Wednesday, July 15, 2009

Mengapa PAS menang tipis di DUN Manek Urai?

kawan saya yang berkerja dengan Berita Harian berkata pada hari khamis 9 julai bahawa kedudukan BN dan PAS 50-50.

Manakala kawan saya yang lain pula berkata jangan diharap UMNO hendak menang.

50-50 sudah pun berjawap bahawa PAS menang dengan majoriti 65 undi sahaja dengan kata lain tipis berbanding pilihanraya 2008.

Bagaimana pula dengan kemenangan UMNO dalam pilihanraya umum 2004 dahulu.

Umno menang dengan majoriti tipis iaitu 46 undi sahaja, kerana Pak Su mail tidak dipilih bertanding semula.

Itulah kedudukan terkini DUN Manek Urai yang diperlakukan oleh BN dengan apa cara sekalipun untuk menang, tapi kalah juga.

Polis dikatakan betugas naik rumah turun rumahdengan motif untuk merampas semula DUN Manek Urai.KEMAS dikatakan goyang kaki.

Tentera juga dikatakan dikerah untuk bantu Umno merampas DUN itu. Malangnya ia tidak terlepas juga. walaupun menang tipis. Satu undi pun tidak mengapa kata orang yang faham dengan langskap politik BN kini dahulu dan selama lamanya.

Projek mee segera yang dikatakan oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tiada lagi begitu terserlah.Macam pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Ditaburnya projek berjuta juta.

Malah Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri berjanji akan jadikan Manek Urai Kota Agropolitin yang dianggap setengah penganalisis politik sebagai janji mat jenang.

Untuk menang mereka tergamak buat itu dan ini hatta tidak berpijak di bumi nyata sekalipun.

TEKUN NASIONAL melalui Menterinya, Datuk Noh Omar didatangkan khas untuk memberi pinjaman lulus ala mee segera juga sangat berkesan kerana berjaya menarik pengundi 1000 orang mengundi UMNO.

Inilah yang membuat PAS menang dengan majoriti tipis?

PAS juga harus ingat bahawa pengundi di Kelantan sudah makan umpan macam pengundi negeri lain juga. Sudah boleh dibeli dengan wang ringgit berbanding dengan sebelum ini.

Mesti ada silap disana sini yang harus dilihat secara terperinci sebab musababnya.Pengarah pilhanraya PAS pusat Datuk Ustaz Halim Abdul Rahman berkata kepada saya UMNO nak buat? nak buat Hotel? dalam pendalaman ini mahu diri hotel?

Mungkin PAS dilihat sudah lari dari perjuangan asalnya, termasuk boleh bekerjasama sama dengan mujrimun dan akan dijadikan ahlinya pula nanti.

Atau kes kerajaan perpaduan yang hebuh dek tidak berhati hatinya presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencetuskan gagasan itu.

Atau PAS sekarang sudah jadi banyak puak yang marah marah dan menyebabkan menang dengan majuriti tipis.

Atau PAS sekarang tidak lagi memperjuangkan agama yang menjadi dasar parti sepertimana UMNO yang sudah lama tinggal dasar membela melayu?

Bukan setakat itu sahaja malah sudah menjadi pengkhianat pada bangsa sendiri demi mementingkan diri sendiri para pemimpinnya.PAS jangan jadi begitu.

1 comment:

Putra IJ80 said...

Jgn cepat melatah.

Ini PRK.

Sepanjang PRK, sejak 50 tahun dulu.,tak kira PAS ke,46 ke,berjasa ke,hamim ke entah apa lagi yg.bukan UMNO(BN).

Berapa kali kelumpuk ini menang????

Lawan nya bukan UMNO atau BN,tapi Kerajaan.

Semua facility Kerajaan di pakai atau di gunakan,termasuk $$$$$$$$$$.,

Tapi atas keazaman kesabaran dan ketaqwaan PAS bole Menang.,walaupon dgn 65 undi.

UMNO(BN) pernah menang di situ dgn 46 undi saja.,maka 65 itu lebe baik dari nya.

Sepatutnya kita syujud syukur.,.

Tak usah memunding jari menyalahkan itu ini.

Belajar lah dari sejarahnya.