Wednesday, February 26, 2014

Ingat sikit dengan Kassim Ahmad ini

Penulis ada menulis tentang isu Kassim Ahmad dalam akhbar Utusan Malaysia tahun 80 an dan berikutnya ditambahbaik  oleh tulisan Ahmad Azam bekas wakil rakyat negeri Terengganu.

Kedua dua tulisan berkaitan dengan isu Kassim Ahmad tolak hadis membuat Kassim berhenti menulis dan tiada jawapan dan ulasan dibuat.

Dua tiga hari ini tembul pula isu Kassim Ahmad atas sebab ada pihak mengadakan seminar pemikiran Kassim Ahmad yang dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad bekas perdana paling lama memerintah Malaysia.

Penulis bukan apa, Cuma hendak ingat sikit kepada mereka yang marah marah dengan seminar tersebut dan ada yang berkata Kassim Ahmad murtad kerana menolak hadis, kerana kassim Ahmad pernah pernah menang samannya terhadap akhbar harakah.

Kassim pernah berkata dia tidak tolak hadis, Cuma menolak hadis hadis yang daif dan perlu kaji semula kedudukan hadis yang begitu banyak.

Hal seumpama ini bukan sahaja Kassim yang mahu hadis hadis dinilai semula, malah Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi perdana menteri mengesa supaya Al Quran ditafsir semula.

Disini dapatlah kita buat kesimpulan bahawa dua orang ini Kassim Ahmad dan Tun Dr Mahathir Mohamad satu angkatan atau satu kepala yang mempunyai agenda tertentu terhadap agama Islam.

Kassim Ahmad mahu supaya hadis dinilai semula. Manakala Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Al Quran ditafsir semula.

Oleh itu, kena beringat sikit dengan isu ini, kerana bimbang nanti ada pula yang kena zaman dan mahkamah tetap memihak kepada kassim Ahmad.

Harakah pernah hilang wang sebanyak RM 80,000 kerana kalah dalam kes saman tersebut. Jadi hendak beringat sikit dengan percakapan agar duit tidak terbang begitu sahaja. Awas dan hati hati.





Wednesday, February 19, 2014

Ada orang kata Anwar tak akan kalah

Jika lihat kedudukan dan pengaruh Datuk Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Najib Razak amat benarlah judul rencana diatas.

Tan Sri Abdullah Ahmad, bekas menteri kerajaan BN  dalam rencananya berjudul sesiapa pun boleh jadi PM (sinar harian) ada berkata, Anwar tak akan kalah dalam pilihanraya kecil DUN Kajang nanti.

Bermakna, orang China juga boleh jadi PM jika parti mereka menang majority dalam satu saatu  pilihanraya umum lima tahun sekali itu.

Sesetengah berpendapat tidak mustahil Anwar boleh kalah jika calon yang akan diletakkan itu nanti dari tokoh umno, miskipun undi Melayu berpecah tiga.

Dalam pilihanraya kecil Dun Kajang pengundi Melayu berpecah dua. Satu kepada Anwar dan satu lagi kepada BN jika calonya Melayu.

Calon umno boleh dikatakan boleh bersaing dengan Anwar jika kena gaya kempennya. Akan tetapi siapakah tokoh tersebut.

Pada penulis calonnya tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Seri Mohd Najib Rasak sendiri. Kalau mahu menang pilihanraya kecil DUN Kajang. Kalau tidak jangan mimpi untuk menang.

Calon MCA jangan harap boleh menang, kerana undi yang diperolehi oleh Lee Ban Seng psda PRU 13  sebanyak 12, 747. Itu amat sukar ditambahi.

Lebib lebih lagi apa yang mereka mahu sepanjang berada dalam BN mustahil boleh mencapai cita cita yang harapkan selama ini.

Datuk Seri Mohd Najib pernah bertanya yang berbunyi: Apakah yang orang china mahu sebaik sahaja selesai PRU 13 lepas.

Pertanyaan itu mustahil belum ada jawapanya. Penulis sudah lama tahu jawapan itu. Jawapan itu berbunyi: “orang china mahu kuasa memerintah Malaysia ini”.

Atas sebab itulah orang china tidak undi BN dalam dua pilihanraya umum (PRU 12 dam PRU 13) , kerana mereka yakin lebih mudah memerintah Negara bersama pakatan rakyat.

Hari ini apa yang tidak pada orang China. Pendek kata Semuanya sudah ada. Cuma kuasa memerintah yang diharap harapkan masih jauh jika bersama dengan BN.

Oleh itu mereka memilih tidak memberi undi pada BN di dua pilihanraya umum, PRU 12 dan 13. Tidak mustahil Pakatan rakyat melalui sokongan pada MCA dan Gerakan BN akan tumbang pada PRU 14 nanti.
Inilah yang menjadi harapan orang China, kerana mereka nampak kuasa politik, memerintah Negara satu Malaysia jadi mudah berbanding duduk dalam BN.








Tuesday, February 11, 2014

Tak dapat jadi perdana menteri jadi MB Selangor jadilah

Penulis dengar kata kata sepertimana tajuk rencana ini dari banyak mulut. Akan tetapi ada yang tidak setuju dan ada yang sangat setuju.

Mengapa? Kerana memang Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap umno sebagai seorang tokoh politik yang gila kuasa dan nak jadi perdana menteri.

Ada yang kata kalau Anwar Ibrahim dicalonkan sahlah dia adalah seorang tokoh politik Negara yang gila kuasa dan kepingin nak jadi perdana menteri.

Tajuk rencana diatas penulis dapat dari banyak mulut Selasa 28 Januari 2014 jam 10.00 pagi disalah sebuah kedai kopi di Pekan Batu Enam, Kuala Nerus.

Jam 4 Petang penulis membaca berita di TKO MB Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim umum Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dun Kajang.

Penulis tidak tahu sejauh mana berita kebenaran pengumuman MB Selangor itu tidak dapat diketahui.
Kata orang awas ada, berita dalam “internet” yang tidak boleh dipercaya kerana ada berita yang benar, tetapi disiarkan juga.

Persoalan sekarang mengapa MB Selangor umum Anwar Ibrahim sebagai calon DUN Kajang, sedangkan ia boleh dijadikan isu sepertimana tajuk rencana penulis yang buruk ada pada diri dan boleh menjejaskan reputasi Anwar Ibrahim.

Penulis yakin dan percaya tindakan bijaksana MB Selangor untuk mengatasi kemeluk yang berlaku pada dirinya.

Inilah satu satu tindakan yang baik untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam parti keadilan rakyat yang kelihatan semakin hari semakin buruk.

Hatta, termasuk MB Selangor meletakkan jawatan dan diserahkan jawatan MB  kepada Anwar Ibrahim yang barangkali puak Azmin Ali boleh terima akan hakikatnya.

Tan Sri Khalid Ibrahim rela berbuat demikian semata mata untuk mengatasi kemelut yang boleh membuat kes dan isu berlarutan dan boleh menjejaskan reputasi kerajaan Selangor.




Saturday, February 1, 2014

Orang Melayu dianggap macam itik


Dahulu dahulu, Ustaz Awang Bakar, bekas exco Terengganu pernah berkata dalam siri ceramahnya bahawa rakyat terutama sekali orang Melayu di perlakukan macam ayam daging.

Pada mulanya penulis tidak berani membenarkan istilah yang begitu berat yang amat sangat itu. Mana mungkin rakyat, terutama sekali orang Melayu bah ayam daging.

Ayam daging binatang. Memang tak tahu apa apa pun. Ayam daging memang tak pernah kisah yang dia akan disembelih apabila sampai masanya.

Akan tetapi rakyat kita terutama orang Melayu, mustahil tidak tahu apa apa  terhadap dirinya dan tak faham akan apa yang diperlakukan oleh kerajaan yang memerintah sekarang.

Rupa rupanya ada kebenarannya. Buktinya bekas wakil rakyat BN, Cikgu Wan Ibrahim pernah berkata, dalam siri ceramahnya di kubur Timah Batu Rakit Terengganu lama dahulu.

Apakah yang beliau cakapkan itu? Katanya, Ah mudah sahaja. Kan rakyat kita ini macam itik. Itik memang bising didalam reban. Apabila dilepaskan, diamlah dia.

Katanya lagi, Apa susah dibubuhnya dedak dan hampas kelapa, maka menerkanlah dia. Lepas itu diamlah dan tak bising bising lagi.

Penulis diberitahu oleh salah seorang penduduk Kampung Batu Rakit akan cerita tersebut bahawa pemimpiun  umno selama lama telah menganggap orang Melayu serupa macam itik.

Hari ini ada kebenaranya. Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tahu akan hal itu dan tidak bimbang dengan rungutn rakyat, kerana ia mudah untuk diselesaikan, beri RM 650.00 diamlah mereka.

Sebab itu Datuk Seri Najib, tidak pernah merasa bersalah memotong subsidi minyak petrol dan Gula punca harga barang naik membuat sara hidup tinggi dan membebankan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Beliau kelihatan tidak kisah apa yang berlaku pada rakyat. Apatah lagi marah marah orang umno terhadap sara hidup yang jadi tinggi itu.

Lebih lebih lagi sudah ada farmulanya untuk menutup mulut rakyat yang bising bising sekarang ini.

Bayangkan, bagaimana perihal ikit atau ayam daging yang penulis garap diatas itu. Bising rakyat, terutama sekali orang Melayu hanya sekejap sahaja.

Apabila Dapat duit RM 650.00 yang sedang dalam proses pada bulan Januari ini, maka senyaplah yang bising bising macam ikit yang belum dilepaskan dalam reban itu.

Itulah yang membuat pemimpin Negara satu Malaysia tidak kisah, malah tidak pernah bimbang dengan marah marah rakyat, kerana mereka akan disuap dengan wang yang disediakan yang nisbahnya RM 1.80 satu hari itu akan bereslah permasalahannya.



Tuesday, January 21, 2014

Bilakah Kristian bertuhankan Allah

Penulis setuju dengan tindakan JAIS merampas Bible terjemahan Bahasa Melayu biarpun Tun Mahathir Mohamad tidak setuju.

Penulis boleh buktikan ketidaksetujuan Tun Mahathir Mohammad iaitu  anaknya Marina bersama sama dengan pertubuhan Kristian sebagai mewakili ayahandanya tanda protes.

Walaupun Tun Mahathir pernah berkata Melayu mudah lupa, tetapi penulis belum lupa yang Tun Mahathir semasa jadi perdana menteri sangat berharap Bible di terjermahkan ke Bahasa Melayu agar orang Melayu faham agama Kristian.

Mengapa penulis setuju dengan tindakan JAIS. Kerana Agama Kristian tidak boleh disebar kepada orang Melayu beragama Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaan Negara.Ia juga bertepatan dengan SOP enakmen JAIS.

Oleh itu sangat wajar JAIS merampas Bible terjermahan Bahasa Melayu yang motifnya tidak lain dan tidak bukan untuk dibahagi bahagi kepada orang melayu beragama Islam.

Penulis difahamkan tujuan terjemahan bible ke Bahasa Melayu bukan untuk orang China dan India meskipun dua bangsa majmud Malaysia ini fasis berbahasa Melayu.

Apakah motif sebenar terjemahan Bible ke Bahasa Melayu? Jika bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian kepada orang Melayu Islam di Malaysia.

Jika bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian kepada orang China dan India pasti Bible diterjemahkan kepada Bahasa China dan India yang tidak bercanggah dengan perlembagaan Negara.

Seperkara lagi apa sebab Kristian di Malaysia ini mati matian mahu nama GOD di terjemahkan sebagai nama Allah yang pada penulis sangat tidak bertepatan.

Mengapa nama Allah mati matian akan digunakan dalam Bible berbahasa Melayu. Sudah tentu ada tujuan yang tersurat dan tersirat.

Bila masanya Kristian bertuhankan kepada Allah, sedangkan Tuhannya tiga (trinity) yang sangat tidak munasabah dengan tuntutan mahukan kalimah Allah di gunakan dalam Bible terjermahan Bahasa Melayu.

Ini tidak menghairankan penulis kerana Allah sudah beritahu kepada kita bahawa orang Kristian dan Yahudi tidak akan duduk diam, selagi orang islam tidak ikut kehendak agama mereka.





Sunday, January 12, 2014

Tun Mahathir rasa dia yang betul


Bercakap pasal Tun Mahahtir kata dia tidak takut “hantu” teringat kisah yang dikisah oleh Allah dalam Al Quran.

Kisah yang di kisahkan itu tidak lain dan tidak bukan ialah mengenai arah Allah supaya “menghormati” kepada Adam AS.

Demikian apabila kita merasa diri kita betul yang menjadi punca “Iblis” derhaka kepada Allah Subha nahu wataala.

Manakala semua malaikat mengikut perintah Allah lalu akur dan menghormati Adam AS miskipun dicipta darpada saripati tanah  berbanding dengan cahaya dan api.

Oleh itu, tidak hairan jika Tun Mahathir kata dia tidak takut hantu (iblis) kerana hatu tidak ada kuasa untuk memurdaratkan manusia.

Fikir punya fikir betul juga hujah Tun Mahahtir itu, kerana Allah menyatakan tiada sesiapa yang boleh memurdaratkan manusia kecuali dengan izin Nya.

Lojik juga ya, tetapi lojik juga apabila mereka merasa diri mereka yang betul macam iblis yang engkar dengan perintah Allah punca dia jadi kafir.

Hal tersebut dinyatakan Allah bahawa Iblis dibenar mengoda dan memperdayakan manusia dengan hujah yang lemah hak iblis dan yang kuat hakl Allah.

Penulis yakin kebanyakan manusia yang merasa dirinya betul fikiranya dikuasai oleh iblis dan segala tindakannya berdasarkan bisikan iblis.

Sebab itu Tun Mahathir tidak takut hantu, kerana hantu sudah jadi kawan. Iblis bukan setakat jadai kawan yang akrab , malah iblis meminpin manusia yang lemah agama.

Tun Mahathir pada hemat penulis bukan sahaja tidak takut pada hantu malah Allah pun beliau tidak pernah takut.

Kalau Tun takut akan Allah, mana mungkin ketika jadi perdana menteri selama 22 tahun dulu pernah mempersenda sendakan undang undang Islam.

Sesungguhnya manusia yang ada diatas muka bumi ini telah dua pimpin. Yang merasa dirinya betul telah di pimpin oleh iblis manakala yang tidak sombong dan memdabik dada di pimpin oleh malaikat.

Bersesuaian dengan apa yang disediakan Allah di akhirat nanti iaitu “syurga” dan “Neraka”. Mereka yang di pimpin oleh “malaikat” akan di masukkan ke dalam syurga dan yang di pimpin oleh “iblis” akan dihumbangkan ke dalam neraka.




Monday, January 6, 2014

Datuk Seri Mohd Najib cuba tipu rakyat

Mengapa tidak? Bayangkan, adakah munasabah kenaikan harga minyak dan potongan subsidi yang dilaksanakan oleh kerajaan yang tidak dapat dielakkan itu boleh  buat rakyat hidup senjahtera.

Ia sangat munasabah, kerajaan dapat jimat wang Negara sebanyak RM 1.1 bilion dan dapat hasil sebanyak RM 13 bilion yang boleh memgembirakan perdana menteri Mohd Najib.

Siapakah yang mendapat faedahnya. Tidak lain dan tidak bukan,  ialah hanya kepada para pemimpin Negara.

Bayangkan, apabila banyak wang masuk  bolehlah masukkan wang  dalam saku para pemimpin dan Negara boleh belanja “boros” tiris sana sini sepertimana laporan audit Negara.

Apakah faedah yang rakyat dapat. Tidak dinafikan rakyat dapat RM 500 satu tahun dan akan dinaikkan sebanyak RM 650 setelah buat janji pilihanraya PRU 13 akan naik RM 1,200.

Percayakah anda wahai rakyat, bahawa harga barangan naik dan GST yang sudah pun berjalan dan yang dikatakan akan dilaksanakan pada tahun 2015 itu boleh buat rakyat hidup bahagia.

Bahagiakah dan senjahterakah rakayt dapat RM 650 satu tahun itu yang nisbahnya hanya sebanyak RM 1.80 satu hari itu.

Apakah rakyat tidak terbabit dengan harga barangan yang naik mendadak itu. Mereka mungkin tak bayar bil lektrik kerana penggunaan tidak melebihi RM 20.00.

Akan tetapi hari hari mereka makan dan minum. Kena bayar dengan barangan yang semakin hari semakin tinggi dan membebankan.

Apakah yang terjadi kepada rakyat apabila sara hidup begitu tinggi. Yang kaya mungkin tidak terbeban, tetapi yang msikin tetap terasa menderita.

Macam mana rakyat boleh hidup bahgia dan senjahtera.sedangkan sara hidup begitu tinggi. Tidakkah menipu namanya.