Friday, January 16, 2009

Antara PAS dan UMNO Siapakah yang menipu

Datuk Ahmad Said kecewa dengan PAS, kerana menipu rakyat Terengganu.

Semua sedia maklum Ahmad Said Sendiri yang kata segala projek pembangunan zaman Datuk Idris Jusoh tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Bukan setakat itu sahaja, malah Ahmad Said pernah berkata segala projek pembangunan membazir wang rakyat yang di peruntukan dari Dana Khas persekutuan.

Maka itulah yang disebut oleh Datuk Wan Mutalib Embong dan Datuk Mustafa Ali kepada rakyat Terengganu dalam kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Apakah itu PAS yang menipu? Pemimpin PAS kata apa yang Ahmad Said kata. Kata kata itu keluar dari mulut Ahmad Said pada asalnya. Cuma diulangi oleh pemimpin PAS agar rakyat ingat semula apa yang dikatakan dan diamalkan oleh Menteri Besar negeri Terengganu yang diberi amanah memerintah.

Saya tidak tahu sama ada kata kata yang keluar daripada mulut Ahmad Said tempoh hari retorik kah, gimik kah atau mempolitikan kah. Tapi itulah kata kata yang keluar daripada mulut Menteri Besar Umno yang konon ada integeriti.

Kalau PAS menipu, sudah barang tentu UMNOlah yang berbohong besar kepada rakyat Terengganu. Masa kan tidak.Lihat kos yang diperuntukan pada Taman pendidikan di Tembila Besut yang pada mulanya berharga RM 250 juta kini disebut semula kosnya RM 450 juta.

Kalau sekiranya projek yang ditinggalkan oleh Idris Jusoh itu membazir mengapa projek empat Pulau Pasir buatan manusia di muara sungai bandaraya warisan persisir air yang kosnya RM 40 juta ditambah semula peruntukan sebanyak RM 5 Juta.

Kalau ianya membazirkan wang rakyat hentikan sahaja. Lebih lebih lagi empat pulau buatan itu jelas mencacatkan keindahan wajah bandaraya Kuala Terengganu. Bukan setakat mencacatkan malah ianya adalah kudis yang menjijikkan.

Kalau Ahmad Said sendiri yang berkata segala projek pembangunan zaman Idris Jusoh tidak beri manfaat, mengapa apabila PAS kata dan ulangi apa yang diucapkan itu, tiba tiba PAS dicop menipu rakyat.

Kalau PAS menipu –Umno pasti berbohong. Bohong namanya kalau tidak mengaku mengeluarkan kata kata sepertimana disebut dalam kenyataan media suatu ketika dahulu.

PAS ada bukti yang Ahmad Said berkata segala projek tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Sama ada tindakan itu hanya “dolak dalih” Ahmad Said agar rakyat memihak padanya kerana boleh dikatakan seramai 22 orang ADUN dan 7 orang ahli parlimen Terengganu tidak setuju dengan Sultan melantiknnya sebagai menteri besar.Bukan setakat tidak setuju,malah sultan di cop sebagai “natang”.

Pendek kata Ahmad Said waktu itu hanya sebatang kara sahaja. Bayangkan seorang menteri besar yang berada dalam keadaan seumpama itu.Apa pun boleh berlaku. Lebih lebih lagi semua sedia maklum beliau terkenal sebagai tokoh umno kaki caci maki ketika berada dalam Dewan Undangan negeri.

Sekarang ini tiba masanya untuk Umno berbohong semula,kerana menjadi kelaziman setiap kali diadakan pilihanraya, baik pilihanraya kecil mahu pilihanraya umum umno mesti dan tetap berbohong.

Kalau dahulu Umno berbohong hendak selesaikan tanah yang diberi secara TOL kepada semua rakyat.Kini Ahmad Said cuba jaja bahawa tanah yang diberi zaman PAS memerintah akan diselasaikan, terutama sekali di Bujal Kemaman. Boleh dikatakan kebanyakan rakyat percaya, termasuk orang PAS.

Percayalah itu hanya gimik politik Umno dahulu, kini dan selama lamanya. Mana mungkin masjid Bujal yang dirobohkan tangannya sendiri akan diselesaikan semula.

Dari segi itu rakyat boleh percaya, kerana apa yang dilakukan itu ada asasnya, iaitu mengeluarkan borang borang permohonan tanah seluruh negeri. Bukan setakat itu sahaja malah diarah pejabat pejabat tanah mengarah SO mengukur tanah dimana sahaja.

Apa yang dilakukan oleh Umno praktikal pasti ada asas yang kerajaan tetap mahu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat, terutama rakyat yang hidup dibawah paras kemiskinan.

Malangnya sebaik sahaja Umno menang dan memerintah semula negeri Terengganu, borang borang yang diisi dan dikumpulkan entah kemana hilang lesap. Habuk pun tidak ada.Begitulah apa yang pernah berlaku. Samalah apa yang berlaku pada kampung tersusun di negeri Perak. Janji hanya tinggal janji.

Apabila datang semula musim pilihanaraya diperlakukan semula apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Rakyat percaya juga. Ini penipuan Umno yang barangkali tidak mudah di lupakan oleh orang PAS.

Tidak lama dahulu saya sendiri dengar perkataan setiap bantuan dari kerajaan tiada pilih kasih. Tidak kira latarbelakang. Tidak kira parti. Orang parti PAS pun tidak kecuali asalkan mereka layak atau dengan kata mereka yang benar benar memerlukan bantuan.

Apa sudah jadi dengan ikrar itu. Pilihkasih tetap berlaku, kalangan orang miskin PAS dinafikan haknya.Manakala orang Umno atap tidak bocor pun diganti juga.

Saya berani berkata bahawa cakap itu adalah cakap tak serupa bikin. Cakap lain buat lain. Demikian juga dengan bantuan baiki rumah yang membabitkan pertukaran atap atap buruk/bocoh kepada atap baru berwarna biru yang dijaja dari rumah kerumah itu atas tujuan mengoda 6,000 pengundi DUN Wakaf mempelam.

Orang PAS dipelawa memohon. Ini juga suatu pembohongan terhadap rakyat, kerana orang yang dapat baiki rumah adalah rumah orang Umno walaupun sudah memiliki atap baru boleh ditukar semula.

Sama ada apa yang saya nyatakan bohong, anda boleh pantau di Dun Wakaf Mempelam yang mana Ahmad said sendiri yang masuk kampung keluar kampung dengan tujuan untuk meraih undi orang mengundi PAS (Mohd Abdul Wahid Endut).

Kebetulan pula Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS Parlimen Kuala Terengganu yang akan bertarung dalam pilihanraya kecil 17 Januri ini. Apa lagi bertimbun tumbun lah wang yang akan dicurahkan macam air hujan di musim tengkujuh.

Bayangkan Wang peruntukan baiki rumah telah diumumkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Muhamad Mohammad Taib sebanyak RM 51 juta.Disamping RM 50 juta oleh Timbalan Perdana Menteri di peruntukan kepada kontraktor kelas F untuk turap jalan. Banyak tu.

Ini mesti ada muslihat politik.Kalau tidak mengapa diberi sekarang ini.

Juteru itu, gerakkerja yang dilakukan jentera pilihanraya Umno pasti berada ditahap target sasar, macam mana sekali pun kerusi Parlimen Kuala Terengganu pasti miliknya, sebab itu seluruh orang umno datang berkampong dengan begitu komited, disamping mendapat habuan politik wang yang sudah jadi darah daging orang Umno sejak dahulu hingga sekarang.lebih lebih lagi yang meminta sogokan bebas tidak akan didakwa.

Bagi yang bertanding jawatan timbalan presiden, naib dan majlis tertinggi Umno pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini.

Mereka bukan sahaja memberi tumpuan sepenuh masa malah mereka akan turun padang, macam Ahmad said turun masuk kampung keluar kampong untuk menyalurkan bantuan yang di peruntukan.

Ingat wang peruntukan itu mesti dihabiskan agar Umno dapat mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu yang menang dengan majoriti yang tipis itu.


Sekian

No comments: