Saturday, March 12, 2016

Kenapa kita mudah sangat ditipu



19 February 2016 (jumaat) ustaz Hamzah Ngah ketika berkutbah di masjid At-Takwa Batu Enam ada bertanya kenapa kita mudah sangat ditipu.

26 February 2016 (jumaat) ustaz Ismail Mamat ketika berkutbah di masjid yang sama juga ada menyebut perkataan yang berbunyi: kita ditipu.

Mudah sangat di tipu dan kita ditipu suatu isu yang sama. Memang kita mudah sangat ditipu dan kita ditipu, terutama sekali oleh musuh kita.

Anda pernah ditipu. Kalau anda pernah ditipu. Kenapa? Pasti ada yang tak kena dengan keputusan yang anda buat.

Penulis pernah ditipu. Tak banyak.Ada orang kena ratusan ribu ringgit, malah ada orang kena tipu sampai jutaan ringgit.kesian.

Kenapa? kerana tertarik dan terpesona dengan tawaran yang dibuat dan percaya bahawa ia menguntungkan.Yang peliknya mereka yang kena tipu ini tak mengaku yang dia kena tipu.

Mengapa mungkin malu,takut dilabel sebagai bodoh.kerana lazimnya, orang bodoh sahaja yang kena tipu.manakala yang cerdik tak mudah ditipu.

Sekarang, kita sudah ada jawapannya. kenapa kita mudah sangat di tipu?kerana tidak lain dan tidak bukan dek salah ketika membuat keputusan.Salah diri sendiri.Tapi payah nak mengaku yang aku kena tipu.

Mengapa kita sering salah buat keputusan. Pertama, salah faham. Allah larang kita bertindak atas “sangkaan”.sepertimana firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang orang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangka itu adalah dosa” (surah al- Hujuraat ayat 12).

Kita dilarang bersangka buruk ( buruk sangka) dan juga dilarang bersangka baik (baik sangka). Tapi kita fahami hanya bersangka buruk (buruk sangka) sahaja yang dilarang.manakala baik sangka boleh dan harus dijadikan amalan.

Sebut sahaja sangkaan ia adalah dilarang meskipun baik. Mengapa? Kerana ia adalah sangkaan semata mata bukan suatu yang benar.palsu.

Realiti hari ini kita dilarang bersangka buruk sahaja, manakala bersangka baik dijadikan amalan dengan alasan kita tidak boleh bersangka buruk dan kena bersangka baik dengan manusia.

Bolehkah kita bersangka baik dengan penjenayah, sedangkan kita sudah kenalpasti dia seorang penyamun.Sudah tentu sama sekali tak dibolehkan. Malah jatuh wajib kita memberitahu kepada umum, ini penyamun.atau ini penipu.Apatah dengan kafir taknatullah.

Kita dilarang bersangka baik dengan kafir.kerana kafir adalah musuh Allah, musuh Rasulullah SAW dan musuh Islam.

Malangnya masih ada orang Islam yang menganggap kafir bukan musuh dan kita kena buat baik kerana dia juga manusia..Ingat, sifat orang munafik, mereka gemar dan cenderung menolong orang orang kafir.

Perkara berbaik sangka dengan kafir ini telah di praktikkan oleh umat islam Palestin menerusi perjanjian demi perjanjian dan akhirnya  yahudi mengkhianati perjanjian yang dibuat akibatnya sudah 2 juta umat islam dibunuh dengan kejam sehingga hari ini.

Pada penulis, jika bersangka baik dengan kafir pasti akan masuk perangkap dan terperangkap dan ditipu bulat bulat.Kini sudah 1.2 juta kanak kanak keturunan arab diculik untuk diyahudikan.

Inilah punca kita mudah sangat ditipu. Mengapa? Kerana kita bersangka baik dengan orang kafir yang dilarang oleh Allah. Tidak dinafikan  Allah ajar kita hendaklah berlaku adil (kerajaan) dengan sesiapa,(manusia) tetapi wajarkah kita percaya dengan kafir yang menjadi musuh Allah itu.

Lihat firman Allah yang bermaksud:  “Wahai orang orang yang beriman jika kamu taatkan orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang orang yang rugi. Jangan kamu taat mereka. Bahkan taatlah kepada Allah pelindung kamu Dan dialah sebaik baik penolong” (surah A li Imran ayat 149-150).

Itulah punca kita mudah sangat ditipu.Kita taat dengan orang kafir dan tak taat dengan Allah dan Rasulullah SAW.

Allah larang sangkaan.kita kata,Allah larang sangka buruk sahaja dan  tak larang sangka baik. Padahal  kedua dua itu adalah sangkaan belaka yang jelas dan nyata suatu larangan yang mesti kita patuhi.

Jangan bersangka baik dengan orang orang yang kita tak kenalpasti peranginya. Dan tidak boleh bersangka buruk dengan orang orang yang kita  kenalpasti baik perangainya.Malah dilarang bersangka buruk dengan Allah dan Rasululah SAW.



2 comments:

Lebai Roger said...

Bukan buruk sangka dah.....memang Pas telah ditipu ameno........yg menipu memang berdosa tapi yg kena tipu laksana tak beriman.......cakap pasal islam bagai bom atom, tapi hmmm kentut ja pada hakikat nya. Itu lah pasal Pas kena tipu.

Anonymous said...

Hj hadi dan PAS yg mudah ditipu oleh najib dan umno.ada baik kalau penulis nasihatkan Pas supaya tidak kena tipu lagi.umno suruh buang mat sabu dan geng 18 ygtelah kuatkan pas hadi pun buang dengan cai.umno tipu hudud hadi dan pas senyap..orang kena tipu dengan musuh kerana bodoh.