Monday, June 21, 2010

Apa untungnya buka pintu PAS kepada orang bukan Islam

Bercakap pasal buka pintu kepada orang bukan Islam teringat saya pasal bukan pintu kepada orang UMNO ketika PAS memerintah Terengganu (1999-2004)

Memang ketika pas memerintah Terengganu konsepsi buka pintu kepada orang UMNO suatu yang sangat bahaya.

Tetapi malangnya kes ini tidak pernah menjadi pengajaran PAS miskipun ada bukti yang sangat kukuh.

Allah pernah menyatakan bahawa "manusia sangat jahat dan sangat engkar dengan perintahNya" (ayat 34 surah Ibrahim).

Bagaimana pula akan terjadi apbila PAS membuka pintu kepada orang bukan Islam.Kebanyakan mengandaikan ia telus, tetapi kena ingat, bimbang akan jerlus dan menenggelamkan bahtera PAS itu sendiri.

Setelah membuka pintu kepada UMNO dahulu pun , kedudukan PAS berada dalam bahaya yang amat sangat.

Kalah teruk dalam pilihanraya umum 2004 sebagai contoh yang tidak boleh dinafikan.

Orang UMNO diberi jawatan penting dalam kerajaan, termasuk dilantik JKKK menjawat jawatan JSR sehingga menjadi kecuh kerana mereka itulah yang agih "wang ihsan" kepada rakyat.

konsepsi buka pintu inilah punca orang PAS terpinggir, termasuk pemberian lok lok tanah sebanyak 50 ribu itu kebanyakannya diberi kepada orang UMNO.

Segala projek kerajaan tidak terkecuali, termasuk pemberian kawasan balak diutamakan kepada orang UMNO.

buka pintu ini bukan sahaja menjadi nasib yang sangat malang kepada PAS, malah membuka "pintu fitnah" dengan seluas luasnya sehingga tidak dapat ditutup.

oleh itu buka pintu kepada orang bukan Islam, bagi saya ia menjadi lebih buruk dan berbahaya yang implikasinya sangat besar kepada perjuangan dan dasar PAS selama ini.

Serangan pertama yang dapat dirasakan oleh PAS ialah satu saranan bahawa PAS wajar ditukar namanya kepada jenama lain yang barangkali dilihat ianya sudah tidak sesuai lagi menjadi parti Islam semalaysia.

Inilah gambaran awal bahawa PAS sangat tidak disenangi oleh pengalisis politik dari kalangan profesor di Manara gading.

Implikasi secara tidak langsung ini jangan diingat ia kecil dan tidak berbahaya pada sokongan rakyat di negara ini.

Betul pas diliohat sudah mula mendapat sokongan orang bukan islam, tetapi apakah ia akan kekal buat selama lamanya?

Sejarah telah membuktikan, semasa menyertai BN 70 an dahulu yang hilang banyak sokongan membuat PAS hilang kerusi di Terengganu dan tinggal dua batu nisan di kelantan apabila ditendang.

Ketika pihilanraya umum 1974 Parti kepala lembu naik mendadak hasik undi orang PAS berpaling tadah, kerana tidak setuju PAS bergabung dengan BN.

Apatah lagi buka pintu kepada orang bukan Islam era politik mutakhir ini.

Kita tunggu dan lihat perkembangannya. Jika dipanjang usia akan dirasai implikasinya.Diharap telus tetapi jerlus.

1 comment:

penangkaya said...

dlm pilihanraya akn datang BN akan kalah tapi UMNO tak kalah semuanya. manakala Paktan Rakyat akn menang tapi pas tak menang semuanya. jadi siapa yg menang? DAP dan pakatan bukan islam yg akan menang dan mengusai negara kita. MELAYU MASIH BOLEH BERKUASA JIKA PARTI MELAYU BERSATU ATAU RAKYAT MELAYU BERSATU. Apapun, Tahniah buat Pas yg menafikan kuasa UMNO dan seterusnya yg akan menghilangkan kuasa melayu x lama lagi.