Thursday, August 20, 2009

sedih dengan majlis fatwa kebangsaan

Saya sungguh sedih dengan majlis fatwa kebangsaan Negara yang menafikan kata kata Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa ”orang umno tidak masuk syurga” yang jelas dan nyata ada fakta dan nasnya.

Kita lihat hadis Nabi yang bermasud: ”semua peniaga masuk neraka, kecuali yang beriman dan bertakwa”

Kita lihat pula ayat Allah dalam surah Al Baqarah ayat 275 yang bermakusd: ” Orang orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian disebabkan mereka mengatakan: bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba. Pada hal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa sahaja yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhanya lalu ia berhenti (dari mengambil riba). maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya”.

Ayat ini jelas dan nyata bahawa seiapa yang memakan riba dan terus menerus mengulanginya mereka adalah ahli neraka dan kekal di dalamnya.Allah yang nyatakan sendiri akan akibatnya angkara melakukan yang diharamkan. Bolehkah kita membatalkan hukuman ini. Mungkin boleh, tetapi mereka berada didalam darurat. Apakah sejak dahulu kita berada didalam keadaan darurat?

Oleh itu, itulah amalan orang UMNO sejak dahulu sampai sekarang. Bukan setakat itu sahaja, malah mereka makan rasuah. Semua kontraktor di negara ini terbabit dengan rasuah, iaitu membeli tendar tendar projek. Pada hal makan rasuah itu boleh rosak akidah. Apabila akidah sudah rosak sudah tentu tidak masuk syurga, kecuali beriman dan bertakwa semula. beriman dan bertakwakah mereka yang mengamalkan riba dan rasuah?

Kita tidak nafi syurga itu adalah hak Allah dan masuk syurga itu adalah dengan izin Allah sepertimana di nyatakan oleh Datuk Harun Taib, ketua Dewan ulama’ PAS pusat itu.

Namun demikian apa yang dinyatakan oleh Datuk Nik Abdul Aziz itu ada nas yang harus kita yakini bahawa orang orang yang makan riba jika tidak berhenti mereka adalah ahli neraka dan kekal didalamnya.

Ini adalah keterangan yang nyatakan. Jika tidak menolak maka kita tidak beriman dengan Al-Quran. Apa kata Allah jika tidak beriman dengan Quran? Atau kita cuba ketepikan ayat Allah ini supaya orang yang makan riba terus nerus mengulanginya.Atau hendak jaga hati para pemimpin yang lantik kita duduk ditempat yang kita ada sekarang?

Jika Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia menafikan ayat ayat Allah sah usaha itu seolah olah menggalakkan orang orang yang makan riba mengulanginya sampai akhir hayat sepertimana yang berlaku terhadap orang umno sejak dahulu sampai kini.

Betul masuk syurga dan neraka itu hak Allah dan berlakunya pasti dengan izinnya, tetapi Allah telah memberi peringatan dengan sejelas jelasnya dan senyata nyatanya bahawa ”berbohong” itu juga masuk neraka bermakna tidak masuk syurga. Apa tah lagi yang terbabit dengan riba dan rasuah.

Bolehkah kita halalkan riba dan halal rasuah. Allah nyatakan riba rasuah itu haram dan sesiapa yang mengambilnya jika tidak berhenti mereka adalah ahli neraka dan kekal didalamnya.

Berjuang diatas landasan yang salah juga tidak masuk syurga. Tidak kira PAS ke. Jika berada diatas landasan yang salah juga tidak masuk syurga, walaupun syurga itu hak Allah yang maha penyayang dan maha pengasih.

Saya sungguh sedih dengan usaha majlis fatwa Kebangsaan yang seolah olah mengiakan benda yang salah terus menerus berlaku didalam UMNO. Sewajarnya yang salah itu diperbetulkan agar perjuangan yang diperjuangkan selari dengan kehendak ajaran Islam.

Membiarkan orang orang Umno makan riba dan rasuah, dosanya sama dengan orang yang memakannya. Demikian juga orang yang menulis apa apa perkara mengenai riba dan rasuah. Harap dijuahkan segala itu.

1 comment:

azmeal said...

Tuan,

HTTP://KOMENTARKINI.BLOGSPOT.COM

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ingin memaklumkan kepada tuan bahawa kami telah menerima aduan berkenaan artikel ”Sedih Dengan Majlis Fatwa Kebangsaan” yang dipaparkan di blog milik tuan. Menurut pengadu, artikel tersebut mengelirukan dan tidak tepat di mana ianya boleh disalah anggap oleh pembaca.

2. Untuk makluman tuan, Seksyen 211, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) menetapkan bahawa pemberian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang adalah satu kesalahan. Sekiranya disabitkan kesalahan, pemberi kandungan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

3. Oleh yang demikian, pihak tuan diminta agar mengambil perhatian yang sewajarnya untuk memastikan kandungan yang dipaparkan di dalam laman blog tuan tidak bercanggah dengan peruntukan-peruntukan di bawah Akta 588 serta undang-undang lain yang terpakai di dalam Malaysia.

Sekian, terima kasih.