Monday, August 12, 2013

Jumpa, lama tak jumpa



Lama tidak berjumpa. Apabila berjumpa, maka bamyaklah ceritanya. Macam macam cerita. Semya cerita boleh dikatalam menarik belaka.

Tetapi memang ada yang paling menarik menyentuh naluri penulis.Cerita yang menarik pada penulis itu sedih sikit berbanding dengan banyak banyak cerita.

Ceritanya berbunyi bergini: “menang pun tak guna juga memerintah” Ia ditujukan kepada parti PAS yang sangat besar harapan untuk memerintah Terengganu pada PRU 13 lalu.

Lawan penulis yang bawa cerita ini bukan calang calang kakitangan kerajaan. Beliau ini pernah jadi pengarah salah satu jabatan kerajaan Persekutuan.

Kita dengar cakap cakap pada penulis apabila lama tak jumpa pasti akan disebut itu prajudis namanya.

Bagi penulis ia bukan prajudis tetapi sutu reality kerana beliau sudah membuat penilaian tentang kerajaan Pas Terengganu (1999-2004) dan kerajaan PAS Kedah (2008-2013).

Dalam pada itu beliau menyebut Kelantan lain sikit kerana metaliti rakyatnya sangat berbeza dengan rakyat Terengganu dan Kedah.

Penulis setuju dengan pandangannya, memang semasa pas memerintah Terengganu (1999-2004) dan Kedah (2008-2013) terlalu banyak yang tak kena.

Kerajaan yang memerintah Terengganu (1999-2004) dan Kedah (2008-2013) lebih mengutamakan pandangan musuh berbanding pandangan orang PAS sendiri dalam banyak perkara.

Hal ini telah dijadikan amalan atas alasan untuk menjinakkan musuh agar memberi sokongan pada kerajaan PAS.

Rupa rupanya rencana itu tidak menjadi kerana musuh tetap menjadi musuh punca PAS Terengganu kalah teruk pada PRU (2004-2008) dan PAS Kedah kalah pada PRU 13 lepas.

Maka sesungguh semacam amat wajar dia berkata “menang pun tak guna juga memerintah”. PAS Terengganu ada juga jasanya, kerana membuat undang undang jinayah syariah,

manakala PAS Kedah tak ada jasa langsung, kerana judi 4 nombor ekor dan TOTO tidak diharamkan.
 Bukan beliau seorang sahaja yang bercerita mengenai perkara tersebut, malahan ramai kalangan orang atasan yang menyokong PAS berkata macam itu kepada penulis.

Penulis tidak tahu mengapa boleh jadi macam itu. Mungkin terlalu percaya dengan musuh sehingga abai langsung pandangan orang sendiri.

Selepas solat Idil Fitri penulis didatangi salah seorang penyokong PAS dan berkata seorang Ahli parlimen yang menang PRU 13 melakukan kaedah yang serupa dengan kaedah wakil wakil rakyat dan ahli parlimen yang menang pada PRU 1999.


 

No comments: