Sunday, June 1, 2008

Mampukah Datuk Ahmad Said perbetulkan benda yang tidak betul

Kebanyakan rakyat Terengganu “negeri cantik budaya menarik ini” percaya kepada Datuk Ahmad Said, Menteri besar baru Terengganu yang ada misi dan visi itu berupaya untuk memperbetulkan apa-apa yang tidak betul

Apabila kita baca kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh Datuk Ahmad Said menteri besar baru Terengganu, maka fahamlah kita dengan apa-apa yang dilaksanakan sepanjang empat tahun Datuk Seri Idris Jusoh menjadi peneraju.

Baca oh baca, maka dapatlah kita buat kesimpulan bahawa apa-apa yang dilaksanakan pada zaman Datuk Seri Idris Jusoh, hampir semua program dan projek baik yang mewah mahu yang tidak mewah rupa-rupanya tidak “betul” disisi Menteri Besar baru. Bermakna “belut”berlaka yang berlaku. Pendek kata apa-apa yang dilaksanakan tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Demikian juga dengan piala Monsun Cup yang disifatkan oleh bekas EXCO Datuk Wan Hisham Wan Salleh, sebagai program yang menguntungkan penduduk Pulau Duyung khasnya. Itu hanya dakwaan sahaja, sedangkan orang Pulau Duyung sendiri menyatakan tiada satu manfaat yang diperolehinya.

Atas sebab itu Senator Roslan Awang Chik, mahu supaya program membazirkan wang itu diberhentikan segera. Mampukah Datuk Ahmad Said berbuat demikian. Kalau beliau benar-benar mahu memperbetulkan yang tidak betul sudah tentu diberhentikan.

Bukan setakat tidak mendapat sebarang manfaat kepada penduduk Pulau Duyung, malah telah dipinggirkan, termasuk janji “orang Duyung dapat rumah berharga RM100,000 hanya bayar harga RM40,000. sahaja. Murah memang murah, tetapi janji itu hanya tinggal janji. Juga Turut dinafikan haknya, kerana rumah itu hanya untuk disewa sahaja. Bukan untuk dimiliki. Mereka tertipu lagi.

Khabarnya yang dapat faedah ialah lebih 50 peratus wakil rakyat dipilih oleh rakyat dalam musim pilihanraya umum ke 11 dahulu.Bererti 16 atau 18 orang wakil rakyat sahaja yang dapat faedah dari 28 orang.

Sesetengah mempertikaikan piger itu, lantas berkata hampir semua wakil rakyat Umno dapat faedah, termasuk beberapa orang yang bergelar “Ustaz” yang bukan sahaja hidup bergaya malah kelihatan begitu mewah.

Sebagai bukti, lebih lima puluh peratus wakil rakyat dahulu sombong. Bukan setakat sombong, tapi angkuh, malah mereka itu tidak hairau akan rakyat, kerana sibuk kumpul harta. Ini telah dinyatakan oleh Senator Datuk Roslan Awang Chik yang juga pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu.

Sikap seumpama itu suatu yang tidak betul dan perlu diperbetulkan. Atau dengan kata lain ianya kelihatan “kotor” yang bererti “tidak bersih” yang perlu dibersihkan supaya kelihatan “bersih” dan “suci.”sesuai dengan prinsip MB yang tidak suka di ampu bodek.

Jika pakai kain “kotor” pasti dibasuh supaya bersih. Demikian juga tugas Datuk Ahmad Said, menteri besar Terengganu yang buat kenyataan demi kenyataan yang dia sangat prihatin dengan apa yang tidak betul yang dilaku oleh Menteri Besar dahulu.

Kalau kita kata yang Datuk Ahmad Said hanya “cakap tak serupa bikin” ada yang bangkit berkata jangan prejudis dahulu. Tengok dahulu. Mana tahu bukankah belaiu baharu sahaja dilantik menerajui negeri Terengganu ini.

Yang peliknya sudah apa orang PAS yang percaya dan yakin, Datuk Ahmad Said boleh betul apa yang tidak betul. Memang boleh percaya, kerana beliau sejak menjadi MB ini kelihatan begitu lantang berbangkit perkara-perkara yang tidak betul.

Bukan setakat percaya dan yakin, tetapi sudah ada pihak yang melabelkan Datuk Ahmad Said, “badannya” Umno “hatinya” PAS. Sampai begitu sekali. Begitulah ukuran sesetengah pihak tanpa menyedari Ahmad Saidlah orang yang pernah di siasat Badang Pencegah Rasuah (BPR).

Barangkali anda semua sudah lupa dengan keputusan yang dibuatnya ketika melantik barisan EXCO yang membabitkan tujuh orang muka baru dan tiga orang muka lama yang di kekalkan.

Kalau beliau benar-benar mahu perbetulkan perkara yang tidak bertul, atau dengan kata lain mahu membersihkan kekotoran yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Idris Jusoh mana mungkin tiga muka lama dilantik semula.

Tiga muka lama yang dilantik semula itu, mereka adalah merupakan wakil rakyat yang sibuk kumpulan harta yang disebut oleh Senator Datuk Roslan Awang Chik tidak lama dahulu. Beliau kelihatan sangat-sangat mengharapkan berlaku perubahan dalam kerajaan Terengganu kearah memberi manfaat kepada semua rakyat, bukan untuk dikaut oleh wakil rakyat-wakil rakyat sahaja.

Kenyataan itu tidak dinafikan oleh sesiapa pun. Bermakna ianya suatu yang benar sebenarnya.Tetapi mereka lantik semula sebagai EXCO. Jika beliau berkeinginan atau cenderung untuk perbetulkan perkara yang tidak betul,mustahil orang yang jelas tidak betul diambilnya semula.

Cerita terbaru yang penulis dengar bahawa “Mie” orang kuat Datuk Seri Idris Jusoh datang berjumpa Datuk Ahmad Said meminta menandatangani surat kelulusan satu kawasan “balak” bernilai RM 5 juta.

Sama ada Datuk Ahmad Said, “tandatangan” atau tidak penulis tidak tahu. Tapi penulis dengar semuanya sudah beres. Mungkin atas sebab itulah Datuk Ahmad Said, sebut yang dia tidak suka “di ampu” selepas “Mie” datang menemuinya di Tingkat 16 Wisma Darul Iman tidak lama dahulu.

Dengar cerita dari sumber yang boleh dipercayai bahawa adik “Mie” berada bersama-sama Datuk Ahmad Said yang tidak suka di ampu. Tidak lama kemudian Setiausaha Politik MB Wan Ahmad Nizam menyatakan pembodek tidak layak berada didalam Umno. Siapakah sebenarnya pembodek itu?

Bagaimana mahu menyahkan pembodek keluar dari Umno Terengganu, sedangkan orang yang tidak bersih pun tidak mampu dikeluarkan oleh Bossnya.

Cakap bukan main sedap, tetapi bagaimana pula dengan tindakan yang telah, sedang akan dilakukan. Apa pula akan terjadi apabila royalty minyak lima peratus itu tetap atas nama “Dana Khas” dan Datuk Ahmad Said sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu selepas Disember nanti.

Dana Khas merupakan durian runtuh bagi Datuk Seri Idris Jusoh, bagaimana pula dengan Datuk Ahmad said yang bina rumah yang kosnya RM3 juta belum siap itu.Apakah beliau mampu. Sama-samalah kita tunggu dan lihat sendiri apakah yang akan terjadi?

No comments: