Monday, October 4, 2010

Kerajaan Terengganu pernah disaman RM3 bilion

Mengapa? Sudah tentu ada yang tidak kena tu. Sebab itu kena saman. Puncanya terlalu dan mudah percaya dengan cadangan musuh lalu membuat keputusan tanpa ambil kira sama ada syarikat yang terbabit benar benar berkemampuan dan berkelayakan.

Sebelum membuat keputusan menerima dan memberi satu satu projek pihak kerajaan boleh membuat carian rasmi untuk mendapat maklumat sesebuah syarikat secara penuh dan lengkap termasuk kedudukan kewangannya.

Ini semata mata untuk mengelak daripada kena tipu yang banyak berlaku zaman abad ke 21 ini. Jika tidak berbuat demikian, pakai percata dan terima bulat bulat cakap orang tengah sudah tentu ia akan menerima padah sepertimana pernah terjadi pada kerajaan Terengganu .

Apabila membaca berita Datuk seri Azizan Razak menteri Besar Kedah mempelawa syarikat yang menderma rapelika cek sejumlah RM 4 bilion kepada kerajaan Kelantan teringat saya dengan kes saman sejumlah RM 3 bilion terhadap kerajaan Terengganu waktu di perintah PAS dulu.

Puncanya ialah hasil daripada terlalu percaya dengan sebuah syarikat RM 2.00 yang jelas tidak mampu membayar premium sejumlah RM 5 juta yang dikenakan untuk mengeluarkan balak yang diberikan kepada syarikat itu.

Oleh kerana syarikat tersebut tidak dapat mengeluarkan wang sebanyak itu mahu tidak mahu Kerajaan Terengganu waktu terpaksa tarik balik pemberian kawasan balak dantidak lama kemudian disaman sejumlah RM 3 bilion.

Saya rasa kerajaan Kedah jangan jadi macam kerajaan Terengganu yang terlalu ghairah untuk menerima pelabur untuk membangunkan negeri .

Untuk makluman semua terlalu banyak pelabur datang untuk melabur di negeri Terengganu waktu itu, termasuk pembinaan lebuhraya dari jabur ke Kuala Terengganu yang berharga RM 2.3 bilion.

Yang membimbangkan pelabur pelabur yang dating itu menggunakan orang orang tertentu, termasuk orang orang yang dekat dengan menteri besar dan EXCO EXCO yang menentukan dasar kerajaan sepertimana yang berlaku atas kerajaan Kelantan baru baru ini.

Namun Ustaz Azizan Razak hendaklah berwaspada dengan syarikat yang ingin melabur di Kedah, kerana hari ini betapa banyak syarikat yang bermodal hanya RM 2.00 atau dengan kata lain syarikat tersebut adalah syarikat “putar alam” punca kena saman.

Kerajaan Kelantan pernah disaman dek terlalu percaya dengan orang tertentu yang boleh mencalar nama baik kerajaan membangun bersama Islam.

Waspadalah dengan kegiatan syarikat syarikat yang beroperasi sebagai syarikat putar alam ini. Harap jangan mudah percaya, kerana ini akibatnya sentiasa ditipu yang pernah berlaku pada Kerajaan Kelantan dan Terengganu.

No comments: