Tuesday, July 30, 2013

Usaha buruk nama baik Hadi Awang





Walaupun ada orang kata Melayu muda lupa, tetapi penulis tak pernah lupa dengan kata kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lama dahulu bersabit dengan jawatan yang di sandang hingga sekarang ini.

Mungkin ada sesetengah sudah lupa, tetapi penulis tetap tak lupa dengan kata presiden PAS yang mengambarkan betapa tawaduknya beliau apabila ada pihak yang suba buruk dan hendak menjatuhkannya sebagai presiden parti.

Memang jawatan presiden parti PAS tidak pernah dicabar setakat hari ini. Perlembagaan parti Islam semalaysia ini  tidak pernah menghalang mana individu untuk turut mencabar jawatan tersebut menerusi usul kawasan kawasan di seluruh negara.

Lainlah Jawatan timbalan presiden yang telah dicabar setiap kali muktamar di adakan dua tahun sekali sebagai tahunan pilihan jawatankuasa parti sepertimana yang telah dibenarkan perlembagaan.

Penulis tak ada niat untuk pergi jauh apabila bercakap pasal ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS pada muktamar yang akan diadakan pada Novembr 2013 ini.

Penulis masih belum lupa kata kata yang keluar dari mulut presiden sendiri yang berbunyi: “sesiapa sahaja boleh ambil alih jawatan presiden parti ”.Bermakna beliau tidak kisah dengan jawatan yang di sandangnya.

Ini menunjukkan “lampu hijau” sudah lama nyala dan tidak akan mati mati asalkan ada orang yang lebih layak untuk menjadi presiden parti. Tidak timbul jawatan itu hak milik Haji Abdul Hadi Awang.

Atau dengan kata lain bukan atas kehendak beliau jawatan itu disandang sehingga hari ini.Dia adalah hak para perwakilan.

Oleh itu sangat tidak patut mengatakan PAS hak mertua dan menantu yang telah dilabelkan oleh pihak tertentu dua tiga hari ini.

Dengan itu, maka tiada sebarang halangan untuk ahli PAS tukar presiden jika ada orang lain yang lebih layak berbanding presiden sekarang. Sangat tidak wajar ada pihak berusaha hendak menjatuhkannya melalui isu yang dimainkan.

Bukan setakat cuba untuk menjatuhkannya, malahan semacam ada pihak yang cuba memburuk buruk nama baik Haji Hadi Awang yang amat tidak patut boleh berlaku dalam parti yang memperjuangkan Islam.

Pada penulis, alasan parti pas hak milik mertua dan menantu yang jelas boleh mengambarkan haji Hadi seorang yang pelahat dengan jawatan yang disandang dan buruk perangainya sepanjang menyandang jawatan tersebut, sedangkan tuan punya badan sudah nyatakan sesiapa saja boleh ambil alih jawatan itu.

Maka sangat molek kawasan kawasan yang bermesyuarat mencalonkan seseorang yang difikirkan layak mengganti jawatan presiden pada muktamar yang akan berlangsung pada November ini.

Seingat penulis Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ini pernah menolak pelantikan menteri besar Terengganu sebaik PAS menang besar dalam PRU 10 (1999-2004).

Beliau tak mahu dilantik sebagai menteri besar Terengganu, tetapi PAS pusat yang mahu beliau sandang jawatan tersebut.

Demikian juga dengan jawatan presiden PAS yang boleh ditukar selama dua tahun sekali. Tiada halangan  untuk sessiapa mencabar jawatan itu.

Bukan setakat itu sahaja, malah beliau pernah berkata dan bersedia berundur jika ada orang lebih layak untuk melayari kapal PAS yang sedang belayar dilautan yang penuh dengan gelora itu.


1 comment:

Anonymous said...

Untuk menghindari fitnah. Apa kata Presiden umum tidak akan pertahankan jawatan jika ada pemimpin lain dicalonkan sebagai Presiden?

Saja nak acah sikit.