Kita sedia maklum bahawa Islam ertinya tunduk dan patuh kepada Tuhan semesta alam (Allah).
Ia terhabagi
kepada dua, pertama ialah istislam qasri
iaitu tunduk secara paksa. Yang kedua,istislam
ikhtiyari,ia itu tunduk secara sedar keatas keinginan sendiri.
Pembahagian
pertama, dilihat kepada kepatuhan manusia kepada sunnatullah (hukum alam)
didalam hal penciptaan, keabdian dan kefahamannya serta semua makhluk sebagai
manusia secara mutlak menyerah dan tunduk kepada Allah subhanahu wataala secara
terpaksa.
Pembahagian
kedua, dilihat atas kepatuhan manusia kepada Allah Tuhan semesta alam diatas
dasar keinginan sendiri dan kesedaran.
Kepatuhan
secara sedar ini pada dasarnya berada didalam hati dan gejalanya nampak diluar.
Ia adalah kepatuhan terhadap ketentuan Allah subhanahu wataala. Inilah inti dan
kandungan agama yang dikehendaki oleh Allah untuk hamba hambanya sepertimana
firmannya yang bermaksud:
“ Sesungguhnya agama disisi Allah
adalah islam” (surah
al Imran ayat 19).
Dengan
demikian, Islam adalah merupakan agama daripada semua nabi sepertimana sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya
kami, para nabi memilki satu agama”. Bermakna semua nabi nabi beragama
Islam.
Agama para
nabi ini iaitu kepatuhan secara sedar dan secara mutlak kepada Allah subhanahu
wataala yang dikenali sebagai agama tauhid sepertimana firman Allah yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu
Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembah dia (Allah), inilah jalan yang lurus” (surah
Ali-Imran ayat 51)
Hal itu,
dilihat sebagai bentuk kepatuhan kepada ketentuan Allah subhanahu wataala
(syariat) yang boleh sahaja berbeza dan beragam sesuai dengan perbezaan para
nabi dan ada manusia yang salahfaham mengatakan ada agama sarmawi lain selain
daripada Islam.
Semacam
lojik ada agama sarmawi (agama langit) lain selain Islam, kerana kebanyakan
kita mengatakan dan bersetuju agama Islam datang kemudian. Pada hal agama Islam
datang bersama para nabi yang bermula dengan Nabi Adam AS dan disempurnakan di
zaman nabi Muhammad SAW.
sepertimana
firman Allah yang bermaksud: pada hari
ini telah aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah aku cukupkan atas kamu
nikmatku dan aku radha Islam sebagai agama kamu” (surah al-Maidah ayat 3)
Bagi kukukan
bukti lihat firman Allah yang bermaksud: “
Katakanlah, sesungguhnya aku telah ditunjuki Tuhanku ke jalan yang lurus, iaitu
agama yang betul, agama nabi Ibrahim yang suci dan tidak dia (Ibrahim) itu
dikira dari orang orang musyrik” (surah An’am ayat 161)
Sangat tidak
lojik jika kita andakan Kitab kitab Allah seperti Zabur, Taurat dan injil bukan
kitab agama Islam. Kitab agama Islam hanya Al Quran yang di wahyukan kepada
Nabi Muhammad SAW sahaja.
Kitab Zabur,
Taurat dan Injil telah diselewengkan oleh Yahudi dan Nasrani dan dijadikan
agama baru yang dipesongkan. Islam bukan agama baru sepertimana kebanyakan kita
fahami.Islam disempurnakan kemudian dengan kitab yang diberi nama Al Quran.
Bukan setakat
itu sahaja, malah ada nabi nabi dibunuh kerana pengikut pengikutnya tidak sekali
kali akan setuju dengan agama tauhid yang diturunkan kepada nabi nabi, termasuk
Nabi Musa AS dan nabi Isa AS.
Yahudi dan
nasrani mengubah kitab kitab Allah dan membunuh Nabi nabi termasuk membunuh
nabi Isa AS dengan alasan sebagai penebus dosa tanpa disedari tindakan tersebut
semata mata untuk mengadakan agama baru yang dipesongkan.
Sedangkan
kita sedia maklum bahawa Allah tidak akan terima agama lain selain Islam .Firman
Allah yang bermaksud: “Barangsiapa
mencari agama selain agama Islam,maka sekali kali tidak akan diterima (agama
itu) daripadanya dia diakhirat termasuk orang orang yang rugi.” (surah
surah al imran ayat 85)
Definisi Islam secara istilah, didalam
pengertian syar’ie.Lafaz Islam secara khusus diertikan sebagai syariat
(ketentuan) yang diturunkan dan diwahyukan oleh Allah subhanahu wataala kepada
nabi Muhammad SAW dan nabi disuruh untuk menyampaikannya kepda manusia.
Suruhan
atau perintah itu wajib patuh dan tunduk kepada Allah subhanahu wataala.
Maka
syariat yang diturunkan dan perintah Allah subhanahu wataala kepada manusia
secara keseluruhan untuk tunduk kepadanya.itulah islam yang diterima di sisi
Allah subhanahu wataala. Umat manusia wajib untuk menjadikan Islam sebagai
agama.Allah subhanahu wataala tidak akan menerima apa pun dari seseorang yang tidak
menjadikan Islam sebagai agama.
2 comments:
Tahniah anda tulis kisah islam dari tulis sokong pas yg dah bercampur dengan kepentingan pribadi segolongan pemimpin..tulisan politik anda menggambarkan orang ganu tidak tahu selok belok politik..memalukan
Sebagai orang islam kita kena pegang pada janji tak boleh khianat..kalau dah janji kwrusi untuk pkr kenapa hj hadi lawan pkr dlm pru lalu..khianat..akibatnye umno yg menang..ciri ulamak?
Post a Comment