Sunday, March 4, 2012

Antara kerajaan PAS Terengganu dan Kedah

Barangkali ramai yang marah marah apabila saya menulis tajuk diatas yang cuba buat perbandingan antara kerajaan Pas Terengganu (1999-2004) dan kerajaan Kedah (2008-2012).

Krisis yang berlaku dalam kerajaan Kedah tidak berlaku sepertimana yang berlaku dalam kerajaan PAS Terengganu (1999-2004).

Krisis di Kedah membuat Menteri besar Ustaz Azizan Razak terpaksa melantik EXCO baru dan terpaksa menyerah dianya kepada akar umbi.Manakala kerajaan PAS Terengganu menghadapi masalah akar umbi yang menjadi punca hilang kuasa anugerah Allah itu.

Bagi penulis krisis itu sangat berat miskipun sesetengah mengatakan ia ujian Allah. Dengan kata lain Allah hendak menguji kepimpinan siapakah yang benar benar bersabar.Jika tak tahan sabar begitulah jadinya.

Dua ujian yang harus diambil kira iaitu ujian istiqamah dan tarbiyyah yang mana mungkin ada yang tidak sedar yang mereka kurang istiqamah dengan perjuangan dan agama serta tarbiyyah yang kelihatan ada sesetengah yang cuba abaikan apabila diberi kuasa.

Pelantikan EXCO baru yang dibuat itu jelas menteri besar tidak tahan sabar dan dua orang exco yang tak mahu nama nya disenaraikansemula itu juga merupakan orang yang tidak tahan sabar.

Ustaz Azizan dan dua orang exco yang enggan dilantik semula itu kena ingat jawatan yang mereka sandang itu adalah anugerah Allah.Kena juga bahawa memerintah kerana Allah dan berkhidmat sebagai exco kerana Allah. Bukan kerana lain, selain kerana Allah.

Kalau menteri besar dan dua exco yang tidak dilantik semula itu tahan sabar barangkali tidak berlaku kemelut dan pelantikan semula exco baru kerana selama 3 tahun memerintah Kedah Cuma dua orang saja yang tak serasi berkhidmat sebagai exco dibawah menteri besar.

Maka itulah perbezaan antara kerajaan PAS Terengganu dan Kedah yang barangkali akan menerima nasib yang sama dapat ditumbangkan oleh umno/BN dalam musim PRU 13 nanti.
Kerajaan PAS Terengganu yang begitu banyak membela rakyat, termasuk meluluskan 50,000 lot tanah kepada rakyat juga tumbang dalam musim PRU 11.(2004).

Mengapa tidak?kerana Kerajaan PAS Terengganu yang bermenteri besarkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang lebih utamakan orang umno yang disifatkan sebagai kaum muhajirin berbanding orang PAS yang disifatkan sebagai orang ansar sepertimana yang pernah dipraktis oleh Rasulullah SAW ketika memerintah Madinah.

Nampaknya yang memerintah dan exco yang dilantik tak ingat bahawa laum muhajirin umno tidak sama nilainya dengan kaum muhajirin zaman Rasulullah SAW. Kena ingat ansar PAS tak sama nilainya berbanding dengan orang ansar zaman Rasulullah SAW di Madinah.

Mungkin kerajaan Kedah yang bermenteribesarkan Datuk Seri Azizan Razak tak demikian, kerana dia pernah buat dakwaan,dia kenal orang umno.

Bermakna krisis yang berlaku itu datang dari dalaman yang kemungkinan dua exco tak puas hati dengan perangai menteri besar yang disifatkan sebagai seorang menteri besar yang panas baram itu.

Kesimpulkan yang boleh saya buat bahawa kemelut kerajaan Kedah sekarang ini merupakan krisis kepimpinan yang mungkin sukar sikit untuk diselesaikan.

Manakala kemelut kerajaan PAS Terengganu dulu itu adalah merupakan krisis akar umbi yang membawa bencana buruk punca jatuh tersungkur dalam musim pilihanraya umum ke 11 yang harus kena ingat jika hendak memerintah semula.

1 comment:

ajib said...

kalu mcm tu, bg semua kat org pas, biar mampus org ameno. mcm tu ka? br betol pas ganti ameno ye?