Thursday, June 19, 2014

Ulama, ada yang jahat

saya dengar capak salah seorang ustaz lulusan Al Azhar, Mengaji selama 3 tahun banyak manalah sangat ilmunya mengenai agama islam ini. Tak macam yang ada sarjana dan PHD (DR) yang mungkin lebih sikit ilmunya.

Cakap ustaz itu, Rasulullah SAW paling takut dan bimbang dengan "ulama". Kata ustaz itu lagi ulama yang Rasulullah takut dan bimbang itu tidak lain dan tidak bukan ialah ulama "jahat".

Saya juga pernah dengar cakap salah seorang ustaz lulusan universiti Malaya yang banyak mengajar surau balai (cakap Terengganui) bahawa ulama terbahagi kepada dua.

Saya juga ada dengar ustaz ustaz cakap, ada ulama yang masuk neraka dulu da nada orang awam yang masuk syurga dulu. Saya tak tahu sama hadis tersebut hadis daif dan sebaliknya. Tapi saya ada dengar.

Dua tiga hari ini ada pulak salah seorang ustaz mualaf yang berkata kena tenguk semula hadis yang bermaksud: “wanita lebih ramai dalam neraka”. Bermakna beliau shak dengan hadis demikian.

Jadi apalah sangat dengan isu DNA babi yang telah diharuskan oleh ulama golongan kedua yang jadi sandaran Dr Mohd Asri Zainal Abidin bekas mufti Perlis itu.

Memang Allah cipta sesuatu diatas muka bumi berpasang pasangan lelaki perempuan. Hidup dan mati .Mata dua, hidung dua. telinga dua.Halal dan haram. Halal itu jelas haram itu jelas.

Persoalan yang timbul kini ada ulama yang tidak jelas benda yang halal dan benda yang haram sehingga berhujah babi macam najis yang diproses jadi air minuman yang jauh bezanya berbanding dengan lemak babi yang terhasil dalam batang tubuh babi.

Oleh itu,sangat munasabah ulama ada dua, baik sa jahat sa. ustaz pun ada dua. jahat sa baik sa dua, Dr pun ada dua. Jahat sa baik sa.Manusia ada ada yang baik dan ada yang jahat. 

Manusia diatas muka bumi ini ramai yang jahat berbanding yang baik. Jika demikian sudah tentu ulama jahat lebih ramai berbanding ulama baik.

Yang jahat sudah tentu boleh sahaja miskipun babi yang haram itu dengan alasan sukar bukan darurat. Kalau darurat tak apa segala yang haram boleh bertukar hukum kepada harus.Tapi harus tidak selama mananya, kerana dia ada waktu dan ketikanya.

Seolah olah orang Islam sendiri masih tidak tahu bahawa yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Yang haram jadi halal jika darurat dan yang halal jadi haram kerana melanggar perintah.

Usah babi, malah ada ulama hari ini sudah mengharuskan "riba" kerana tidak dapat dielakkan hujahnya. Apakah itu darurat namanya. Apakah jika kita tak makan riba kita boleh mati.

Macam makan lemah babi juga, apakah jika kita tak makan lemah babi kita boleh mati.itu setelah tiada makanan lain, sedangkan banyak lagi lemak lain yang bukan dari babi.

Saya bukan hendak menghukum, tetapi ulama terbahagi kepada dua kata Rasulullah saw. Yang baik dan yang jahat. Kita boleh fikir mana satu ulama jahat dan ulama yang baik.

mengharuskan benda yang haram jika bukan atas sebab darurat kerja ulama jahatlah itu.Bukan setakat jahat, malah saya ada dengar bahawa  mereka itu adalah kafir, kerana telah menghalalkan yang haram.

Saya tidak terkejut dengan mana mana pendapat, kerana ada pendapat pertama dan ada pendapat kedua. pendapat yang kuat dan pendapat yang lemah. Kuatkah pendapat Ulama itu mengharamkan benda yang haram seperti riba.

pendapat itu harus kita tolak miskipun ada yang mengatakan itu pendapat yang sempit, kerana ulama yang luas sehingga mengharuskan lemak babi dalam makanan. Pendapat yang mana satukah yang harus kita pegang dan pakai.

Tak kira siapa mereka itu.

Demikian juga DNA babi yang ada pada makanan, kerana lemak babi tidak boleh bertukar menjadi lemak sayur sayuran. Apatah lagi sangat tidak lojik dibandingkan dengan najis yang diproses menjadi air hukumnya harus.

Yang buat pandai adalah ulama yang cuba tukar hukum Allah dengan alasan sukar. sukar bukan darurat.Ancaman nyawa itulah darurat namanya. Maaf saya bukan ulama, juga bukan ustaz.






Tuesday, June 10, 2014

Umpama harapkan pagar

Nampak dengan jelas keputusan ujikaji  makmal jabatan kimia Malaysia dan makmal kementerian kesihatan bercanggah satu sama lain.


Bagi penulis, sesungguhnya  keputusan kedua dua makmal tersebut tidak bercanggah, kerana sampel ujikaji makmal jabatan kimia dibekal oleh kilang, manakala sampel ujikaji makmal kementerian kesihatan di beli di kedai.

Sampel di bekal oleh kilang belum dibungkus, tetapi sampel yang dibeli di kedai telah dibungkus dengan sempurna sebagai produk berjenama dan berlabel.

Cuba kita bayangkan sampel yang dibekal oleh kilang dan sampel yang di beli dikedai.Sudah tentu berbeza kandungannya.Hal ini suatu reality telah yang tidak dapat dinafikan.

CAP yang sangat prihatian mengenai halalharam dalam Islam amat perpengalaman akan hal produk yang ada sijil tanda halal yang dikeluarkan JAKIM

Sampel yang datang dari kilang tiada DNA babi sepertimana keputusan dibuat makmal jabatan kimia Malaysia dan sampel yang dibeli kedai ada DNA babi sepertimana keputusan dibuat makmal kementerian kesihatan.

Sudah barang tentu sampel yang dibekal oleh kilang pasti tiada DNA babi. Kerana bertujuan untuk layak mendapatkan sijil halal. Kalau ada atau dimasukkan GNA babi macam mana JAKIM nak lulus produk itu sebagai halal.

Sudah tentu tidak lojik sampel untuk tujuan mendapat sijil halal ada mengandungi DNA babi.Akan tetapi coklat yang dijual dikedai ada mengandung DNA babi sepertimana ujikaji makmal kementerian kesihatan itu.

Sebab itu keputusan makmal kesihatan dan makmal jabatan kimia Malaysia tidak sama, sedangkan makmal kementerian kesihatan punya kelihatan menemui DNA babi yang terkandung dalam coklat tersebut.

Mustahil makmal menipu atau mengeluarkan keputusan yang salah dan bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh makmal jabatan kimia Malaysia.

Jika benar sampel yang dijuikaji itu berlainan, maka keputusan kedua kedua makmal itu betul dan boleh diterima pakai.persoalan sekarang produk tersebut sudah jadi produk subhat dan dilarang memakannya menurut persepktif Islam.

Bagaimana pun keputusan kedua kedua makmal itu menjadikan coklat itu sebagai produk subhat yang dinyatakan oleh islam wajib tidak di makan oleh orang benar beriman, kerana yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas.

Yang peliknya, JAKIM kelihatan tidak mahu menerima ujikaji makmal kementerian kesihatan dengan alasan hanya makmal jabatan kimia malaysia sahaja yang layak dan boleh diterima pakai. Ini seolah olah makmal kementerian kesihatan tidak layak dan boleh pakai dalam kes ini.

Kesimpulanya seolah olah ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada JAKIM atau dengan kata lain macam ada apa apa je dengan usaha mengharapkan orang kafir membuat makanan halal kepada orang Islam.

Pada penulis, harapan JAKIM itu umpama harapkan pagar yang jelas tidak boleh diharapkan langsung. Bayangkan pagar, disuruh menjaga padi yang dikenalpasti bahawa pagar memang tidak boleh diharapkan, kerana pagar yang diharapkan itu memakan padi yang dijaganya..

Bagaimana boleh kita orang Islam mengharapkan orang kafir menyediakan makanan halal kepada orang Islam, sedangkan mereka tidak ada kena  dengan syariat Islam.


Bolehkah kita memberi harapan orang kafir melaksanakan syariat halal haram dalam Islam?


Monday, June 2, 2014

Macam ada apa apa je

saya setuju dengan keputusan menteri di jabatan perdana menteri bahawa tiada DNA babi pada coklat yang di keluarkan Cabdury.

Mengapa? kerana simpelnya dibekal oleh syarikat tersebut. Simpel yang dibekalkan pasti tiada DNA babi, tetapi yang ada dalam pasaran yang mana telah disah oleh makmal kementerian kesihatan itu harus diberi perhatian.lebih lebih lagi makmal tersebut tiada kepentingan.

Mungkin simpel diambil dikedai bukan yang diberi atau dibekalkan.Mustahil makmal kementerian kesihatan buat keputusan salah tiada DNA babi kata ada DNA babi.

Bagaimana makmal jabatan kamia dan JAKIM tidak dapat mengesannya. Sudah pasti simpel tersebut dibekal oleh syarikat tersebut.Jika simple dibeli dikedai pasti keputusan sama satu sama lain.

Seperkara lagi keputusan makmal tidak pernah berbohong, kecuali manusia yang punya kepentingan peribadi mendahului kepentingan rakyat jelata.

Kalau tidak, mengapa keputusan yang dibuat oleh makmal kamia Malaysia bercanggah dengan keputusan makmal kementerian kesihatan Malaysia.

Hal ini kena rujuk CAP Pulau Pinang.kerana ianya ada pengalaman berkaitan dengan “simpel yang di bekal oleh syarikat pengeluaran barangan dan simple yang dibeli di kedai.

Cap pernah buat uji kaji dalam kes ini ( penulis diberi beritahu sepanjang mengikuti kursus selama dua minggu) bahawa simple yang dibekalkan memang tiada DNA Babi untuk tujuan mendapat sijil halal.Manakala simple yang dibeli dikedai ada DNA babi dari produk yang sama.

Setelah lulus dan dapat sijil halal lain jadinya sepertiman yang dilakukan CAP bahawa banyak barang makanan di Malaysia yang dikeluarkan orang bukan Islam yang bertanda halal dan  ada dipasaran ada mengandungi DNA Babi. 

Boleh baca buku terbitan CAP bersama senarai yang mana halal dan yang mana haram.

Penulis tidak tahu mengapa pihak kerajaan menerusi menteri di Jabatan perdana begitu terburu buru mengumumkan keputusan yang di buat oleh makmal kamia Malaysia.

Septutnya sahkanlah dahulu simple tersebut. Jika simple itu diambil dalam kedai kita boleh setuju, tetapi jika simple itu dibekalkan pasti meragukan, kerana hal ini suatu yang reality sepertimana dinyatakan oleh CAP menerusi buku senarai barangan halal haram terbitannya. 



Saturday, May 24, 2014

Hudud tidak perlu kejelasannya




Penulis tidak tahu mana dia dalil agar kita menjelaskan “hudud” kepada masyarakat. Mengapa penulis berkata demikian?

Tidak lain dan tidak bukan kerana “hudud” undang undang Allah subha nahuwataala yang mencipta manusia yang tiada sebarang keraguan  oleh mereka yang beriman.

Yang meragukan “hudud” sejak dahulu hingga kini tidak lain dan tidak bukan mereka yang tidak beriman, Apatah lagi mereka yang engkar dan kufur.

Apakah perlu kita perjelaskan hudud ini kepada orang masyarakat berbilang bangsa dan agama dan Melayu Negara ini yang 85 peratus tidak solat itu.  

Jika undang undang ciptaan manausia yang sedia dan terpakai hingga kini dilaksanakan tanpa sebarang bantahan, malah diterima sebulat suara oleh masyarakat, hatta umat Islam sendiri, mengapa perlu hudud diperjelaskan.

Mereka yang tidak solat sudah pasti ragu dengan hudud. Bukan setakat ragu malah ada sesetengah itu permain main dan mempersenda senda hukum Allah Subha nahu wataala itu.

Boleh rujuk banyak berita dalam media massa betapa buruknya gambaran yang diberikan jika “hudud” dilaksanakan di Negara ini.

Atas sebab inilah penulis bertegas bahawa hudud tidak perlu penjelasan kepada masyarakat dalam Negara satu Malaysia ini.

Jika orang Melayu yang mengaku beragama Islam menolak bulat bulat hudud dilaksanakan di Negara ini dengan pelbagai alasan yang tak masuk akal.

Namun jangan harap ia akan menghasilkan suatu yang positif apabila hudud dapat di jelaskan kepada masyarakat, hatta melalui media massa yang pelbagai ini.

Persoalan yang timbul sekarang bukan atas sebab hudud tidak dapat dijelaskan ia tidak boleh dilaksanakan, tetapi para pemimpin Negara dan undang undang persekutuan yang menghalang dan menyekatnya.



Thursday, May 1, 2014

Tahniah, terimakasih Datuk Bandar

Pendek kata kebanyakan penduduk Kuala Terengganu merungut dan membantah kenaikan cukai pintu sebanyak tujuh ratus peratus, dulu RM130.00 satu tahun kini RM 840.00 satu tahun

Mereka mengadu “terlalu mahal” dan “teramat mahal” dan tidak masuk akal dengan kadar baru cukai pintu rumah kediaman Bandar Kuala Terengganu itu.

Bercakap pasal cukai pintu mahal dan termahal ini teringat akan kata kata ssalah seorang pakar ekonomi Negara yang berbunyi: “ jika kerajaan benar benar mahu membela rakyat”.

Mungkin kebanyakan kita tahu makna perkataan tersebut. Oleh itu tak payahlah penulis nak sebut maknanya yang tersurat dan tersirat itu.

Atas sebab itulah penulis ucapkan tahniah dan terimakasih kepada Datuk Bandar Kuala Terengganu, kerana cukai pintu baru itu teramat murah dan tidak mahal.

Dan tidak lupa juga penulis ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Said menteri besar yang sangat perihatin dengan rakyat atau berjiwa rakyat itu.

Penulkis sokong jutaan peratus dengan kadar cukai baru ini, kerana boleh membahgiakan rakyat jelata. Atau dengan kata lain kadar cukai baru ini boleh menolong rakyat dalam serba serbi kehidupan.



Tuesday, April 15, 2014

Macam mana boleh


Pada mulanya, penulis boleh setuju dengan “nakal” tak (boleh) dan “jahat” sahaja yang tak boleh.

Mengapa penulis boleh setuju dengan pendapat yang mengatakan nakal tak apa (boleh). Kerana istilah “nakal” tak sama dengan istilah “jahat”.

Apabila rujuk kamus dewan Bahasa dan pustaka, rupa rupanya naka dan jahat sama sahaja. Nakal ialah kelakuan buruk dan jahat pun ialah berkelakuan buruk.

Dengan kata lain, ia adalah buruk laku. Maka macam taka pa (boleh) dengan buruk laku yang merupakan punca segala kejahatan.

Seorang ustaz yang sudah bersara dan baru lulus MA pengajian Islam, berkata kepada penulis, macam mana nakal tak sedangkan nakal sama sahaja dengan jahat.

 Jika jahat tak boleh, maka nakal pun pasti tak boleh juga, kerana nakal itu jahat dan jahat itu nakal yang kait mengait satu sama lain.

Penulis naik hairan juga mengapa ada orang yang punya PHD boleh berkata nakal tak apa dan jahat sahaja yang tak boleh.

Hari ini Nampak dengan jelas orang yang PHD sudah sanggup mengeluarkan pendapat yang bukan bukan dan boleh mengelirukan umat Islam.

Baru baru baru ini penulis ada dengar, orang kafir bukan musuh Islam. Lagi sedih salah seorang yang juga ada PGD tergamak mengatakan “Yahudi” ada juga yang baik.

Bukan setakat itu sahaja, malah dia menambah ada Yahudi yang dilantik sebagai nabi. Mavcam mana Allah boleh lantik Yahudi sebagai nabi.

Penulis yang bodoh lagi jahil ini mengetahui bahawa nabi Allah adalah Bani Istrael. Bukan Yahudi yang bunuh nabi Zakaria nabi yahaya dan nabi Isa.

Penulis tahu bahawa Yahudi itu adalah kaum yang paling degil dan tak pernah patuh dengan perintah Allah. Diberi kitab diubah dan diseleweng.

Allah telah cop kaum itu sebagai Yahudi (manusia paling degil). Macam mana manusia yang peling degil dilantik sebagai nabi.

Tidak dinafi ada kafir yang baik tetapi bukan kafir “harbi”, dia adalah “zimmi” yang mana pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

 Oleh itu, tak boleh kita hukum “borong” kerana ini boleh mengelirukan orang awam yang bodoh lagi  jahil. Lebih lebih lagi orang bodoh lagi jahil peratus majuritinya lebih ramai diatas muka bumi ini.

Penulis ingat dengan ayat 120 surah Baqarah yang bermaksud: “ Orang orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)



Thursday, April 10, 2014

Nombor Kenderaan TBN

Bercakap pasal plat kenderaan Terengganu dengan huruf ringkas atau ringkasan huruf TBN teringat penulis dengan huruf DR bagi negeri Kelantan yang sangat diminati ramai untuk dimilikinya.

Bukan sahaja orang Kelantan yang berlumba lumba untuk mendapat plat DR malah orang Terengganu juga turut mendapatkannya.

Pernulis tidak tahu, sama ada, ada orang negeri lain yang berminat untuk mendapatkan nombor kenderaan mereka dengan huruf TBN yang boleh dijadikan bahan kempen pihak pembangkang

Bayangkan huruf TBN boleh diertikan kepada “Tukar Barisan Nasional” tolak Barisan Nasional dan tumbakangkan barisan Nasional boleh dicanangkan.

Pihak Pembangkang mungkin boleh menggunakan TBN sebagai bahan kempen untuk menghadapi pilihanraya umum ke 14.

Bahan kempen seumpama ini,  sangat dibenci oleh orang umno. Kenapa? kerana perkataan tersebut memberi kesan yang sangat bermakna dalam kempen pilihanraya umum yang dijangka akan diadakan pada 2018.

Lebih lebih lagi perkataan tukar Barisan Nasional, tolak Barisan Nasional dan tumbangkan Barisan Nasional boleh dan mudah memikat hati rakyat.

Seingat penulis  perkataan tersebut sudah jadi agenda sekian lama oleh PAS Malaysia umumnya dan PAS Terengganu khususnya.

Sesungguhnya Perkataan tukar Barisan Nasional, tolak Barisan nasional dan tumbangkan Barisan Nasional yang dicanangkan sedemikian menhantaui kerajaan yang memerintah Negara sekarang.

Malah ia memberi kesan yang besar sehingga umno Terengganu dalam pilihanrya umum ke 13 hampir tumbang.

Dan tidak mustahil hasrat PAS Terengganu untuk memerintah semula negeri kaya rakyat miskin ini pada pilihanraya umum ke 14 nanti menjadi realiti

TBN juga boleh disebut “tibal Barisan nasional” yang menjadi punca “barang naik” yang menyebabkan sara hidup rakyat jadi tinggi dan membebankan.