Sunday, May 24, 2009

Muhyiddin kata Ahmad kekal Menteri Besar Terengganu

Sebelum ini Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing masing telah mengadakan pertemuan berasingan dengan Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Ahmad Said.

Walaupun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan mengenai kedudukan Ahmad said, tetapi kata putus pasti sudah pun ada dalam pengetahuannya.

Dengan itu, Muhyiddin Yassin berani mengatakan Ahmad Said kekal sebagai menteri besar yang disebut di Kuala Terengganu tempoh hari hanya keputusan peribadi dan tiada kaitan dengan parti.

Cuma kita sahaja tidak tahu secara jelas dan nyata.

Ramai yang berkata jika kemelut politik Umno Terengganu tidak ditangani segera ianya boleh bertukar menjadi krisis yang boleh menggugat kedudukan kerajaan BN Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam pertemuan itu , kedua-dua pihak dipercayai diminta tidak memanjangkan isu berkenaan sehingga langkah penyelesaian dilakukan oleh pucuk pimpinan.
Justeru, kepemimpinan BN/Umno Terengganu sama ada ketua bahagian atau wakil rakyat, tidak seharusnya menghampakan kepercayaan rakyat.
Ada pula yang mengatakan sebagai orang Islam, mereka harus belajar dari sejarah Perang Uhud di mana tentera Islam tewas di ambang kemenangan kerana tidak mengendahkan arahan ketua dan berebut harta perang.
Idris Jusoh awal awal lagi berkata yang dia akur dengan segala keputusan yang dibuat oleh Najib Razak dan Muhyiddin Yassin.Demikian juga Ahmad Said.

Mereka berdua menyerahkan perkara itu bulat bulat kepada kepimpinan tertinggi Umno untuk menyelesaikan kemelut ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada sebarang cadangan untuk menukarkan Datuk Ahmad Said daripada jawatan menteri besar.bermakna Menteri Besar Terengganu yang dibenci oleh Datuk Seri Idris Jusoh itu kekal.

itulah kemahuan Timbalan Perdana menteri ketika bercakap di Kuala Terengganu. Manakala Perdana menteri belum beri sebarang komen mengenai kes yang kelihatan tidak mudah diseelesaikan.

Kemelut politik Terengganu yang tercetus sebaik sahaja umno menang dua pertiga dalam musim pilihanraya umum ke 12 dahulu itu kelihatan semakin gawat.

Sesetengah mengatakan kemelut itu tidak dapat diselesaikan jika menteri besar tidak ditukar, kerana dendam Idris Jusoh yang tidak mendapat perkenan sultan tidak mudah dipadamkan.

Kata kata Ahmad akan kekal memegang jawatan MB menjadi isu yang besar dikalangan orang Umno Terengganu.Ini menunjukkan kemelut yang berlaku akan menjadi lebih gawat lagi.

Penulis diberitahu dan mendengar sendiri, jika Ahamd kekal juga sebagai menteri besar jangan diharap kemelut yang berlaku dapat diselesaikan. Percayalah.

Itulah kemahuan penyokong Idris Jusoh. Ia berlawanan dengan kemahuan timbalan perdana menteri yang mahu supaya Ahmad Said kekal dengan jawatan itu.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, isu pertukaran menteri besar Terengganu tidak pernah berbangkit sebelum ini.

Kenyataan Muhyiddin itu agak mengelirukan kerana selama ini memang ada ADUN BN di negeri itu yang mendesak supaya Ahmad diganti.

Kemelut politik Terengganu tercetus apabila 10 ADUN BN tidak menghadiri sidang DUN setelah tiga daripada mereka menerima SMS yang berunsur ugutan.

Ianya ada kaitan dengan desakan sekumpulan ADUN BN yang rapat dengan Idris yang mahu Ahmad diganti yang pernah disebut oleh Rosol Wahid sebelum ini akan diadakan undi tidak percaya.

Bagaimanapun, mereka hadir pada hari terakhir sidang DUN setelah diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya suatu lakonan agar rebut didalam cawan itu kembali tenang.

sehingga hari ini rebut itu masih belum reda miskipun pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu telah mengadakan pertemuan dengan semua 24 ADUN BN yang bertelagah di negeri serta ketua-ketua Umno bahagian bagi mencari penyelesaian terhadap krisis tersebut.

Kebanyakan rakyat Terengganu tidak percaya berlaku krisis dalam Umno negeri, kerana Ahmad dan Idris pernah berpelukan yang mengambarkan antara mereka sudah pasrah dengan apa yang berlaku.

Anda barangkali masih ingat dengan kata kata Idris bahawa beliau tidak akan melepaskan jawatan pengerusi perhubungan Umno negeri selagi khidmatnya masih diperlukan oleh pucuk pimpinan parti.

kata beliau lagi walaupun tidak lagi menjadi menteri besar namun beliau akan terus menerajui Umno terengganu sehingga presiden parti mengarahkan beliau mengundurkan diri dari jawatan itu.

Ini mengambarkan yang beliau masih tidak akan menyerah kalah dengan jawatan yang disandangnya, kecuali jika presiden parti mengarah mengundurkan diri.

Ini juga mempamerkan ketidak ikhlasan masih bersarang didalam hatinya seerta mengambarkan yang beliau tidak rela mengundur diri. Seolah olah tidak redha Ahmad dilantik sebagai Menteri Besar.

Atas sebab itu 10 ADUN cuba boikot Dewan tidak lama dahulu sebagai mukadimah kearah menurunkan Ahmad dan mengganti dengan orang lain.

Sebab itu ada lojiknya sesetngah mengatakan jika Ahmad tidak ditukar, maka kemelut yang berlaku itu akan jadi panjang dan tidak akan selesai sampai bila bila.

Persoalan yang timbul kini ialah mengenai kedudukan sokongan Umno Bahagian antara Ahmad said dan Idris Jusoh.

Ada yang mengatakan hanya satu bahgian Umno dari lapan bahagian yang menyokong Ahmad mamnakala tujuh bahagian lagi menyokong Idris Jusoh.

Ahmad Said mendakwa tujuh bahagian umno menyokongnya manakala satu sahaja yang menyokong Idris Jusoh. Hal ini pernah dinyatakan oleh Setiausaha Badan perhubungan Umno negeri Datuk Rosli Mat Hassan dalam satu kenyataan media massa tidak lama dahulu.

Yang peliknya hanya bahagian kemanan sahaja yang pernah membuat kenyataan bahawa bahagian itu tetap berdiri teguh dibelakang Ahmad Said. Tujuh bahagian, termasuk bahgian Hulu Terengganu yang berketuakan Datuk Tengku Putera Tengku Awang masih senyap sepi.

sekian....................

No comments: