Monday, March 7, 2016

Sebagai seorang Islam


Kita sedia maklum bahawa Islam ertinya tunduk dan patuh kepada Tuhan semesta alam (Allah).

Ia terhabagi kepada dua, pertama ialah istislam qasri iaitu tunduk secara paksa. Yang kedua,istislam ikhtiyari,ia itu tunduk secara sedar keatas keinginan sendiri.

Pembahagian pertama, dilihat kepada kepatuhan manusia kepada sunnatullah (hukum alam) didalam hal penciptaan, keabdian dan kefahamannya serta semua makhluk sebagai manusia secara mutlak menyerah dan tunduk kepada Allah subhanahu wataala secara terpaksa.

Pembahagian kedua, dilihat atas kepatuhan manusia kepada Allah Tuhan semesta alam diatas dasar keinginan sendiri dan kesedaran.

Kepatuhan secara sedar ini pada dasarnya berada didalam hati dan gejalanya nampak diluar. Ia adalah kepatuhan terhadap ketentuan Allah subhanahu wataala. Inilah inti dan kandungan agama yang dikehendaki oleh Allah untuk hamba hambanya sepertimana firmannya yang bermaksud:

“ Sesungguhnya agama disisi Allah adalah islam” (surah al Imran ayat 19).
Dengan demikian, Islam adalah merupakan agama daripada semua nabi sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya kami, para nabi memilki satu agama”. Bermakna semua nabi nabi beragama Islam.

Agama para nabi ini iaitu kepatuhan secara sedar dan secara mutlak kepada Allah subhanahu wataala yang dikenali sebagai agama tauhid sepertimana firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembah dia (Allah), inilah jalan yang lurus” (surah Ali-Imran ayat 51)

Hal itu, dilihat sebagai bentuk kepatuhan kepada ketentuan Allah subhanahu wataala (syariat) yang boleh sahaja berbeza dan beragam sesuai dengan perbezaan para nabi dan ada manusia yang salahfaham mengatakan ada agama sarmawi lain selain daripada Islam.

Semacam lojik ada agama sarmawi (agama langit) lain selain Islam, kerana kebanyakan kita mengatakan dan bersetuju agama Islam datang kemudian. Pada hal agama Islam datang bersama para nabi yang bermula dengan Nabi Adam AS dan disempurnakan di zaman nabi Muhammad SAW.

sepertimana firman Allah yang bermaksud: pada hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah aku cukupkan atas kamu nikmatku dan aku radha Islam sebagai agama kamu” (surah al-Maidah ayat 3)

Bagi kukukan bukti lihat firman Allah yang bermaksud: “ Katakanlah, sesungguhnya aku telah ditunjuki Tuhanku ke jalan yang lurus, iaitu agama yang betul, agama nabi Ibrahim yang suci dan tidak dia (Ibrahim) itu dikira dari orang orang musyrik” (surah An’am ayat 161)

Sangat tidak lojik jika kita andakan Kitab kitab Allah seperti Zabur, Taurat dan injil bukan kitab agama Islam. Kitab agama Islam hanya Al Quran yang di wahyukan kepada Nabi Muhammad  SAW sahaja.

Kitab Zabur, Taurat dan Injil telah diselewengkan oleh Yahudi dan Nasrani dan dijadikan agama baru yang dipesongkan. Islam bukan agama baru sepertimana kebanyakan kita fahami.Islam disempurnakan kemudian dengan kitab yang diberi nama Al Quran.

Bukan setakat itu sahaja, malah ada nabi nabi dibunuh kerana pengikut pengikutnya tidak sekali kali akan setuju dengan agama tauhid yang diturunkan kepada nabi nabi, termasuk Nabi Musa AS dan nabi Isa AS.

Yahudi dan nasrani mengubah kitab kitab Allah dan membunuh Nabi nabi termasuk membunuh nabi Isa AS dengan alasan sebagai penebus dosa tanpa disedari tindakan tersebut semata mata untuk mengadakan agama baru yang dipesongkan.

Sedangkan kita sedia maklum bahawa Allah tidak akan terima agama lain selain Islam .Firman Allah yang bermaksud: “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam,maka sekali kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya dia diakhirat termasuk orang orang yang rugi.” (surah surah al imran ayat 85)

 Definisi Islam secara istilah, didalam pengertian syar’ie.Lafaz Islam secara khusus diertikan sebagai syariat (ketentuan) yang diturunkan dan diwahyukan oleh Allah subhanahu wataala kepada nabi Muhammad SAW dan nabi disuruh untuk menyampaikannya kepda manusia. 

Suruhan atau perintah itu wajib patuh dan tunduk kepada Allah subhanahu wataala. 

Maka syariat yang diturunkan dan perintah Allah subhanahu wataala kepada manusia secara keseluruhan untuk tunduk kepadanya.itulah islam yang diterima di sisi Allah subhanahu wataala. Umat manusia wajib untuk menjadikan Islam sebagai agama.Allah subhanahu wataala tidak akan menerima apa pun dari seseorang yang tidak menjadikan Islam sebagai agama.


Thursday, March 3, 2016

Benarkah nenek moyang kita kafir?



Bercakap pasal nenek moyang kita tidak dinafikan ada yang kafir dan ada yang Islam.Nabi nabi semuanya Islam.

Islam adalah merupakan agama daripada semua nabi. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya kami, para nabi memiliki satu agama. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya agama disisi Allah SWT adalah Islam”

Tetapi hari ini, Kmuhammad berkata nenek moyang dia adalah kafir.Pada penulis Nabi nabi, termasuk Adam dan Hawa adalah Islam. Maka nenek moyang penulis adalah Islam.

Penulis yakin kmuhamad tak kata Adam itu kafir. Yang dia maksudkan nenek moyang dia kafir bukan Adam AS.Mungkin keturunannya yang terdekat iaitu Muhmmad bin kamil bin Ali bin Cheng lok.

Nenek moyang suatu istilah yang umum pada kmuhammad dan mungkin datuknya islam neneknya islam tetapi yang kafir mungkin keturunan keluarganya yang teratas.

Oleh itu, penulis lebih setuju istilah nenek moyang itu adalah para para nabi dan para para Rasul yang ratusan jumlahnya itu.

Nampknya dengan jelas hujah kmuhammad ketika komen rencana penulis bertajul biar memerintah dahulu itu adalah hujah suka suka dan bukan hujah ilmiah.

Mengapa penulis berkata demikian. Kerana hujah itu tidak ada asas yang kukuh. Lebih lebih lagi kmuhmmad tak terima status qua orang kafir dalam Quran.

Mengapa Allah kata orang orang yahudi dan Nasrani tak bersetuju dengan Islam. Tujuannya untuk kita mengkenali kafir dan islam. Itu garis panduan agar kita tidak keliru dan sesat sesatnya.

Seperkara lagi, supaya kita tak jadi macam kafir dan dan ikut kafir. Apakah kmuhammad tak percaya dengan Allah. Tak percaya dengn al Quran kafir.jadi kafir.Redha dengan kafir jadi kafir.

 Kmuhammad kata nenek moyang dia kafir. Penulis tetap yakin nenek moyang penulis Islam. Adam AS Islam. Hawa islam.

Macam mana kmuhammad boleh dakwa nenek moyangnya kafir. Allah benci dengan kafir.kerana kafir adalah musuh Allah musuh Rasulullah dan musuh agama islam.

Allah benci dengan kafir. Kalau tak benci dengan kafir mengapa Allah nyatakan kafir kekal dalam neraka.

Tak benci dengan kafir bermakna kita redha dengan kafir. redha dengan kafir ,jadi kafir. itulah yang penulis faham.

Kalau Rasulullah SAW suka dengan kafir mengapa Rasulullah SAW halau yahudi dari bumi Madinah.

Rasulullah SAW tak maaf dengan Yahudi. sebab itu dihalaunya yahudi keluar dari bumi Madinah dan perintah Saidina Umar RA halau semua yahudi yang ada diatas bumi Madinah.

Ini menujukkan orang orang kafir semua sekali tidak redha dengan islam, tak kiralah dia china ke dia India ke.dia Arab ke dan dia Melayu ke.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang orang yang beriman jika kamu taatkan orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang orang yang rugi. Jangan kamu taat mereka Bahkan taatlah kepada Allah pelindung kamuDan dialah sebaik baik penolong” (surah A li Imran ayat 149-150)


Wednesday, February 24, 2016

Mat Sabu oh Mat Sabu



Tidak lama dahulu ramai orang marah kat penulis. Mereka marah kat penulis apabila penulis kata Mat Sabu tak tahu urus emosi.

Sekarang sudah nyata Mat Sabu yang popular sepanjang berada dalam parti PAS sudah mula mengamuk dan menuduh itu dan ini dalam satu siri ceramah.

Mat Sabu rasa dirinya popular apabila menang dua kali dengan jawatan timbalan presiden.Malah beliau syok sendiri dalam siri ceramah yang mendapat sambutan lebih ramai berbanding siri ceramah presiden.

Rasa yakin jadi kuat kerana sudah hampir pasti ada harapan untuk jadi presiden parti islam se Malaysia dalam muktamar agung tahunan pememilihan presiden, timbalan dan naib naib presiden.

Belum sempat dicalonkan untuk bertanding lawan presiden, mat Sabu yang bertanding jawatan timbalan presiden lawan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kalah teruk.

Bukan Mat Sabu sahaja yang kalah teruk, malah golongan G18 yang benci presiden kalah belaka kecuali Mazlan Aliman yang kekal.

Pada yang marah kat penulis tempohari boleh fikir dan fikir betapa benarnya kata penulis bahawa Mat Sabu tak tahu urus emosi dan tergamak mengamuk sakan dalam satu majlis cermah sehingga pembesar suara menjadi mangsa.

Sehubungan dengan itu, bukan Mat sabu sahaja yang tak tahu urus emosi, malah rakan rakannya termasuk Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar turut tak tahu urus emosi miskipun masih kekal sebagai  batu api dalam Pas sekarang.

Penulis berani berkata selain Husam dan mahfuz, masih ramai lagi orang yang duduk dalam parti Pas kini telah, sedang dan akan bertindak  sebagai api dalam sekam, gunting dalam lipatan dan duri dalam daging.

Kata kata tersebut pernah disebut banyak kali oleh Datuk Dr Harun Din, ketika jadi timbalan mursyidul Am agar Pas waspada dengan gerakan golongan tersebut.

Penulis berani mengatakan Mat Sabu, walapun dapat RM 15,000 sebelun dengan DAP, akan tetapi kelihatan sudah dipijak kepalanya. Terutama sekali untuk dijadikan batu loncatan  agar dalam PRU 14 nanti DAP dapat tambah kerusi parlimen melebihi 39 kerusi.

Maka berbaloilah pelaburan yang dilaburkan terhadap orang orang Melayu yang tidak tahu urus emosi itu.

Sebelum ini DAP mendapat untung besar dari menang 10 kerusi parlimen dan tambah 39 kerusi,dengan alasan pas tak rugi  bekerjasama dengan parti anti islam itu.

Kini baru tahu, rupa rupa kata kata presiden pas tak rugi itu jadi terbalik kot dan rata rata bersetuju DAP telah mengkhianti kerjasama, macam Yahudi mengkhianati perjanjian kerajaan Madinah yang di terajui Nabi Muhammad SAW.

Jika perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan Yahudi telah dikhianati. Apatah lagi dengan kerjasama antara DAP dengan Pas dalam pakatan rakyat. kerana manusia suatu zaman nanti menjadi lebih buruk dan babrak lagi berbanding dizaman kerajaan Madinah.

Kafir modern lebih kejam dan zalim berbanding kafir zaman silam. Bukit, Yahudi telah membunuh dua juta rakyat palestin dan meracun 250 kanak kanak palestin di kem Sabra dan Satilla. Merogol, membedah perut wanita mengandung dan membunuh umat Islam di Bosnia.

Bukti terdekat dengan kita. peristiwa 13 Mei, umat islam di Kuala Lumpur di perlakukan dengan kejam dan zalim oleh kafir modern dan tidak musthail akan berulang kembali apabila umat islam gagal mempertahankan kuasa memerintah Negara.

 

Wednesday, February 17, 2016

Bila Pas hendak join umno



Judul diatas ini merupakan Pertanyaan mantan Ketua Pengarah Biro Tatanegara Malaysia (BTN) Datuk Raja Ariff bin Raja Ali.

Soalan ini dilemparkan kepada penulis ketika dalam majlis walimatulurus keluarganya dan juga keluarga penulis.

Soalan itu segera disambut penulis dengan jawapan yang berbunyi: mungkin selepas pilihanraya umum ke 14 nanti.

Kata Datuk Raja Ariff, molek sekarang. Bukan selepas PRU 14. Itu sudah terlambat . Kalau mahu lebih baik sekarang ini.

Sehubungan dengan itu, beliau memberitahu penulis yang dia dah jumpa Datuk Seri Mohd Najib Razak dan bercakap mengenai pas nak join umno ini.

Perdana menteri yang penuh dengan kontroversi ini memberi jawapan yang berbunyi: kita serius untuk bekerjasama dengan pas.

Bermakna perkara ini bukan main main atau suka suka. Memang umno sangat serius untuk menerima pas semula setelah ditendang oleh Tun Husein Onn dahulu.

Atas sebab itu, timbul pula persoalan mengapa pas masih tidak mahu join umno, sedangkan umno sangat sangat serius untuk menyatukan orang Melayu yang sudah lama berpecah itu.

Umno memerlukan pas untuk memperkasakan kerajaan umno/BN,sedangkan pas seolah olah tidak memerlukan umno, sebaliknya lebih selesa kekal dengan pakatan rakyat dan sokongan orang bukan Islam sehingga pru 14 nanti.

Sudah barang tentu ada yang tersurat dan tersirat punca pas masih tidak mahu join dengan umno dan hanya mahu bekerjasama sepertimana yang penah berlaku selama ini.

Datuk Seri Mohd Najib Razak sepertimana yang diberitahu Datuk Raja Ariff bin Raja Ali sangat serius dan bukan main main.

Tengok pada gaya, tindakan kepimpinanya  sebelum ini, tak mustahil pas akan join dengan umno suatu masa nanti, kerana memang pas tak pernah serik untuk bekerjasama, hatta dengan parti kafir harbi sekalipun.

Jika pas boleh bekerjasama dengan parti kafir (DAP) dan kini masih mengharapkan orang bukan islam (China/India) memberi sokongan tak mustahil akan join dengan umno yang semakin hari semakin lemah dek kepimpinan yang redha dengan penyalahgunakuasa yang bermaharajalela.


Saturday, February 13, 2016

Yang di Pertuan Agung tidak ada kuasa?



Tahun 2016 orang politik dan penganalisis politik mengharapkan raja raja Melayu campur tangan dengan status politik satu Malaysia yang diterajui perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Macam mana mengharapkan raja raja Melayu sedangkan raja raja Melayu memang tidak ada sebarang kuasa untuk campur tangan dalam arena politik tanahair.

Raja raja melayu boleh bertindak atas nasihat majlis mesyuarat kerajaan negeri masing masing.Raja raja Melayu memang tidak ada sebarang kuasa untuk bertindak dan campur tangan terhadap menteri besar dan ketua menteri (Pulau Pinang dan Melaka).

Dua tiga hari ini ada pihak yang mengharapkan Yang di Pertuan Agung campur tangan untuk menyelamatkan satu Malaysia.

Jika raja ra Melayu tiada ada sebarang kuasa mengenai status politik satu Malaysia apatah lagi Yang di Pertuan Agung.

Yang di pertuan Agung boleh bertindak atas nasihat perdana menteri. Bermakna yang di pertuan Agung tidak boleh bertindak suka sukanya, hatta Negara satu Malaysia ini sudah diancam bahaya.

Yang di di pertuan Agung boleh bertindak dengan nasihat perdana menteri.Yang di pertuan Agung tidak boleh buat suka suka hatinya.

Kuasa besar dalam Negara satu Malaysia ini tidak lain dan tidak bukan ialah rakyat jelata. Rakyat jelata punya kuasa untuk campur tangan dalam politik untuk menyelamatkan Negara satu Malaysia.

Rakyat jelata pula terbahagi kepada dua. Satu, penyokong kerajaan yang memerintah satu Malaysia. Satu lagi, penyokong parti pembangkang yang bertungku lumus untuk menumbangkan kerajaan yang memerintah.

Sehingga PRU 13 dan hari ini parti pemerintah (umno/BN) masih belum dapat dikalahkan oleh parti pembangkang (pakatan rakyat).malah semakin hari semakin rakus dan  bermaharajalela menyalahgunakuasa yang di amanahkan rakyat jelata.

Oleh kerana, raja raja melayu dan yang di pertuan agung tidak punya kuasa, maka kita mengharapkan rakyat jelata yang ada kuasa besar disisi demokrasi untuk menumbangkan kerajaaan (umno/BN) dalam PRU 14 nanti.

Itulah yang boleh kita harapkan. Hendak harapkan raja raja Melayu dan yang di pertuan Agung jauh sekali, kerana raj araja melayu boleh bertindak atas nasihat kerajaan negeri masing masing. Manakala yang dipertuan Agung pula boleh bertindak  atas nasihat perdana menteri Datuk Seri Mohad Najib Razak.