Saturday, January 28, 2012

Siapa selepas Dr Hassan Ali akan di pecat?

Penulis ditanya dengan soalan yang berbunyi: “siapa pula yang akan dipecat selepas ini”. Naik bingung juga di buatnya.Maklum sajalah tiap tiap hari penulis di aju dengan banyak persoalan mengenai tindakan memecat Dr Hassan Ali.

Soalan ini pasti bermain difikiran mereka. Kalau tidak mana mungkin soalan begitu keluar dari mulut mereka ketika berjumpa penulis.

Penulis hanya boleh cakap memang ada lagi orang lain selepas Dr Hassan Ali kuasa ketiga ini akan di pecat kerana Datuk Asri Muda Yang Dipertua PAS pusat sendiri kena pecat.

Apa pun kita tunggulah perkembangan selanjutnya.

Lebih lebih ada orang PAS yang tak berkenan berpakat dengan DAP dan parti keadilan rakyat.Tak lama dulu ketua Dewan ulamak PAS Perak pernah diminta pecat.setakat hari ini dia tak dipecat. Yang di pecat ialah Dr Hassan Ali.

Memang penulis pernah dengar cakap cakap orang parti keadilan yang tak puashati dengan beberapa orang besar PAS selepas Dr Hassan Ali yang dikatakan sesetengah orang sebagai sebiji permata dalam PAS.

Termasuk Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat Datuk ustaz Harun Taib disuruh pecat.

Penulis pernah dengar orang keadilan cakap Ustaz Nasharuddin Mat Isa kena pecat. Bukan orang keadilan saja yang cakap begitu. Malahan ada juga orang PAS yang cakap macam itu.

“Pecatlah dia, cakap tak comel. Boleh rosak hubungan PAS dengan pakatan Rakyat.Kita berkawan kena jaga juga hati kawan.

Bagaimana pula dengan hati orang PAS pernah yang sering jadi mangsa penipuan suatu ketika dulu.

Dahulu Azmin Ali yang cakap minta PAS pecat Dr Hassan Ali. Tak lama kemudian jadi kenyataan Dr Hassan sebiji permata ini kena pecat.

Penulis juga ada dengar cakap cakap orang keadilan yang berbunyi: “ Datuk Harun Taib kena pecat” . Alasan orang keadilan atas sebab lawan cakap Azmin Ali yang suruh PAS pecat Dr Hassan Ali.

Sehari dua ini Dr Aziz Bari yang pernah didewa dewa oleh puncuk kepimpinan PAS pula suruh Datuk Seri Azizan Razak menteri Besar Kedah menyertai BN, kerana sokong AUKU yang dianggap relevan BN itu.

Sebelum jumaat dua orang datang jumpa penulis. Seorang bertanya soalan yang berbunyi: macam dengan Dr Hassan Ali. Manakala seorang lagi berkata: pecatlah ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Tangapan penulis orang yang bertanya pasal Dr Hassan Ali jelas masih sayangkan Dr Hassan Ali yang sememangnya popular.

Bayangkan seorang tokoh motivasi yang sering muncul di kaca TV beberapa tahun lamanya sebelum masuk PAS. Pasti popularity mengalah mana mana tokoh dalam PAS.

Seorang lagi yang meminta, pecat Ustaz Nasharuddin Mat Isa itu, jelas dia begitu taksub dengan ketua pembangkang Datuk seri Anwar Ibrahim yang dikatakan punca Ustaz Nasharuddin menang ahli parlimen.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemecatan Dr Hassan Ali nagetifnya hanya kecil. Oleh itu, kemungkinan akan ada lagi orang besar PAS akan dipecat.

Sejarah telah membuktikan PAS pernah pecat 12 orang sekaligus (Dewan Harian parti) iaitu orang besar PAS, termasuk Datuk Asri Muda yang banyak jasanya jadi mangsa.

Penulis hanya boleh kata, kalau begitu pasti akan ada seorang dua lagi orang PAS yang akan dikenakan tindakan dan di pecat.Siapa? kita sama sama tunggu dan lihat.

2 comments:

Anonymous said...

pada saya hassan ali patut berambos dari pas. Biar dia bawa diri menentukan halatuju sendiri dengan kuasa ke3 yang sedangk uruskan itu. Untuk sekali lagi dtegaskan HASSAN ALI PERGI MAMPUS.Sekian

Anonymous said...

orang pas kena berhati2. apa salah hassan ali? jeff ooi dari dap pun celupar juga. azmin pun lajak juga. kenapa orang pas membisu je. anwar yang liberal tu orang pas boleh terima dr dzul yang menulis tentang dilema gerakan islam tu pulak orang pas. kalau dia pengikut biasa tak apalah nak tulis apa2 pun; tapi dia pimpinan. dia sepatutnya tidak menulis sebebas itu