Saturday, March 15, 2014

Tahniah JPJ Kuala Terengganu



Mangapa penulis ucap tahniah kepada JPJ Kuala Terengganu. Hendak tahu? Pasti orang Kuala Terengganu sudah sedia maklum apa perihalnya.

Penulis ucap tahniah kerana JPJ Kuala Terengganu sangat bagus sehingga buat orang yang ada urusan terpaksa menunggu sampai dua jam lamanya.

Kalau nak dapat cepat sikit terpaksa pergi turun dari rumah jam 7 atau 8 pagi kerana orang belum ramai lagi.
Seperkara lagi. Orang makan gaji yang nak baharu lessen atau cukai jalan terpaksa ambil cuti satu hari, 
 kerana terpaksa menunggu, kadang kadang sampai 3 jam lamanya.

Atas sebab itulah penulis mahu  mengucap tahniah kerana terlalu bagus perkhidmatannya berbanding dengan sebelum ini.

Sebelum ini nombor giliran dibuat orang nak ambil cukai jalan suku dan nak baharu lessen suku, tetapi hari ini nombor giliran dibuat sekaligus.

Bagi warga emas tersangat sukar kerana terpaksa menunggu begitu lama hingga berjam jam baru dapat giliran yang panulis kata sangat bagus.

Sekali lagi penulis ucap tahniah kerana bagus  untuk memudahkan orang ramai yang berurusan yang berkaitan dengan kenderaan, terutama sekali bagi warga emas yang lemah dan sedikit uzur.

Saturday, March 8, 2014

Kita tahulah nak tolong rakyat

Maknanya Datuk Seri Mohd Najib Razak perdana menteri satu Malaysia sangat marah dengan pembangkang.Nampak dengan jelas.

Penulis tidak tahu mengapa beliau sangat marah dengan pembangkang. Mungkin pembangkang musuh nombor satu dalam politiknya.

Dadah musuh Negara. Sebab itu dia tak bimbang.Jenayah yang bermaharajalela juga  musuh Negara dia tak ambil kisah sangat.

Fikir punya fikir, penulis dapat jawapan tepat dan sah ada dalilnya. Apa dia dalilnya? Tidak lain dan tidak bukan bahawa kata kata diatas ditujukan kepada Tun Mahathir dan Tun Daim.

Mengapa tidak? Kan Tun Mahathir tidak setuju dengan BRIM Najib. Demikian juga Tun Daim yang pasti amat tidak setuju dengan pemberian BRIM kepada rakyat.

Pembangkang juga dikatakan tidak setuju, tetapi para pemimpin pembangkang berkata ambil jangan tak ambil, kerana wang BRIM bukan wang umno.

Kata sesetengah pemimpin umno pembangkan memang marah dengan pemberian BRIM Najib itu, tetapi tidak lepas peluang dan berlumba lumba mengambilnya.

Dengan kata lain perdana menteri satu Malaysia tak marah dengan pembangkang. Beliau marah dengan Tun Mahathir dan Tun Daim yang berusaha untuk menjatuhkan Najib dari takta sekarang.

Sebab itu Tun Mahathir tidak setuju dengan pemberian BRIM dengan alasan rakyat sudah cukup setia dengan umno dan BN berdasar PRU 13 lepas. mengapa perlu diberi BRIM lagi.

Pada hemat penulis BRIMlah yang membuat BN menang dan kekal memerintah Malaysia. Kalau tidak sudah tentu putrajaya jatuh ketangan pembangkan pada PRU 13 lepas.

Atas sebab itu Najib mahu tidak mahu memasukkan bajet BRIM dalam belanjawan Negara 2014 yang dibentangkan tahun lepas.

Itulah perkiraan Mohd Najib. Sebab itu dia berkata saya tahulah nak tolong rakyat. Bukan itu sahaja, malah surat menyurat berkaitan pembangklang baucer BRIM seluruh Negara,  Najib sendiri yang tanda tangan.

Musuh nombor satu Najib adalah Anwar Ibrahim yang sudah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun. 



Sunday, March 2, 2014

Ekonomi Negara cemerlang rakyat semakin susah


 Bank Negara Malaysia umumkan pencapaian  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku keempat 2013  lebih baik daripada diunjurkan iaitu 5.1 peratus.

 seperti mana diumumkan Bank Negara Malaysia semalam, membuat penganalisis optimistik 2014 akan menyaksikan kadar itu berlegar di sekitar lima peratus. 

Bagi keseluruhan 2013, pertumbuhan KDNK mencapai purata +4.7 peratus, jelas lebih rendah daripada 5.6 peratus dicapai pada 2012. 

Dalam satu nota hari ini, Alliance Research menjangkakan pertumbuhan 2014 akan lebih kukuh iaitu lima peratus, disokong oleh pemulihan dalam sektor luar dan permintaan domestik yang kukuh.

Dan ianya akan merangsang pertumbuhan ekonomi dalam negara.  Seperti pada tahun lalu, pertumbuhan akan didorong oleh permintaan domestik, disokong oleh perbelanjaan sektor swasta yang mantap dalam kegiatan penggunaan dan pelaburan.

Bagaimanapun, besar kemungkinan pertumbuhan akan sederhana berikutan langkah kerajaan menyelaras perbelanjaan sejajar matlamat mengurangkan defisit.

Penulis boleh setuju bahawa ekonomi Negara cemerlang , bukan sahaja disokong oleh perbelanjaan sector swasta yang mantap dalam kegiatan penggunaan pelaburan.

Akan tetapi telah disokong kenaikan harga minyak dan potongan subsidi sehingga menghasilkan dapatan  RM 13 bilion dan tambah RM 1.1 bilion lagi dalam masa sekelip mata.

Persolan yang timbul sekarang sara hidup rakyat jadi tinggi kerana kenaikan harga barang yang membuat rakyat hidup susah.

Ekonomi kerajaan cemerlang, tetapi bagaimana pula dengan kesusahan rakyat yang telah memberi mandap BN memerintah Malaysia.

Wajar kerajaan jadi kerajaan yang kaya, tetapi rakyat dibiar hidup terhimpit dengan pelbagai kesusahan.

Sudahlah yang miskin semakin hari semakin bertambah miskin dan yang kaya semakin hari semakin menjadi semakin kayaraya.

Wajar jurang yang dalam ini dibiarkan menjadi lebih dalam dan lunag yang besar menjadi lebih besar kepada rakyat yang perlu kepada pembelaan kerajaan yang telah diberi mandap itu.



Wednesday, February 26, 2014

Ingat sikit dengan Kassim Ahmad ini

Penulis ada menulis tentang isu Kassim Ahmad dalam akhbar Utusan Malaysia tahun 80 an dan berikutnya ditambahbaik  oleh tulisan Ahmad Azam bekas wakil rakyat negeri Terengganu.

Kedua dua tulisan berkaitan dengan isu Kassim Ahmad tolak hadis membuat Kassim berhenti menulis dan tiada jawapan dan ulasan dibuat.

Dua tiga hari ini tembul pula isu Kassim Ahmad atas sebab ada pihak mengadakan seminar pemikiran Kassim Ahmad yang dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad bekas perdana paling lama memerintah Malaysia.

Penulis bukan apa, Cuma hendak ingat sikit kepada mereka yang marah marah dengan seminar tersebut dan ada yang berkata Kassim Ahmad murtad kerana menolak hadis, kerana kassim Ahmad pernah pernah menang samannya terhadap akhbar harakah.

Kassim pernah berkata dia tidak tolak hadis, Cuma menolak hadis hadis yang daif dan perlu kaji semula kedudukan hadis yang begitu banyak.

Hal seumpama ini bukan sahaja Kassim yang mahu hadis hadis dinilai semula, malah Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi perdana menteri mengesa supaya Al Quran ditafsir semula.

Disini dapatlah kita buat kesimpulan bahawa dua orang ini Kassim Ahmad dan Tun Dr Mahathir Mohamad satu angkatan atau satu kepala yang mempunyai agenda tertentu terhadap agama Islam.

Kassim Ahmad mahu supaya hadis dinilai semula. Manakala Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Al Quran ditafsir semula.

Oleh itu, kena beringat sikit dengan isu ini, kerana bimbang nanti ada pula yang kena zaman dan mahkamah tetap memihak kepada kassim Ahmad.

Harakah pernah hilang wang sebanyak RM 80,000 kerana kalah dalam kes saman tersebut. Jadi hendak beringat sikit dengan percakapan agar duit tidak terbang begitu sahaja. Awas dan hati hati.





Wednesday, February 19, 2014

Ada orang kata Anwar tak akan kalah

Jika lihat kedudukan dan pengaruh Datuk Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Najib Razak amat benarlah judul rencana diatas.

Tan Sri Abdullah Ahmad, bekas menteri kerajaan BN  dalam rencananya berjudul sesiapa pun boleh jadi PM (sinar harian) ada berkata, Anwar tak akan kalah dalam pilihanraya kecil DUN Kajang nanti.

Bermakna, orang China juga boleh jadi PM jika parti mereka menang majority dalam satu saatu  pilihanraya umum lima tahun sekali itu.

Sesetengah berpendapat tidak mustahil Anwar boleh kalah jika calon yang akan diletakkan itu nanti dari tokoh umno, miskipun undi Melayu berpecah tiga.

Dalam pilihanraya kecil Dun Kajang pengundi Melayu berpecah dua. Satu kepada Anwar dan satu lagi kepada BN jika calonya Melayu.

Calon umno boleh dikatakan boleh bersaing dengan Anwar jika kena gaya kempennya. Akan tetapi siapakah tokoh tersebut.

Pada penulis calonnya tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Seri Mohd Najib Rasak sendiri. Kalau mahu menang pilihanraya kecil DUN Kajang. Kalau tidak jangan mimpi untuk menang.

Calon MCA jangan harap boleh menang, kerana undi yang diperolehi oleh Lee Ban Seng psda PRU 13  sebanyak 12, 747. Itu amat sukar ditambahi.

Lebib lebih lagi apa yang mereka mahu sepanjang berada dalam BN mustahil boleh mencapai cita cita yang harapkan selama ini.

Datuk Seri Mohd Najib pernah bertanya yang berbunyi: Apakah yang orang china mahu sebaik sahaja selesai PRU 13 lepas.

Pertanyaan itu mustahil belum ada jawapanya. Penulis sudah lama tahu jawapan itu. Jawapan itu berbunyi: “orang china mahu kuasa memerintah Malaysia ini”.

Atas sebab itulah orang china tidak undi BN dalam dua pilihanraya umum (PRU 12 dam PRU 13) , kerana mereka yakin lebih mudah memerintah Negara bersama pakatan rakyat.

Hari ini apa yang tidak pada orang China. Pendek kata Semuanya sudah ada. Cuma kuasa memerintah yang diharap harapkan masih jauh jika bersama dengan BN.

Oleh itu mereka memilih tidak memberi undi pada BN di dua pilihanraya umum, PRU 12 dan 13. Tidak mustahil Pakatan rakyat melalui sokongan pada MCA dan Gerakan BN akan tumbang pada PRU 14 nanti.
Inilah yang menjadi harapan orang China, kerana mereka nampak kuasa politik, memerintah Negara satu Malaysia jadi mudah berbanding duduk dalam BN.








Tuesday, February 11, 2014

Tak dapat jadi perdana menteri jadi MB Selangor jadilah

Penulis dengar kata kata sepertimana tajuk rencana ini dari banyak mulut. Akan tetapi ada yang tidak setuju dan ada yang sangat setuju.

Mengapa? Kerana memang Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap umno sebagai seorang tokoh politik yang gila kuasa dan nak jadi perdana menteri.

Ada yang kata kalau Anwar Ibrahim dicalonkan sahlah dia adalah seorang tokoh politik Negara yang gila kuasa dan kepingin nak jadi perdana menteri.

Tajuk rencana diatas penulis dapat dari banyak mulut Selasa 28 Januari 2014 jam 10.00 pagi disalah sebuah kedai kopi di Pekan Batu Enam, Kuala Nerus.

Jam 4 Petang penulis membaca berita di TKO MB Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim umum Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dun Kajang.

Penulis tidak tahu sejauh mana berita kebenaran pengumuman MB Selangor itu tidak dapat diketahui.
Kata orang awas ada, berita dalam “internet” yang tidak boleh dipercaya kerana ada berita yang benar, tetapi disiarkan juga.

Persoalan sekarang mengapa MB Selangor umum Anwar Ibrahim sebagai calon DUN Kajang, sedangkan ia boleh dijadikan isu sepertimana tajuk rencana penulis yang buruk ada pada diri dan boleh menjejaskan reputasi Anwar Ibrahim.

Penulis yakin dan percaya tindakan bijaksana MB Selangor untuk mengatasi kemeluk yang berlaku pada dirinya.

Inilah satu satu tindakan yang baik untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam parti keadilan rakyat yang kelihatan semakin hari semakin buruk.

Hatta, termasuk MB Selangor meletakkan jawatan dan diserahkan jawatan MB  kepada Anwar Ibrahim yang barangkali puak Azmin Ali boleh terima akan hakikatnya.

Tan Sri Khalid Ibrahim rela berbuat demikian semata mata untuk mengatasi kemelut yang boleh membuat kes dan isu berlarutan dan boleh menjejaskan reputasi kerajaan Selangor.




Saturday, February 1, 2014

Orang Melayu dianggap macam itik


Dahulu dahulu, Ustaz Awang Bakar, bekas exco Terengganu pernah berkata dalam siri ceramahnya bahawa rakyat terutama sekali orang Melayu di perlakukan macam ayam daging.

Pada mulanya penulis tidak berani membenarkan istilah yang begitu berat yang amat sangat itu. Mana mungkin rakyat, terutama sekali orang Melayu bah ayam daging.

Ayam daging binatang. Memang tak tahu apa apa pun. Ayam daging memang tak pernah kisah yang dia akan disembelih apabila sampai masanya.

Akan tetapi rakyat kita terutama orang Melayu, mustahil tidak tahu apa apa  terhadap dirinya dan tak faham akan apa yang diperlakukan oleh kerajaan yang memerintah sekarang.

Rupa rupanya ada kebenarannya. Buktinya bekas wakil rakyat BN, Cikgu Wan Ibrahim pernah berkata, dalam siri ceramahnya di kubur Timah Batu Rakit Terengganu lama dahulu.

Apakah yang beliau cakapkan itu? Katanya, Ah mudah sahaja. Kan rakyat kita ini macam itik. Itik memang bising didalam reban. Apabila dilepaskan, diamlah dia.

Katanya lagi, Apa susah dibubuhnya dedak dan hampas kelapa, maka menerkanlah dia. Lepas itu diamlah dan tak bising bising lagi.

Penulis diberitahu oleh salah seorang penduduk Kampung Batu Rakit akan cerita tersebut bahawa pemimpiun  umno selama lama telah menganggap orang Melayu serupa macam itik.

Hari ini ada kebenaranya. Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tahu akan hal itu dan tidak bimbang dengan rungutn rakyat, kerana ia mudah untuk diselesaikan, beri RM 650.00 diamlah mereka.

Sebab itu Datuk Seri Najib, tidak pernah merasa bersalah memotong subsidi minyak petrol dan Gula punca harga barang naik membuat sara hidup tinggi dan membebankan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Beliau kelihatan tidak kisah apa yang berlaku pada rakyat. Apatah lagi marah marah orang umno terhadap sara hidup yang jadi tinggi itu.

Lebih lebih lagi sudah ada farmulanya untuk menutup mulut rakyat yang bising bising sekarang ini.

Bayangkan, bagaimana perihal ikit atau ayam daging yang penulis garap diatas itu. Bising rakyat, terutama sekali orang Melayu hanya sekejap sahaja.

Apabila Dapat duit RM 650.00 yang sedang dalam proses pada bulan Januari ini, maka senyaplah yang bising bising macam ikit yang belum dilepaskan dalam reban itu.

Itulah yang membuat pemimpin Negara satu Malaysia tidak kisah, malah tidak pernah bimbang dengan marah marah rakyat, kerana mereka akan disuap dengan wang yang disediakan yang nisbahnya RM 1.80 satu hari itu akan bereslah permasalahannya.