Sunday, June 8, 2008

Apa kata orang Terengganu terhadap Anwar diramal masuk UMNO

Sebelum seorang penganalisis politik meramalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat permohonan menyertai semula UMNO, orang Terengganu, terutama sekali penulis yang pernah berkata memang ya.

Datuk Abu Bakar Chik dikatakan juga setuju dengan ramalan itu, kerana Anwar Ibrahim, memang selama-lamanya sudah menyimpan cita-cita untuk menjadi perdana menteri Malaysia.

Sebelum ini beliau pernah menyebut demikian atas sebab betapa sukarnya Datuk Seri Anwar membuat keputusan untuk menyerti mana-mana parti.Tapi ramai ahli-ahli Umno melambai-lambai tangan.

Sehingga sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim belum menjadi mana-mana “ahli” baik kepada Parti keadilan rakyat sekalipun.

Asasnya ialah menyertai Umno dengan “ijtihad politik” atas nama agama apabila “kesilapan dapat satu pahala” dan “jika betul mendapat dua pahala”.Sebab-sebab beliau berbuat demikian, kerana tidak mendapat restu mesyuarat sampai 3 pagi.

Akhirnya beliau Umno hasil usaha yang pernah dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah keluar parti bersama tiga orang pengikut setianya iaitu Sanusi Juned, Tun Dr Hasmah dan Makhzani.

Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad tidak berbuat demikian. Penulis tidak tahu mengapa anak didik tidak menerima ajakan bapaknya yang berikrar akan masuk semula Umno jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan.

Mengapa Anwar akan memohon semula untuk masuk Umno, tidak lain tidak bukan bahawa parti itu adalah satu-satunya wadah bagi membolehkan beliau mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Kata orang Terengganu yang dekat dengan para pemimpin Pas adalah munasabah, kerana beliau ketika diajak menyerti Pas memberi jawapan yang dia sekali kali tidak akan masuk Pas.

Ini dapat kit baca analisa Pengarah Institut Pengajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin bahawa ada tanda-tanda jelas perkara itu akan berlaku.

Kita tidak tahu sama ada ia akan berlaku dalam masa terdekat ini atau sebaliknya. Tapi boleh diambil kira dengan permohonan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor untuk menyertai UMNO baru-baru ini.

Mohamad Ezam Mohd Noor sebelum ini telah menuduh Anwar dengan berkata, Anwar bukan orangnya yang berupaya membela nasib Melayu disebut oleh orang Terengganu itu hanya mainan orang politik sahaja.

Kata Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, kemasukan bekas orang kuat Anwar itu tidak boleh dilihat sebagai 'Kuda Trojan' seperti disangka banyak pihak sebaliknya beliau adalah 'landasan kereta api' bagi membuka laluan untuk bekas Timbalan Perdana Menteri itu kembali kepada UMNO.

Penulis rasa itulah kaedah yang sebaik-baiknya, kerana orang boleh tertipu dengan sepak terajang politik licik Anwar dan orang-orangnya. Sebagi Contoh masih ramai orang Anwar kekal didalam Umno, termasuk Profesor Dr Sidek Baba.

Beliau pernah menyatakan kalau bukan kita siapa lagi yang akan berdakwah orang Umno yang sesat jauh.

Kata Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin Kejutan''Saya tidak pasti sama ada ramalan ini akan menjadi kenyataan atau tidak tetapi semua orang tahu bahawa banyak kejutan sering berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini,"

Baru-baru ini di muka depan akhbar siasah menggunapakai judul “57 peratus mahu Anwar PM” melalui satu kajian yang dibuat oleh sebuah badan di Lembah Kelang bahawa 57 peratus penduduknya bersetuju menjadi perdana Menteri.

Kajian itu tidak menyebut melalui parti mana. Pakatan rakyat ke atau Umno, tapi itulah kemahuan penduduk lembah Kelang antara pusat yang tersangat popular dalam serba serbi selepas Bukit Bintang.

Anwar akan masuk semula bukan dibuat melalui kajian, tetapi ianya disebut Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin pada sesi dialog selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Pembangunan Negara Bangsa dan Negara Etnik di Malaysia pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-22 tidak lama dahulu.

Menurut Shamsul Amri, bukti bahawa Anwar masih berminat untuk kembali kepada UMNO jelas apabila beliau sehingga kini tidak pernah membuat permohonan menjadi ahli PKR walaupun beliau adalah Penasihat parti itu.

Bercakap pasal 57 peratus mahu Anwar PM Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, Anwar juga akan memilih UMNO kerana merasakan bahawa beliau hanya akan menjadi Perdana Menteri selama '25 minit' sekiranya dapat memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai pakatan pembangkang.

Kata beliau lagi ''Perkara ini boleh berlaku kerana pakatan terbabit sebenarnya tidak kukuh dan terdapat kemungkinan Pas akan keluar dan bergerak bersendirian.

''Kita juga harus ingat bahawa yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk menolak pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dan apa yang berlaku di Terengganu membuktikan kemungkinan ini tidak boleh diabaikan," ujarnya.

Tambah beliau, Anwar dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapat sokongan di kalangan ahli-ahli UMNO kerana beliau dilihat mempunyai pengaruh di peringkat antarabangsa.

''Sebelum ini terdapat jangkaan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi sokongan terhadap beliau semakin berkurangan kerana dilihat terlalu banyak bersikap mendiamkan diri membabitkan isu-isu berkaitan perubahan kepimpinan negara," katanya.

No comments: