Friday, December 5, 2008

Siapakah calon PAS dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu

Apabila dengar sahaja kematian salah seorang YB ntentu ada kedengara kebanyakan orang bercakap pasal calon. Siapakah calonnya. Baik Umno mahu pun PAS tidak terkecuali. Demikian perkembangan politik tanah air mahupun diperingkat akar umbi.

Begitu cepat sekali orang memperkatakan siapakah calonnya.Apa pun itu terserahlah kepada parti yang akan bertnading dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan selepas tempoh empat puluh hari dari tarikh kematian seorang YB.

Sebaik sahaja TV mengumumklan kematian Datuk Razali Ismail, ahli parlimen Kuala Terengganu dan juga timbalan menteri Pelajaran Malaysia sahabat penulis memaklumkan melalui SMS yang berbunyi: Datuk Razali Ismail meninggal dunia jam 6.30 petang (Hari jumaat 28 November 2008).

Pada 29 keesokan harinya ketika menghadiri majlis kenduri kahwin sahabat lama, beberapa orang sahabat bertanya penulis dengan soalan yang berbunyi: siapakah calon PAS pilihanraya kecil ini?

Belum sempat penulis jawab ada suara yang menjawap berbunyi: siapa lagi, mesti Mat Sabulah.

Dalam pada itu ada suara yang bunyinya: belum tentu. Dengan pantas ada pula suara yang berbunyi: kalau bukan mat sabu siapa lagi?

Penulis jawab: mungkin cikgu Pa. Sebut sahaja nama Cikgu Pa, ada yang kata, tak ada orang lain ke. Kan lebih baik Mat Sabu. Ada pula suara mengatakan yang berbunyi” Mat Sabu orang jauh.

Kedua dua orang nama orang kuat PAS pusat itu ada pro dan kontra.Itulah pandangan akar umbi dalam PAS.

Namun demikian pandangan inilah yang harus diberi perhatian oleh PAS dalam meletakkan calon baik dalam musim pilihanraya umum mahu pun dalam musim piliharaya kecil yang bakal diadakan di Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi.

Kalau pandangan akar umbi ada pro dan kontra sudah tentu dikalangan kepimpinan pun demikian juga. Oleh itu dalam meletakkan calon hendak kena cermat agar YB nanti akan jadi YB yang komented.

Atas sebab itu juga kemungkinan besar Mat Sabu kalah dengan majority yang kecil dalam pilihanraya umum ke 12 lepas.

Sepatutnya Dia boleh menang, kerana mustahil tiga DUN dimenangi oleh PAS parlimen dimenangi Datuk Razali Ismail dengan majority 628 undi. Lojiknya memang begitu.

Di Parlimen Marang Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang boleh menang. Wal hal Dua DUN sahaja di menangi PAS. Jadi adalah mustahil tiga DUN di menangi PAS di Parlimen Kuala Terengganu Mat Sabu kalah. Adakah disebabkan pertandingan tiga penjuru.

Pertandingan tiga penjuru tidak boleh dijadikan asasnya, kerana calon parti bebas yang ditaja oleh Umno juga bukan sebagai faktornya. Yang penting sekali calon PAS Mat Sabu ada pro dan kontra diperingkat akar umbi PAS Terengganu.

Atas sebab itu ada pengundi yang mengundi Datuk Tengku Hassan Omar Dun Ladang, sebanyak 6,723 orang, yang mengundi Dr Syed Azman DUN Batuk Burok sebanayak 10, 672 orang,yang mengundi Mohd Abdul Wahid Endut DUN wakaf Mempelam sebanyak 9,645 dan yang mengundi Dr Manaf Mohammad DUN Bandar sebanyak 6,689 jelas ada yang tidak memberi undi kepada Mat Sabu. Ini harus dijadikan sandaran.

Mengapa mereka tidak solid dan bertindak demikian? Dalam pilihanraya umum ke 12 di negeri Terengganu secara keseluruhannya tidak terkecuali berlaku sepertimana yang berlaku keatas nama Mat Sabu.

Jika dicampur kesemua unid yang diperolehi ketiga tiga calon pas seorang calon parti keadilaan jumlahnya ialah 33,729 undi sedangkan undi yang diperolehi Mat Sabu ialah 31,934 undi. Apabila ditolak jumlahnya kurang sebanyak 1,795. Bermakna 1,795 orang tidak mengundi Mat Sabu.

Walaupun nama Mat Sabu menjadi sanjungan kebanyakan orang PAS di Terengganu, tetapi kita kena ingat bahawa penyebab kalah menangnya sesorang calon itu bukan bergantung kepada orang PAS semata mata.

Persoalan yang timbul kemana perginya orang keadilan? Adakah orang keadilan juga ada pro dan kontra terhadap nama Mat Sabu?

Ini juga harus diambil kira oleh kepimpinan PAS Terengganu khasnya dan pas pusat amnya. Lebih lebih lagi dalam PAS tiada orang yang berebut rebut untuk menjadi calon sepertimana pernah dikatakan oleh Datuk Harus Taib, dalam satu kenyataan akhbar tidak lama dahulu.

Jika benar prang PAS tidak berebut rebut untuk menjadi calon, mengapa pemilihaan calon dalam kebanyakan pilihanraya umum dan kecil menjadi masalah yang besar. Malah ada orang tidak puashati terhadap keputusan yang diambil.

Penulis percaya dan yakin setiap kali keputusan diambil ianya tidak mengambil kira pandangan akar umbi sebagai penentu kalah menangnya sesorang calon. Mustahil Mat Sabu boleh kalah, wal hal ketiga tiga DUN di menangi PAS.

Perkataan yang berbunyi: tiada orang lain terhadap Datuk Mustafa Ali juga harus diambil kira. Jangan sekali kali memandang remeh, walaupun beliau diberi kepercayaan oleh PAS Pusat menjadi Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Apa pun perkataan yang berbunyi: “belum tentu”. Perkataan “belum tentu” keatas Mat Sabu berbanding perkataan “tiada orang lain” keatas Datuk Mustafa Ali dari segi konotasinya lebih kurang ada persamaan.

Ia bermaksud kedua dua orang nama itu walaupun merupakan kepimpinan tertinggi yang harus diberi ruang bertanding dalam musim pilihanraya umum dan kecil sepertimana pernah di nyatakan oleh Datuk Seri Presiden suatu ketika dahulu diharap jangan diketepikan pandangan akar umbi.

Sejarah telah membuktikan bahawa kepimpinan tertinggi parti telah dihantar dan diletakkan bertanding di mana mana parlimen diseluruh Negara ini yang ada pontesi menang sebagai motif untuk menjadi YB.

Demikian juga dengan apa yang berlaku di Parlimen Kuala Terengganu yang mana Mat Sabu diletakkan bertanding dalam musim pilihanraya umum ke 12 lepas tanpa mengambil kira pandangan pro dan kontra daripada akar umbi.

Sejarah telah membuktikan bahawa Mat Sabu naib presiden PAS Malaysia seringkali dipertikaikan oleh perwakilan di dalam kebanyakan Muktamar agung yang diadakan, sehingga membuat Presiden Parti Al marhum Datuk Fadzil Noor mati matian mempertahankan serangan dengan mengatakan: “manusia boleh jadi baik”.

Mengapa muncul perkataan seumpama? Bermakna nama Mat Sabu sudah tercalar sedikit setelah ditangkap khalwat dengan isteri orang suatu ketika dahulu. Disamping nama gah itu adalah nama yang dianggap tokoh penting dalam Pas dan kini telah menjadi reality yang dia diangkat menjadi Naib Presiden.

Dan tidak dapat dinafikan manusia juga boleh jadi jahat lebih jahat daripada binatang sepertimana yang telah dinyatakan oleh Al Quran.

Salah seorang shabat penulis berkata: mana ada orang baik sekarang. Betul juga kata beliau itu, kerana orang hari ini kebanyakannya tiada yang benar benar baik dalam arti kata yang pernah di gambarkan oleh Al Quran.

Memang betul, kerana ada kalangan kepimpinan PAS yang beramal dengan Riba seperti membeli kenderaan dan rumah yang mahu tidak terpaksa meminjam dengan bank dan kerajaan, kecuali kerajaan Terengganu yang tidak mengenakan faedah (Riba) .

Ketika di pasaraya SABASUN beberapa orang sahabat penulis berkata bunyinya: Dr Syed Azman wajar diberi peluang bertanding, kerana dia pernah menang dalam musim pilihanraya umum ke 10 (1999).

Salah seorang turut memberi pandangan dan berkata bunyinya: mana boleh..dia kan sudah jadi YB DUN Batu Burok.

Jadi, ketiga tiga nama yang sudah jadi buah mulut kebanyakan orang Pas itu sah tidak wajar dijadikan calon dalam musim pilihanraya kecil yang bakal diadakan nanti. Lebih lebih merreka merupakan kepimpinan yang penuh dengan kontraversi.

Berbalik kita mengenai kata-kata yang berbunyi: Tiada orang lain ke? Jawapannya adalah Mustahil, kerana ramai lagi mereka yang layak dan boleh diketengahkan. Ini bersesuaian dengan hasrat sesetengah orang pas Terengganu yang mahu buat perubahan.

Sampailah masanya Pas Terengganu melakukan perubahan, termasuk meletakkan calon muka baru yang pernah disuarakan dan diputuskan. Diharapkan agar keputusan itu adalah keputusan yang positif. Jangan sekali kali berlaku lagi keputusan yang negatif sepertimana sebelum ini.

Siapakah wajah baru yang wajar di ketengahkan. Ada suara mengatakan bahawa Ustaz Hamdan Mohammad yang pernah menyandang jawatan parti sebagai timbalan ketua penerangan PAS negeri sebelum ini.

Beliau bukan calang calang orang, malah mempunyai memiliki sarjana dari Universiti Malaysia Terengganu dan sekarang sedang menyiapkan tesis PHDnya. Dari segi akademik orang PAS memang tidak kalah berbanding dengan orang Umno, hatta Datuk Wan Farid Salleh, Che Mat Jusoh, Datuk Alwi Mohammad, Datuk Roslan Awang Chik dan Zubir Embong Pegawai pelajaran negeri yang di katakan akan diletakkan sebagai calon pilihanraya kecil Kuala Terengganu nanti.

Kalau sekiranya ustaz Hamdan tidak ada dihati kepimpinan PAS negeri dan Pusat, apa kurangnya dengan Ustaz Hamzah Ngah ahli jawatan kuasa Dewan Ulama negeri yang memiliki ijazah sarjana muda dari unversiti Al Azhar Masir.

Kalau sekiranya nama ustaz Hamzah Ngah tidak ada yang berkenan bagaimana pula dengan nama ustaz Ariffin Deraman timbalan ketua pemuda PAS negeri yang juga memilki ijazah sarjana muda Teknologi Maklumat dari Universiti Sains Malaysia dan juga ijazah sarjana muda dari Universiti Al Azhar.

Beliau merupana orang penting dalam badan perhubungan PAS negeri Terengganu sejak sekian lama sebagai ketua penyelidik yang banyak berjasa juga harus diberi peluang bertanding.

Ketiga ketiga nama ini walaupun tidak ada dalam hati kepimpinan Pas Pusat dan negeri, tetapi mereka merupakan tokoh yang tetap masih bersih berbanding dengan ketiga tiga nama yang apabila disebut sebut sebagai calon yang akan diletakkan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu nanti, ada sahaja jawapan pro dan kontra.

Itulah yang harus dijadikan sandaran dan harus ingat jangan lagi PAS ini sengat dua kali dalam satu lubang.

No comments: