Tuesday, May 12, 2009

Itulah kerajaan yang diperintah oleh orang Melayu yang mengaku Islam

Dua puluh lepas saya pernah buat kajian mengenai kebabrakan yang berlaku di negara kita di Pulau Tioman.

Selama 5 hari berlangsung. Kebetulan chelek yang kami sewa milik ketua Kampung maka banyaklah maklumat yang kami dapat.Lebih lebih lagi menantunya bekas tentera bersara yang bekerja di hotel mewah bahawa pemegang sahamnya kebanyakannya para menteri kabinet, termasuk Dr Mahahtir, Rafidah Aziz dan lain lainya.

Kalau pasal berlari telanjang yang berlaku itu mungkin tidak mengejutkan saya, kerana sepanjang di pantai Pulau Tioman, bukan sahaja Mek Mek salleh dan Mat Mat salleh ini berbogel.

Ketika makan dan minum dalam kedai dan warong pun mereka berkaedaan separuh bogel. Lebih teruk lagi antara mereka ada yang melakukan hbungan seks didalam air yang kalau kita lalu akan nampak aksinya.

Itulah yang berlaku di Pulau Tioman dan pulau pulau peranginan di seluruh negara kita, termasuk di Terengganu dan kelantan yang memyebabkan remaja kita terpesona dan ternoda denhan budaya kafir yang dibiar begitu bebas oleh kerajaan yang memerintah yang barangkali hasil mahsulnya semakin rancak dan pemintaan arak begitu tinggi.

Malah orang Melayu yang mengaku Islam turut mencari rezeki agar dapat hidup mewah tanpa memperdulikan hala dan haram.

Yang hendak saya sebut disini, inilah negara yang orang Melayu Islam menjadi perintah. Halal haram tiada perbezaaan.

Soal lari terlanjang bulat soal yang tersangat kecil bagi meraka, kerana hanya berlaku tertakat itu sahaja, tetapi kebanjiran filem lucuh di negara kita begitu berleluasa sekali sehingga perdagangannya berlaku bermaharjalela. Pada hal ianya haram dari kerajaan.

Inilah yang menghairankan kita,bagaimana ia boleh masuk dengan begitu berleluasa sebelum ini. Jika berlaku pada hari ini tidak menghairankan, kerana mudah untuk mendapatkannya.

Sekarang ini tidak menghairankan kita kerana dua sudah menjadi tanpa sempadan dengan ada internet melalui laman web lucuh berjuta juta post boleh dilayari dengan mudah.Tekan sahaja datanglah dia.

Saya nak cerita mengapa sebelum ini pun betapa banyaknya filem lucuh di negara masuk ke negara kita.

Macam mana dia boleh masuk begitu bebas, sedangkan negara kita ada peraturan untuk mengawalnya. Negara kita ada agensi yang mengawal aakan kegiatan tersebut, tetapi malangnya ia masuk membanjiri pasaran secara bebas.

Anda mungkin dah tahu, tetapi kami hendak cerita pada hari kajian yang saya buat. Rupa rupanya filem yang membanjiri negara kita dibikin di negara kita sendiri.Sebab itu begitu banyak dalam pasaran gelap.

Pengusaha filem lucuh luar negara membuat pengambaran di dalam negera kita, antara tempat pemgambaran itu ialah di pulau pulau peranginan, termasuk Pulau Tioman yang tidak dapat dikesan kerana mereka masuk atas nama pelancong yang ada visa.

Lokasi pengambaran dibuat di hotel hotel mewah yang sewanya RM 15,000 satu malam yang berkemungkinan besar tidak disak wasangka langsung.Lebih lebih lagi mereka orang kafir.

Saya juga dibawa kelokasi pengambaran filem lucuh dicelah celah batu di Pulau Tioman.

Atas sebab itulah mereka boleh bawa masuk filem tersebut tanpa ada pemeriksaan pihak berkuasa. Sekarang kegiatan tersebut tidak berlaku lagi kerana peminat filem lucuh boleh melayari internit dengan mudah tanpa ada sebarang sekatan dan didakwa.

Inilah kerja orang kafir untuk mendapat rezeki. Yang membimbangkan kita orang Islam juga sudah ada yang cuba mencari rezeki yang dipelupori oleh orang kafir.

Yang paling membimbangkan kita negara kita merupakan pusat pelancongan seks yang barangkali jatuh nombor tiga antara Thailand dan Singapura?

Kebanjiran gadis gadis dari China, Thailand, Filipina, vietnam dan Indonesia sebagai destinasi pelancongan seks yang digalakkan dengan pelbagai promosi yang dikatakan dibuat diluar negara bahawa Malaysia adalah syurga seks.

Dan tidak mustahil satu masa nanti Malaysia yang sudah meniru gaya pemerintahan Indonesia pelacur juga akan dilesenkan sepertimana arak dan judi dilesenkan.

Kalau arak dan judi dilesenkan, tidak mustahil pelacur juga akan dilesenkan suatu masa nanti jika rakyat biarkan kerajaan ini memerintah. Lebih lebih lagi hiburan yang melalaikan didewa dewakan, termasuk menaja hadiah ke angka jutaan ringgit yang menyebabkan mereka yang menang menjadi jutawan segera. Percayalah.

No comments: