Monday, July 2, 2012

Ada di antara pemimpin PAS tidak jaga agama?


Sudah lama saya dengar cerita ada diantara pemimpin PAS sudah tak jaga lagi agama sejak bekerjasama dengan DAP dan parti keadilan rakyat.

Cerita yang saya tulis ini ada yang akan berkata bohong. Itu hanya fitnah berlaka, kerana pemimpin selama ini tidak pernah berbuat demikian, kerana haram hukumnya.

Betulkah cerita itu fitnah? Ada yang cakap ada diantara pemimpin yang tidak lagi jaga agama sehingga sanggup bersalaman dengan perempuan.

Zaman PAS memerintah Terengganu (1999-2004) saya pernah lihat sendiri seorang wakil PAS bersalaman dengan seorang pemberita perempuan berbangsa china macam lelaki.Mungkin keliru dengan perwatakan.

Perkara bersalaman ini pernah diamalan oleh ketua pembangkang ketika melawat dan dalam majlis ceramah bersama dengan DAP.

Ketika didalam umno dulu pun beliau tak pernah berasa bersalah bersalaman dengan perempuan. Malah amalan bersalaman dengan perempuan harus baginya.

Ulamak umno telah membuat fatwa bahawa bersalaman dengan perempuan hukumnya harus. Atas sebab itulah bersalaman jadi amalan biasa dan tak salah sepertimana pandangan pemimpin sejak dulu hingga sekarang.

Oleh itu, adalah tidak menasabah ada aintara pemimpin PAS yang sanggup bersalaman dengan perempuan china ketika ikut ceramah anjuran DAP.

Bagaimana cerita itu boleh tersebar jika perkara itu berlaku. Sudah tentu ada orang melihat bersalaman antara lelaki dan perempuan itu berlaku.

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan perempuan china ketika hadir dalam majlis cermaha anjuran DAPsuatu  perkara biasa saja.

Hendak katakan ia satu fitnah mungkin ada cerita disebalik itu. Kalau tidak macam mana boleh ada cerita ada antara pemimpin PAS yang bersalaman dengan perempuan, terutama sekali perempuan berbangsa china.

Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam ABIM dulu bersalaman dengan perempuan adalah haram hukumnya. Semasa dalam umno saja beliau menghalalkan bersalaman dengan perempuan.

Kebiasaan itu dijadikan amalan terus menerus ketika jadi ketua pembangkang hingga kini menerusi ijtihadnya ketika masuk umno dulu.

Sunday, June 17, 2012

Kebanyakan kita masih salahfaham dengan Islam


Ada lebih baik di nyatakan disini kebanyakan kita masih salahfaham dengan Islam.Mengapa? kerana pada mereka Islam itu sama dengan lain lain agama, sedangkan Islam adalah wahyu bukan dan buah fikiran nabi Muahmmad SAW.

Jika Islam itu buah fikiran nabi Muhammad pasti ia adalah ideologi sepertimana kebanyakan fahaman hari ini.Mereka memahamkan begitu.

Sejak dahulu lagi kebanyakan kita salahfaham dengan istilah “umat Islam” dan “non muslim”.Pada hal Rasulullah SAW telah menyatakan,Umat Islam terbahagi kepada 73 puak. Hanya satu puak saja yang diterima. Manakala 72 puak lagi tak diterima, kerana tak ikut ajaran nabi.

Demikian juga istilah “non muslim” Kalangan kita tetap mengatakan non muslim itu orang kafir, sedangkan kafir terbahagi kepada dua, “Zimmi” dan “harbi”. pada hal non muslim itu adalah kafir “zimmi”. Ia Bukan kafir “harbi”.

Bukan itu saja malahan kebanyakan setuju berkompromi dengan kafir harbi,hatta Yahudi sekalipun,Ada yang beri alasan munafik lebih bahaya berbanding kafir  sedangkan Quran telah menjelaskan kafir itu musuh Allah.

Hal ini disebut oleh Dr. Mohd Asri Zainal Abidin bahawa Malang sekali umat Islam. Agama yang dianugerahkan Allah sebagai rahmat untuk sekalian alam tidak disebarkan dengan kesungguhan. Jika disebarkan pun, ramai yang menggunakan pendekatan yang salah.

Hari ini kita nampak dengan jelas kebanyakan ulamak membiarkan umat Islam menjadi kafir dan berusaha mengajak orang kafir jadi Islam dengan alasan lebih mudah berdakwah dengan orang kafir berbanding berdakwah dengan umat Islam.

Saya percaya penggunaan nama umat Islam itu jelas tidak betul, kerana umat Islam terbahagi kepada 73 puak. Hanya satu puak saja yang diterima keislamananya. Mereka ialah yang mengikut ajaran Nabi Muhmmad SAW.

Manakala yang tidak ikut Nabi Muhammad SAW pasti tidak berkesungguhan menyebarkan agama Islam. Bukan setakat itu saja malah penyebarannya salah sama sekali dan mengelirukan masyarakat Islam seluruh dunia.

Contohnya, Allah menyatakan buat baik masuk syurga dan buat jahat masuk neraka. Tapi tindakan mereka bercanggah dengan Al-Quran dan berkata, belum tentu yang buat baik masuk syurga dan yang buat jahat masuk neraka.Ini mengelirukan.

Ini pada saya suatu pendekatan yang salah, kerana Allah yang berkata, buat baik baik masuk syurga dan buat jahat masuk neraka. Bukan nabi Muhammad yang kata. Allah yang maha mencipta, maha adil maha mulia, maha agung berkata begitu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “barang siapa tinggal solat dengan sengaja, maka kafirlah dia”. Hadis ini suatu yang jelas dan nyata, tapi masih ada khilaf bahawa umat islam yang tinggal solat dengan sengaja belum jadi kafir.

Hari ini apa sudah jadi dengan umat Islam? 80 peratus umat Islam tak solat lima waktu. Demikian juga kes bunuh diri yang membabitkan umat Islam  berlaku semakin hari semakin bertambah dan membimbangkan.

Mengapa? Kerana ada ulamak yang mengatakan bunuh diri itu tak kafir hukumnya, sedangkan sabda Rasulullah SAW jelas dan nyata.

Kita mengatakan ramai umat islam yang menggunakan pendekatan yang salah. Memang mereka menggunakan pendekatan yang salah, kerana mereka umat islam, bukan “muslim” dan “mukmin” tetapi kita sendiri, kalangan ulamak yang sengaja menggunakan pendekatan yang salah.

Kita tidak hairan, kerana ulamak jahat lebih ramai bilangannya berbanding ulamak baik diatas muka bumi Allah ini.Apatah lagi di Malaysia ini."
 

Sunday, June 10, 2012

Di Johor memang ada perubahan




Tidak lama dahulu Timbalan perdana menteri meminta PAS serang kubu kuat umno/BN Johor.
Kini Ketua pergerakan pemuda umno Khairy Jamaluddin imengalu-alukan pembangkan untuk menyerang Johor.
Khairy Jamaluddin bagaimanapun mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya mereka bersiap sedia untuk menghadapi keadaan "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran."

Katanya, "Itu saja yang saya boleh kata. Mereka nak serang, seranglah... kita tak boleh larang. Tetapi saya yakin, rakyat Johor tak akan beri ruang kepada pembangkang. Tak mungkin mereka dapat terima parti yang pemimpinnya secara terang-terangan menghina sultan mereka,"

Hujah Khairy itu semacam ada asasnya kerana isu yang dicetuskan pemimpin Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkaitan harga bidaan nombor plat kereta Sultan Johor baru-baru ini teramat sensitif bagi rakyat negeri itu, malahan juga di seluruh negara.

Jika demikian. Maka rakayt Johor sangat sensitif dengan isu raja dan tak kisah dengan pemimpim yang rakus baham duit rakyat, Atau dengan kata lain orang johor tak kisah dengan pimpin yang mengkhianati bangsa sendiri.
"Kita tahu rakyat Johor sangat sayangkan sultan dan keluarga diraja mereka. Orang Pas boleh cakap saja tetapi kita percaya, ia tak akan ke mana.

Kalau mereka kata nak serang, tsunami selatan atau apa saja, cakaplah ... Yang mungkin berlaku, Johor mereka tak dapat, terlepas pula negeri lain yang mereka perintah sekarang," katanya.

Khairy mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bahawa PR kini sudah bersiap sedia untuk mengambil alih pemerintahan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dalam misi yang digelar 'Tsunami Selatan'.

Antara lain, kesediaan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan untuk bertanding di Johor disifatkan sebagai bukti keyakinan pembangkang untuk menawan negeri itu yang selama ini dianggap deposit tetap bagi Barisan Nasional (BN). Salahuddin disebut-sebut akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor jika PR berjaya mengambil alih pemerintahan negeri itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, pembangkang hanya mampu berangan-angan untuk merampas Johor, sedangkan pemimpin mereka sendiri mencetuskan pelbagai masalah di negeri itu.

Sehubungan dengan itu saya ketika di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Petaling jaya diberitahu oleh salah seorang pegawai kerajaan negeri Johor bahawa negerinya sudah ada perubahan.

Dua orang kawan lama saya ketika berbual bual menyatakan kena tukar kerajaan lama dengan kerajaan yang baru pada PRU 13 nanti.

Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran akan kata kata salah seorang pegawai kerajaan negeri Johor tersebut.Tetapi dia bercakap dengan gaya penuh semangat Johor akan berubah pada PRU 13 nanti.

Kata beliau lagi dulu memang orang johor tak mahu undi langsung parti lain selain darip[ada parti umno/BN. Tetapi pada tahun 2008 PAS menang dua kerusi di Muar. Dua dua Doktir. Ini jelas ianya menunjukkan sudah ada perubahan.

Hujah Khairy orang johor tak akan undi PAS kerana baru-baru ini, pemimpin Pas pula sindir Sultan Johor dalam isu nombor plat. Pemimpin PKR pula tidak habis-habis dengan isu peribadi yang jelas menunjukkan mereka tidak layak mentadbir Johor dan negara ini,


Monday, June 4, 2012

Poligami bukan sunnah?



Pada suatu hari,hari Jumaat salah seorang ustazah dalam tanyalah ustazah TV9 berkata, poligami bukan sunnah.
Terkejut saya dibuatnya, kerana selama ini kita difahamkan, poligami adalah sunnah Nabi Mohamad SAW.

Tiba tiba  ustazah pada rancangan tanyalah ustazah berkata, poligami bukan sunnah. Ia adalah “rukhsah” yang diberi oleh Allah kepada lelaki.

Namun begitu, ia adalah sama dengan solat jamak bagi orang yang bermusafir yang disebut sebagai rukhsah.
Barangkali ustazah berkenaan salah faham macam juga kebanyakan kita salah faham dengan Islam sehingga mengelirukan.

Saya yang dengar rasa berdosa kalau tak tegor perkara yang salah faham ini. Oleh itu dalam tulisan ini ada lebih baik dinyatakan bahawa poligami adalah sunnah yang tidak boleh dinafikan.

Tiap apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW hatta sekecil kecil sekalipun ia adalah sunnah.Adalah sangat salah dan berdosa jika dikatakan dia bukan sunnah.

Kita boleh berkata poligami kebanyakan lelaki di Malaysia hari ini bukan sunnah, kerana tidak mengikut apa apa yang dilakukan Rasulullah SAW.

Atau dengan kata lain kadang kadang bercanggah sama sekali dengan amalan poligami Rasulullah SAW.
Tidak lama dulu saya pernah tegor salah seorang Doktor perubatan yang sering bercakap dalam rancangan 

Islam terbitan TV tempatan yang mengatakan poligami tidak boleh menyelesaikan permasalahan masyarakat Islam di Negara ini.

Bagi saya pandangan itu Salah faham yang amat sangat, kerana poligami yang diharuskan Islam itu untuk dan boleh menyelesaikan permasalahan masyarakat Islam jika diamalkan sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Yang masalahnya ialah poligami lelaki  di Negara ini tak boleh menyelesaikan permasalahan masyarakat islam. Ini realistic. Tidak dapat dinafikan kebanyakan boleh menghuru harakan masyarakat Islam.

Mengapa tidak? Kerana poligami yang diamalkan oleh lelaki hari ini tidak ikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Boleh kita katakan ia tidak boleh menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Malaysia.Maka sangat salah dan berdosa besar jika kita kata poligami tidak boleh menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Islam.

Oleh itu, wahai ustazah dan ustaz hati hatilah ketika menjawap pertanyaan dari orang ramai lebih lagi labih lagi orang awam yang kebanyakannya jahil dengan ajaran Islam.





Tuesday, May 29, 2012

Khairy Jamaluddin dedah ketirisan kerajaan BN


Barangkali ada antara kita tidak sedar bahawa  jawapan balas Khairy Jamaluddin kepada Rafizi dalam debat  Sinar harian baru baru ini mendedahkan ketirisan yang pernah dilakukan oleh kerajaan Umno/BN.

Kita dimaklumkan sejumlah RM 28 bilion setahun wang rakyat dibazirkan menerusi segala projek yang dilaksanakan oleh kerajaan berdasar bajet tahun Negara yang dibentang di parlimen.Jika selama 40 tahun sudah tentu angkanya 40 X28 bilion =RM 1,080 bilion.

Cuba kita Bayangkan kos pembinaan sebuah university di Negara 1 Malaysia ini berharga RM 2 bilion sepertimana dinyatakan dan dijelaskan oleh Khairy ketika membalas hujjah Rafizi.

Rafizi ketika membalas hujjah tersebut mengatakan itu kos kerajaan BN, tapi kos PR hanya RM 600 juta saja untuk membina sebuah university di Negara ini.

Jika benar kos pembinaan sebuah university di Negara kita menelan belanja RM 2 bilion, bermakna kerajaan yang memerintah Negara in telah membazirkan wang rakyat sebayank RM 1.4 bilion atas sesebuah uiversiti.

Kita boleh sifatkan RM 1.4 bilion berlaku ketirisan angkara pemimpin yang di amanahkan  lebih mementingkan diri sendiri berbanding kepentingan rakyat yang mana slogan rakyat didahulukan itu hanya gemik saja.

Dengan kata lain, wang sebanyak RM 1.4 bilion yang dikatakan tiris sebanyak RM 28 bilion setahun itu masuk ke dalam saku saku para pemimpin dan pihak yang terbabit dengan pembinaan projek yang diluluskan .

Namun demikian hujjah balas Khairy pada debat tempoh hari sebagai suatu pendedahan kejahatan pihak kerajaan 1 Malaysia selama ini.

Rakyat tak Nampak kerana wang dibelanja menerusi bajet setiap tahun itu, tetapi setelah pendedahan Khairy dalam debat seolah olah memberi lampu yang begitu terang bahawa kerajaan telah melakukan banyak pembaziran .

Dalam debat tersebut nampak dengan jelas yang Khairy Jamaluddin telah mendedahkan kejahatan kerajaan yang memerintah.

sebagai contoh, kata Khairy bahawa kos pembinaan sebuah universiti awam dinegara ini berharga RM 2 bilion, sedangkan kos sebenarnya yang dijelaskan oleh Rafizi ialah RM 600 juta saja.

Inilah punca berlaku ketirisan dengan sewenang wenangnya sebanyak RM 28 bilion setahun.

Kalau dulu kita marah betul pada penjajah membawa balik hasil mashul negara.Tetapi sekarang para pemimpin negara pakat masuk wang rakyat dalam saku masing masing.

Jika benar kos pembinaan sebuah universiti awam negara berharga RM 2 bilion sudah tentu lebihan sebanyak RM 1.4 bilion masuk dalam saku para pemimpin. maka betullah wang yang tiris sebanyak RM 28 bilion setahun itu.

saya ingin ulangi lagi bahawa selama 40 tahun,selepas negara mencapai kemerdekaan bermakna angkanya jadi RM 1,080 bilion.

Sebab itu kita tengok para pemimpin begitu mewah dan kayaraya sepertimana pernah disentuh Anwar bahawa setiap menteri ada RM 300 juta tak termasuk lain lain harta.

Ya Allah, Ya Tuhan mengapa begitu jahatnya pemimpin negara kita, sedangkan mereka telah diberi amanah memerintah oleh rakyat melalui pilihanraya umum lima tahun sekali bagi membela bangsa agama dan negara.

Kejahatan ini telah dibuktikan sendiri oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa dia adalah Hurni Mubarak bekas presiden Mesir yang diguling dan dikatakan memiliki harta ratusan bilion.

Friday, May 25, 2012

Kalau Raja Bahrin bertanding parlimen KT bagaimana pula dengan Wahid Endut



Sebaik saja pertemuan Tengku Razaliegh Hamzah presiden Amanah merdeka dengan Tengku seri Peduka , Raja Bahrin  dan orang kuat Mampat serta  beberapa orang parti keadilan rakyat di Primula Hotel Batu Burok, nama Raja Baharin disebut sebut sebagai calon yang bakal bertanding di parlimen Kuala Terengganu.

Sama ada dia ahli PAS atau sebaliknya bukan persoalan, kerana Tun Salleh Abas yang bertanding di DUN Jerteh pada tahun 1999 bukan ahli PAS.

Persoalan yang timbul sekarang ini bagaimana pula dengan Mohd Abdul Wahid Endut yang sudah bersetuju menyerah DUN Wakaf Mempelam kepada muslimat musim PRU 13 ini.

Jika demikian manakah DUN untuk Wahid Endut bertanding. Tak mungkin seorang  Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu tak jadi calon, sedangkan nama beliau disebut sebut bakal menteri besar Terengganu selepas PRU 13 ini.

Kalau beliau tak bertanding di DUN bagaimana mungkin untuk dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepas PRU 13 yang bakal diadakan dalam masa yang terdekat ini.

Jika benar Raja Baharin calon yang bakal bertanding di Parlimen Kuala Terengganu bermakna sah Wahid Endut sudah hilang peluang untuk bertanding pada PRU 13 nanti.

Dun Wakaf mempelam sudah pun diserah kepada muslimat dan muslihat sudah pun buat persediaan Cuma namanya saja belum ditentukan lagi.

Nama Sapinah Jusoh ketua muslimat negeri, bekas senator disebut sebut sebagai calon yang telah disenarai pendekkan oleh muslimat negari.

Persoalan sekarang mustahil wahid Endut yang disebut bakal dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepas PRU 13 ini tidak bertanding. Apakah beliau akan senasib dengan Datuk Mustafa @ Hassan Ali yang masih mahu mencuba nasib sekali lagi pada Pru !3 ini.

PAS Terengganu kena fikir banyak kali prihal Wahid Endut yang  telah menyerah DUN Wakaf Mempelam kepada muslimat, kerana UMNO dikatakan akan meletakkan Datuk Wan Ahmad Wan Omar timbalan pengerusi SPR bertanding di DUN tersebut.

Penulis dapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai Datuk Wan Ahmad bakal menteri  besar Terengganu yang baru selepas PRU n13 nanti.

Jika Muslimat bertanding di DUN wakaf Mempelam ada kemungkinan PAS gagal mempertahankan kerusi kubu kuat PAS kini dan selama lamanya itu.Percayalah. Apalah sangat dengan kewibawaan calon muslimat yang sedia ada sekarang berbanding sebelum ini.

Sejarah telah membuktikan PRU 1986 calon umno Abdul Latif Mohd (4597 undi) telah kalah di tangan  Datuk Mustafa @Hassan Ali ( 4702 undi) menang dengan majuriti 105 undi.

Mohd Abdul Wahid Endut bertanding di DUN Bandar(4,043 undi) kalah di tangan Tok Teng Sai (5,280 undi) dengan majuriti 1237 undi. Pada PRU 1990 Dun Wakaf Mempelam di beri kepada Wahid Endut(6383 undi)  mengalahkan Abdul Latif Mohd (5220 undi) dengan majuriti 1163 undi dan tak pernah kalah hingga kini.