Sunday, July 17, 2011

Mustahil wang tabungan Rosmah RM73 juta

Tulis cerita pasal Rosmah beli cincin berharga RM 73 tak kena, Tapi tak tulis pun tak kena juga.

Fikir punya fikir, ada baik juga saya tulis, kerana kes yang berlaku ini kaitan kebocoran wang negara dan keborosan seorang perdana menteri.

Oleh kerana terlalu ramai yang tak percaya Rosmah Mansur Isteri Mohd Najib Razak perdana menteri membeli cincin berharga RM 73 juta. Saya tak percaya juga. Tapi tak terkejut pun.

Antara lain ada yang berkata itu hanya Dakwaan kononnya berasaskan perisytiharan kastam (Sistem Maklumat Kastan (JKEDD))beserta borangnya sekali.

Yang saya dengar ramai yang berkata, mustahil Wang sejumlah RM 73 juta diambil dari tabungan yang dibuatnya sejak sekian lama.

Betul juga, dari manakah datangnya wang sebanyak itu untuk membeli cincin yang harganya tak masuk akal sama sekali bagi rakyat.Bagi orang kayaraya kecil saja.

Mungkin bagi rakyat Malaysia yang miskin tak pernah dengar harga sebentuk cincin sejumlah RM 73 juta.Sebab itu mereka terkejut. Tak percaya langsung.

Ya tak ya juga. Bagi rakyat terutama yang miskin terkejut dengan harga sebentuk cincin berbanyak RM 73 juta itu. Masakan tidak. RM 73 juta itu dapat membina sebuah masjid yang cukup selesa dan cantik.

Kita tinggal dulu pasal harga cincin, kerana orang banyak duit boleh buat apa saja apabila menghendaki sesuatu yang diimpikan.Maklum sajalah seorang isteri perdana perdana dan wanita pertama Negara Malaysia.

Kita ambil cerita macam mana Rosmah ada wang tabungan sebanyak 73 juta, sedangkan dia bukan apa apa dalam kerajaan Malaysia.

Sudah tentu suaminya Datuk Seri Mohd Najib Razak yang memberinya hasil gaji dan Elauan yang diperoleh sepanjang menjadi menteri besar Pahang, menteri kabenit, timbalan perdana menteri menteri kewangan dan perdana menteri sekarang.

Kalau belanja peribadinya sebulan disebut sebanyak RM900, sudah tentu hasilnya yang diperolehinya sudah tentu sekali ganda daripada itu.

Kalau RM 1 juta diberi kepada Rosmah tiap bulan, satu tahun sudah RM 12 juta.

Bayangkan sepanjang ddia Najib pegang jawatan menteri dalam kerajaan sudah tentu tabungan yang Isterinya (Rosmah) buat melebihi ratusan Juta.

Wang RM 73 juta membeli sebentuk cincin itu kecil berbanding dengan wang yang ada didalam tabungannya sekarang.Bukan ratusan juta wang tabungannya, malahan mungkin.

Mungkin angkanya sudah sampai pada angka berbilion einggit.agak saja.

Oleh itu adalah sangat wajar Rosmah jawab, bahawa wang yang dia beli cincin itu hasil tabungannya sejak sekian lama.

Saya tak terkejut, miskipun ramai kalangan rakyat Malaysia terkkejut.

Tuesday, July 12, 2011

Khairy, Abdul Azeez semacam ada agenda cemar perdana menteri?

Maaf ya, apa yang saya nampak semacam ada agenda lain yang tersirat terhadap perdana melaysia yang paling boros dalam sejarah politik negara

Saya tak tahu sama ada orang lain juga Nampak macam saya nampak.Tapi itulah yang saya Nampak.

Tapi bagi saya, empat ahli UMNO termasuk Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin ditahan polis kerana menyertai perhimpunan Patriot sebagai membantah perhimpunan haram Bersih itu pasti ada agenda tersebunyi.

Tiga individu lain yang ditahan ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Megat Firdaus Megat Junid dan Exco pergerakan itu, Lokman Noor Adam semacam ada agenda untuk mencemar nama baik perdana menteri ke-6.

Jikalau tiada agenda yang sersirat mana mungkin ketua pergerakan pemuda beria ia sangat untuk turun berdemonstrasi pada hari yang sama dengan demoanstrasi yang dibuat oleh bersih.

Pertama, pihak tertentu mungkin sudah nampak agenda pergerakan pemuda umno, sebab itu Keempat-empat mereka merupakan antara yang tersenarai sebagai 91 individu yang dilarang masuk ke beberapa kawasan di ibu negara hari ini.

Kedua,patriot yang diketuai Khairy Jamaluddin keengganan untuk bersurai dan membatalkan perhimpunan miskipun telah mendapat arahan ketua polis

Kira-kira 500 ahli UMNO menyertai perhimpunan Patriot sebagai membantah perhimpunan Bersih yang diketuai oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga pasti ada agenda tersirat yang sudah diketahui oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Pada saya, ahli yang menyertai perhimpunan Patriot yang berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada pukul 1.30 petang sebelum berarak menuju ke Stadium Merdeka bukan untuk membantah perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu.
Tapi ada agenda tersirat disepanjang perarakan tersebut, yang barangkali sudah diketahui oleh puncuk kepimpinan umno.

Penulis belum lupa banyak agenda yang dilakukan didalam umno sendiri untuk menjatuhkan Tun Abdul Ahmad Badawi tidak lama dulu, oleh itu perhimpunan patriot yang diketuai ketua pergerakan pemuda itu semacam ada persamaan sebagai langkah awal dalam agenda yang tersirat itu.

Friday, July 8, 2011

Rosmah lawat Terengganu pakai jet kerajaan?

Memang betul Rosmah Mansur Isteri Perdana Menteri Malaysia ke 6 pakai JET kerajaan ketika melawat Terengganu dua tiga hari lepas.

Ramai yang bercakap pasal Rosmah pakai hak kerajaan Malaysia sedangkan dia bukan ada apa apa jawatan khusus dalam kerajaan. Dia hanya Isteri perdana menteri.

Datuk Seri Nazri Aziz pernah jawab soalan bahawa tak salah Isteri perdana menteri pakai kenderaan yang diperuntukan kepada suaminya.

Betul ke tak salah. Ini perlu dibuat kajian dengan teliti, kerana soal penyebaran video seks membabitkan ketua pembangkang tak salah kerana tiada akta yang diberitahu itu bercanggah,pada hal memang ada akta diperuntukan.

Rakyat tak tahu apakah benar isteri perdana menteri boleh mengguakan Jet kerajaan ketika melawat Terengganu.

Tidak lama dulu Rosmah pernah menggunakan Jet kerajaan keluar Negara menghadiri festa fesysen Islam yang pernah kecuh, kerana Jet itu khusus untuk kegunaan perdana menteri saja.

Betul ke begitu? Pihak kerajaan wajar memberi penjelasannya agar ia tak jadi keliru. Kalau memang ada diperuntukan demikian jelaskanlah, kerana membabit maruah seorang perdana menteri yang dituduh salahgunakuasa yang membabit wang Negara.

Tak mustahil akan berlaku pembocoran yang amat sangat dan pemborosan wang rakyat.

Saturday, July 2, 2011

Kebanyakan rakyat merungut, bil Letrik naik 100 peratus

Seminggu dua ini ramai rakyat Malaysia rakyat didahulukan merungut. Tidak dinafikan selama ini mereka merungut juga, tapi tak semacam hari ini. Mungkin kerana terlalu dibebani sedemikian rupa oleh Kerajaan yang “utamakan pencapaian”.

Mengapa tidak? Bayangkan sebelum ini bil api rumah mereka hanya RM 40.00 saja satu bulan, Tapi bulan Jun 2011 lepas melambung naik jadi 100 peratus.

Seorang suri rumah sepenuh masa mengadu kepada penulis bahawa bil terkininya jadi RM 80.00, sedangkan bil terdahulu hanya RM 40.00 saja.Masakan tak marah jika kadar bil literiknya melambung jadi 100 peratus.

Oleh kerana terlalu ramai yang merungut didepan penulis, maka penulis juga rasa hairan dan dukacita kerana bil dahulu penulis RM 90.00 saja sebulan, tapi bil bulan Jun naik jadi RM 214.

Bermakna naik lebih daripada 100 peratus. Ini membebankan dan sangat tak munasabah.
Mengapa penulis berkata demikian? Mengapa tidak? Ia sangat membebankan rakyat yang berada dibawah kerajaan yang “rakyat didahukukan” ini.

Persoalan yang timbul dimana letaknya slogan “rakyat didahulukan”,Mana dia rakyat didahulukan itu, sedangkan rakyat tak lekang menanggung beban disamping dibebani kenaikan harga barang yang bukan saja semakin ringan, tetapi semakin hari semakin berat dipikulnya.

Monday, June 27, 2011

Antara kerajaan dan Umno bertopengkan Islam

Kebetulan ada pengalisis politik di negara kita mengatakan parti AKP Turky adalah parti "Islam" yang bertopengkan "liberalisme".

Bercakap pasal topeng, saya masih belum lupa yang PAS pernah dituduh parti bertopengkan Islam suatu ketika dulu.
Oleh itu saya berani mengatakan umno parti "kebangasaan" yang bertopengkan "Islam".

Sangat wajar kerajaan malaysia 1 malaysia yang diperintah umno/BN bertopengkan "Islam".

Atas sebab itulah Datuk Seri Mohd Najib Razak mendakwa kerajaan yang diterajuinya adalah kerajaan kebajikan selama lamanya.

Tidak dinafikan bahawa kerajaan malaysia adalah sebuah kerajaan kebajikan, tetapi bertopengkan Islam ciptaan sendiri.

Kenapa saya berkata demikian? kerana Islam berpecah kepada 73 puak.

Umno dipihak yang lain. PAS dipihak yang lain. PKR dipihak yang lain. KITA di pihak yang lain.

Dengan kata lain, parti parti tersebut jelas dan nyata berbeza satu sama lain.
Umno melalui ulamaknya mengatakan memberi lessen judi dan arak bukan bermakna menghalalkan. Manakala Pas pula tetap mengatakan melesenkan arak dan judi menghalalkan yang haram.

Maka kebajikan yang masing masing dakwa itu jelas dan nyata berbeza, Ada yang bertopengkan islam, ada yang bertopengkan "sekular" dan ada yang bertopengkan "liberal". Ada yang bertopengkan "pragmatik".

Betapa hebatnya umno suatu ketika sehingga tergamak menjenamakan "loteri" sebagai “loteri kebajikan”.

Tak mustahil ada kalangan umno yang menjenamakan “rasuah” sebagai "hadiah" untuk menghalalkannya.
Ini telah dijelaskan oleh Perdana menteri ke-6 bahawa perhimpunan agung umno yang lepas bersih.bermakna tak ada rasuah konon.

Apatah lagi Riba dan saham yang dijenamakan sebagai "saham syariah" atau bukan “riba” dilaksanakan atas jenama perbankan Islam yang disyariahkan.

Tuesday, June 21, 2011

DR Asri cuba pertahan utusan dan membela Umno?

Dr. Mohd Asri Zainl Abidin, bekas mufti Perlis berkata, “Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam”.

Tetapi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dalam syarahan kuliah Jumaat 17 Jun 2011, Jam 9.30 pagi mengatakan Utusan Malaysia menghina Islam lantas diadakan majlis membaikot akhbar milik umno itu.

Jika berdasarkan pendapat Dr Asri, bermakna sah kartunis itu terkeluar daripada Islam iaitu Kafir.

Kata, Dr Asri pula, “Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah”.


Kata Dr Asri lagi, “Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar”.

Disini dapat kita buat kesimpulan bahawa ada tiga hal dalam konsepsi dakwah. pertama kartunis itu keluar daripada Islam. kedua, mendapat pahala kerana bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan zina dan rogol.Ketiga, kartunis itu berdosa besar kerana bertujuan membohongi faktar sehingga menimbulkan salah sangka.

Pada saya, Dr Asri cuba mempertahan utusan Malaysia yang diserang begitu rupa dan membela Umno yang jelas para pemimpinnya bukan saja pernah menghina Islam malah tergamak mempersenda sendakan hukum hudud tidak lama dahulu.

Wednesday, June 15, 2011

Negara Islam adalah negera kebajikan

Kita tak nafi dengan apa yang diperkataan oleh Datuk Seri Najib Razak bahawa Negara ini adalah Negara berkebajikan.

Mengapa? Kerana kerajaan Umno/BN sudah sekian lama melakukan kebajikan. Malah sudah ada menteri kebajiklan dan juga jabatan kebajikan untuk membantu rakyat, termasuk rakyat yang mampu disamping yang tak mampu.

Yang paling ketara sekali kerajaan umno/ BN telah mengujudkan “loteri kebajikan” dengan tujuan bahawa inilah kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan konon.

Tak salah ingat saya, sebuah masjid di negeri Perak dibina mengguna “wang haram” mungkin termasuk hasil loteri kebajikan yang sudah dimansuhkan itu.

Sekali lagi saya kata kita boleh setuju dengan perdana menteri bahawa Negara ini adalah Negara kebajikan yang bercanggah dengan kebajikan Islam atau dengan kata lain kebajikan Islam palsu yang dijadikan amalan sekian lama.

Mengapa saya boleh setuju, kerana Negara China kominis juga ada kebajikan terhadap rakyat yang hidup miskin.

Tak mustahil umno/BN melaksanakan kebajikan, tetepi yang dilaksanakan itu bukan kebajikan yang danjurkan oleh Rasulullah SAW dan sahabat sahabat waktu memerintah Madinah.

Saya dah kata sesungguhnya negera berkebajikan utarakan ini akan ditolak bulat bulat atas sebab "tak faham" apa dia negara "berkebajikan" menurut perspektif Islam tulen.

Saya tak hairan dengan pandangan Datuk Seri Najib, kerana Tok Gurunya Tun Mahathir yang bijaksana juga tak faham negara kebajikan.Sama ada dia buat buat tak faham atau sengaja menolak kebenaran Islam, itu hal dialah.

Tun Mahathir yang bijaksana tak faham apa dia negara Islam tulen, kerana beliau selama lamanya menolak dan tidak berpegang dengan wasiat yang ditinggalkan oleh Nabi SAW iaitu Al Quran dan Sunnah.

Kita tak nafi memang negara malaysia juga negara islam, tetapi Negara Islam palsu ala Malaysia yang bermazhab "murji'ah" dan jahilah yang juga Islam dari pecahan 73 puak itu.

Saya setuju, kerana Islam perpecah kepada 73 puak. Tapi kena ingat, cuma satu saja yang diterima Allah iaitu yang ikut Rasulullah SAW.Manakala yang lain itu sesat lagi menyesat.

Nak beritahu bahawa megara kebajikan ialah negara Islam tulen seperti yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW dan sahabatnya ketika memerintah Madinah.

Dengan kata lain negara islam adalah negara berkebajikan, bahawa Perdana menteri membebankan dirinya dan juga kelurganya dengan berkorban, ia dan keluarga sanggup menjerut perut, sedangkan rakyat hidup kekenyangan.

Perdana menteri sanggup tidur diatas tanah, memakai baju yang kasar dan sanggup buat apa (korban apa saja) demi rakyat, agama dan negara.

Perdana menteri merasa cukup bahagia dengan apa yang ada pada diri. Tidak gila kuasatak rakus dengan mengumpulkan harta sebanyak mungkin yang mampu sepertimana yang dijadikan amalan para pemimpin umno.

PAS hanya sebuah parti politik sebagai wadah yang dasarnya menjurus kearah mendaulatkan Islam.

Tak pasti pemimpinnya boleh melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Saidina Umar ketika menjadi khalifah.

Demikian juga parti UMNO yang dasarnya memperjuangkan nasib orang Melayu.

Atau dengan kata lain, membela Melayu. Tapi setelah diberi amanah untuk memerintah selama 50 puluh tahun lebih, jelas ia menjadi pengkhianat bangsa Melayu, Islam dan negara.

Pada saya, negara Islam adalah negara berkebajikan sepertimana yang negara Islam di zaman Nabi SAW dan sahabat.

Macam mana Datuk Seri Najib Razak boleh dakwa kerajaan yang ada sekarang ini adalah kerajaan berkebajikan, sedangkan subsidi beras , gula dan minyak ditarik punca harga beras gula dan minyak naik.

Kalau kerajaan yang ada sekarang ini keraajaan berkebajikan, jika beras gula dan minyak serta letrik naik mahu tak mahu mesti ada insentif lain untuk membantu dan menolong meringankan beban yang terpaksa di tanggung .

Misalnya. Kenaikan harga gula sesuai dengan slogan rakyat didahulukan parlu ada jenis gula lain yang harganya lebih murah selain gula sedia ada,ia itu gula yang diperbuat dari nira nipah ke. Demikian juga beras. Apa tah lagi minyak petrol.

Kerajaan harus ada insentif mengujudkan minyak RON lain selain Ron 95 dan RON 97 yang jelas kenaikannya menjadi punca kenaikan harga barang keperluan rakyat.

Kerajaan mesti ada RON 93 yang harganya lebih murah berbanding RON 95 yang berharga RM1.90 satu leter dan RON 97 yang berharga RM 3.00.

Jika kerajaan boleh berbuat demikian ada kemungkinan dakwa an bahawa kerajaan yang memerintah sekarang sesuai dipanggil atau digelar kerajaan berkebajikan miskipun kurang menepati hakikat sebenar, kerana para pemimpin begitu rakus mengumpul harta.