman bunga okid yang menelan belanja sebanyak RM 43 juta yang mana tamannya entah kemana.

Rakyat bimbang dengan projek projek percubaan yang telah, sedang dan akan dlaksanakan, kerana wang rakyat habis projek habuk pun tidak ada. Lepas satu satu projek diisytiharkan dengan kosnya sekali.

Sekian……………..

Tuesday, March 23, 2010

Terkejut apabila Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dikatakan berbangga

Saya terkejut apabila membaca tajuk berita yang berbunyi: presiden bangga MP, Adun PAS tidak terjun dari bahtera.

Mengapa tidak? Bangga atau berbangga bukan sifat orang yang beriman.Sifat bangga adalah sifat orang munafik.

Mungkin masih ramai yang tidak tahu makna bangga. Bangga ialah megah, besar hati. Sesungguhnya megah itu harus dijauhi manusia yang mengaku Islam.

Saya percaya presiden PAS tidak berasa megah diri apabila MP, Adun PAS tidak terjun dari bahtera yang dilayari sekarang ini.

Mungkin penulis yang bernama mohd Sabri Said yang menulis intro berita bertajuk: presiden bangga MP Adun PAS tidak terjun dari bahtera bahawa presiden PAS Datuk Seri Tuan guru Abdul Hadi Awang berbangga dengan prestasi semua ahli parliman (MP) mshu pun ahli dewan undangan negeri (Adun) parti itu seluruh Negara kerana tidak gopoh terjun daripada bahtera yang sedang belayar.

Jika sekiranya Datuk Seri Presiden tidak berkata seumpama yang dilaporkan maka penulis berita ini jelas berdosa besar kerana mengatakan presiden berbangga. Lebih lebih lagi sifat bangga adalah sifat yang berkait dengan manusia manufik.

Mana mungkin seorang yang bergelar “Tuan guru” memiliki sifat orang orang munafik. Lainlah jika kalangan ahli PAS berbangga dengan apa yang berlaku, kerana mereka merupakan orang awam yang banyak terbabit dengan dosa besar dan dosa kecil.

Bagaimana mungkin seorang ulamak memiliki sifat orang orang munafik. Mana boleh beliau megah diri dengan apa yang berlaku terhadap anak buahnya. Sepatutnya beliau bersyukur dengan apa yang berlaku terhadap mereka dibawah kepimpinannya.

Saya tidak percaya presiden memiliki sifat bangga. Kalau beliau ada menyebut perkataan berbangga dengan apa yang berlaku memang ada benda yang tidak kena dan boleh dipertikaikan kewibawan sebagai seorang kepimpinan ulamak.

Adalah teramat tidak wajar seorang ulamak memiliki sifat bangga yang jelas dan nyata sangat bercanggah dengan reputasinya.

Mustahil beliau tidak faham makna bangga atau penulis sengaja mentafsirkan ucapan beliau secara rambang yang barangkali sering membuat dosa kering cuba melabelkan presiden dengan label yang buruk.

Minta dijauhkan memiliki sifat bangga,kerana sifat bangga adalah tembok penghalang untuk beriman dan bertakwa.

Saturday, March 20, 2010

Tengku Razaliegh Hamzah kelihatan masih tidak ikhlas

Bacaan saya sesungguh Tengku Razaliegh Hamzah masih tidak ikhlas miskipun sudah jelas dan nyata melawan arus UMNO/BN dalam kes tuntutan royalty minyak Kelantan.

Walau bagaimana pun saya setuju dengan Tengku Razaliegh Hamzah sangat tidak setuju tuntutan royalty minyak Kelantan dibawa ke mahkamah.

Macam kes royalty minyak Terengganu dahulu yang jelas dan nyata hingga kini ianya tidak ke mana mana.

Bukan itu sahaja, malahan ianya tidak memberi sebarang kesan pada parti PAS yang dikatakan bertungkus lumus untuk menumbangkan kerajaan UMNO Terengganu.

Sehubungan dengan itu saya berani mengatakan bahawa KU LI tidak ikhlas dalam memperjuangkan hak rakyat Kelantan miskipun pernah berkata, apa yang dilakukan itu semata mata untuk mengembalikan hak rakyat.

Ini nampak dengan jelas apabila diajak turun ke jalan raya beliau enggan dan tidak setuju dengan demotrasi yang pernah diamalkan oleh pembangkang itu.

Oleh itu, tujuan beliau mengadakan siri dialog di Staduim Sultan Mohamad di Kota baharu dan di TER Kuala Terengganu itu, semata mata atas nama lawan arus dek kepentingan peribadi iaitu sangat tidak puashati dengan perdana menteri Ke enam.

Maka Fokus pertamanya ialah memcabar kewibawaan Datuk Seri Mohd Najib Razak yang tidak menghargai langsung kewibawaanya yang pernah menjadi orang nombor tiga semasa Tun Razak Husein menerajui Malaysia.

Cuba kita bayangkan, Datuk Seri Dr Rais Yatim diberi kepercayaan sebagai menteri penerangan dan komunikasi. Pada hal kewibawaan KU Li tetap mengatasi Rais Yatim kerana pernah menyandang menteri kewangan.

Inilah punca Tengku Razaliegh Hamzah lawan arus sebagai suatu tempelak terhadap Najib yang sedang berlakon dengan ungkapan manis manis belaka. Rakyat didahulukan konon- satu malaysia konon.percapaian diutamakan konon.