Saturday, December 13, 2008

Jika Wan Farid enggan bertanding PAS/PR ads harapan menang kerusi Parlimen Kuala Terengganu

Sebaik sahaja makluman mengenai kematian Datuk Razali Ismail, sahabat penulis orang besar Petronas negeri Terengganu memberitahu nama Datuk Che Mat Jusoh naik sebagai calon parlimen P.036.

Mengapa nama Che Mat Jusoh tersenarai, wal hal nama Datuk Wan Farid Wan Salleh, ketua umno Bahagian Kuala Terengganu adalah tokoh yang paling layak bertanding menggantikan MP Razali Ismail.

Datuk Che Mat Jusoh bekas setiausaha kerajaan negeri yang juga bekas yang dipertua dewan undang negeri sahaja dan bukan ada jawatan pun dalam Umno bahagian Kuala Terengganu.

Mana mungkin beliau akan dipilih sebagai calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu 17 Janruari 2009 nanti.

Ada yang mengatakan sangat tidak munasabah nama itu naik sedangkan wan Mohd Farid timbalan menteri dalam negeri masih ada dan mampu untuk mengekalkan kemenangan sepertimana yang diharap harapkan oleh perdana menteri.

Datuk Seri Mohd najib, timbalan perdana menteri mahu supaya kerusi Parlimen Kuala Terengganu kekal di tangan Umno dan tidak harus jatuh ketangan PAS.

Setahu penulis nama Che Mat Jusoh duduk dibawah bukan diatas. Nama diatas ialah nama Datuk Wan Mohd Farid, disamping nama Datuk Roslan Awang Chik dan nama Datuk Alwi Mohammad, nama Zuber Embong ketua sektor pejabat pelajaran negeri.

Apabila nama Datuk Wan Mohd Farid Wan Salleh, timbalan menteri dalam negeri yang juga ketua Umno bahgian Kuala Terengganu duduk diatas sudah tentu beliaulah calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari 2009 nanti.

Begitulah cakap cakap orang Kuala Terengganu, baik dikedai kedai kopi mahu pun di pejabat pejabat kerajaan. Kebanyakan ghairah sekali membicara soal calon yang dikatakan akan bertarung empat penjuru nanti

Betul kah begitu hakikatnya. Kalau bukan dia sudah tentu orang nombor dua pula iaitu Datuk Che Mat Jusoh bekas yang dipertua dewan Undangan negeri zaman Datuk Idris Jusoh jadi menteri Besar.

Kalau bukan dia sudah tentu orang nombor tiga pula iaitu Datuk Roslan Awang Chik, bekas Adun Ladang dan bendahari badan perhubungan Umno Terengganu ketika Datuk Ahmad said mengambil alih Umno negeri.

Apabila ketiga tiga nama itu tidak terpilih sudah barang tentu orang Nombor empat dan lima pula akan jadi taruhan. Mereka ialah Encik Zuber Embong, pegawai sektor pejabat pelajaran Terengganu dan Datuk Alwi Mohammad eksekutif zakat maidan negeri yang dikatakan ada potensi sebagai MP.

Cerita terbaru yang penulis dengar dari mulut orang yang boleh dipercaya bahawa Wan Farid di katakan enggan jadi calon, kerana lebih selesa dilantik semula sebagai Senator daripada bertanding dalam pilihanraya kecil P. 036 itu.

Sesetengah berpendapat keangganan wan Farid menerima menjadi calon menandakan yang beliau takut kalah. Lebih-lebih lagi Parlimen Kuala Terengganu dari segi sejarah memang sering bertukar ganti.

Ada pula yang berkata, kalau kalah sudah tentu untuk dilantik semula sebagai senator agak tipis apabila kerajaan diterajui Datuk Seri Mohd Najib yang pasti akan berlaku rombakan Kabinet nanti.

Jika benar Wan Farid enggan menerima menjadi calon untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pasti akan mengembirakan Che Mat Jusoh orang nombor dua dalam senarai calon.

Beliau dikatakan mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi calon dalam mana mana musim pilihanraya umum ke 11 dan kalah ditangan Datuk Wan Mutalib Embong di DUN Batuk Burok.

Kalau benar Wan Mohd Farid tidak mahu bertanding ini mengambarkan yang beliau tidak yakin boleh menang dalam pertandingan yang entah akan berlaku empat penjuru nanti dengan kesediaan calon bebas Maimun Yusof dan Akim.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin BN dapat kekal di parlimen Kuala Terengganu, kerana ketidaksefahaman yang berlaku antara parti-parti dalam pakatan pembangkang.

Katanya ini akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil 17 Januari 2009 depan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pakatan pembangkang kini semakin rapuh dan sering gagal mencapai persefahaman dalam beberapa isu.

"Sebenarnya, pakatan pembangkang telah retak dan hubungan mereka semakin renggang. Ketidaksefahaman berlaku dalam pakatan ini,'' katanya.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan 179 ekor lembu korban dan cermin mata kepada penduduk daerah Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini

Najib seterusnya berkata, kerapuhan yang wujud dalam pakatan pembangkang jarang dipaparkan dalam media berbanding apa yang berlaku dalam BN.

"Jangan hanya melihat kepada BN yang mengalami tidak sefahaman... pakatan pembangkang juga mengalami keadaan yang sama," jelasnya.

Meskipun wujud perbezaan pendapat dalam BN, katanya, ia adalah perkara kecil dan tidak akan menyebabkan peluang UMNO untuk mengekalkan kerusi pada pilihan raya kecil Parlimen itu terjejas.

Menurut beliau, penduduk Kuala Terengganu masih memerlukan parti yang mampu melaksanakan tanggungjawabnya demi masa depan mereka.

Dalam pada itu, Najib memberitahu, beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin empat peringkat UMNO Bahagian Kuala Terengganu, telah mengarahkan UMNO negeri itu supaya bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil pada bulan depan.

Bacaan penulis kerusi parlimen Kuala Terengganu kemungkinan besar akan jadi milik PAS/PR jika calonnya adalah muka baru, lebih-lebih lagi calon UMNO bukan Wan Farid Wan Salleh yang pasti akan berlaku pertelagahan besar dalam Umno Bahagian Kuala Terengganu yang menyebabkan ujud pengundi simpati.

Dalam pilihanraya umum ke 12 seramai 1,795 orang yang mengundi calon PAS/PR tidak mengundi calon PAS, tetapi dalam musim pilihanraya kecil ini nanti kemungkinan mereka akan beri undi kepada calon Pas atas nama protes.

No comments: