Sunday, October 25, 2015

Orang jahat boleh tolong PAS?


Penulis pernah mendengar perkataan sepertiman tajuk rencana ini. Kata kata itu mungkin keluar dari mulut para pemimpin PAS. Sebab itu kata kata itu sudah jadi mulut kemulut sehingga ke akar umbi.

Bagaimana orang yang jahat boleh tolong PAS. Pelik juga ya. Sangat tidak munasabah. Bayangkan, orang yang jahat boleh tolong orang baik.Kini Nampak jelas ulama pula jadi sasaran penghinaan.

Tolong ada dua jenis tolong. Pertama, sokong membawa rebah. Sokong membawa rebah juga boleh kita katakana itu adalah jenis pertolongan yang di sifat sebagai pengkhianatan.

Tolong menolong disebut oleh Allah SWT. Tolong menolonglah dalam kebaikan dan jangan tolong menolong dalam kejahatan.

Bermakna Allah melarang manusia tolong menolong dalam kejahatan dan diperintah tolong menolong dalam kebaikan.

Persoalan sekarang, munasabahkah orang jahat boleh tolong PAS. Tolong membawa rebah kemungkinan ada realitinya.Jauh sekali untuk menolong membangunkan parti islam yang berusaha bersungguh sungguh untuk  membentang hudud di parlimen.

Kerana kini PAS berhadepan dengan pelbagai masalah dek angkara golongan yang mahu menghancurkan parti Islam itu dari dalam.termasuk di saman empat  orang yang mengaku masih beragama Islam .

Dr Harun Din pernah menyatakan, AWAS , musuh dalam selimut, duri dalam daging dan api dalam sekam suatu ketika dahulu.

Kata kata itu dituju khusus kepada pucuk kepimpinan parti agar waspada dan berhati hati dengan golongan yang tak mushail masih ada didalam parti Islam Semalaysia itu.

Kini terbukti bahawa memang ada sungguh musuh dalam selimut, duri dalam daging dan api dalam sekam dalam parti Islam semlaysia apabila gen 18 menubuhkan parti  amanah dan berusaha bersungguh sunguh untuk berhadepan dalam musim PRU 14 nanti.

Jika dalam kerajaan Madiah ada munafik yang berusaha  bersungguh sungguh mengagalkan kerajaan Islam yang diterajui Nabi Mohammad SAW, tak mustahil parti pas berhadepan dengan isu yang sama.

Lebih lebih lagi, Rasulullah SAW pernah menyatakan, suatu hari  nanti masyarakat duinia akan lebih buruk lagi berbanding masyarakat dizamannya.

Orang jahat boleh dikatakan mustahil akan menolong parti PAS menjadi sebuah parti yang akan mendaulatkan undang  undang Islam di Malaysia ini.Kerana mereka faham apabila hudud dilaksanakan susah buat mereka.

Akan tetapi mereka boleh tolong menghancurkan parti Islam semalaysia dengan serang empat penjuru melabelkan pas sudah tidak relevan lagi.

Disamping menubuhkan lain parti yang parti baru ini lebih islamik kerana kononnya parti Amanah berlogo semacam piramid adalah inklusif, progersif  dan professional .

Mat Sabu pernah  menyatakan bahawa dia tidak berjiwa islam dan beliau adalah orang yang akan menyokong undi menentang perlaksanaan hudud di Malaysia yang akan diadakan di parlimen nanti.





4 comments:

Anonymous said...

Bukan semua ulamak baik..........ada yg setan bisu, ada yg tak bisu tapi memang setan!
Kalau tak masyuuk pas tak leh masyuuk sorga ke?

IrWrWs said...

Kalau TANPA rasa bersalah LANGGAR sumpah baiah dan LANGGAR harta wakaf malah sanggup TOLAK hudud jika DAP tak nak hudud.... camana pulak ek?

Anonymous said...

PENGIKUT PAS RAMAI DAH JADI SYIRIK KERANA TERLALU MEMUJA PIMPINAN TERMASUK WAN ROSLI NI
MEMUJA MANUSIA MELEBIHI ALLAH SWT, SYIRIK BRO..
SYIRIK TERANG TERANGAN

Anonymous said...

wan rosli, kenapa ambil pandangan satu ulamak saja? kenapa tak ambil pandang yusof qaradawi? sebab taksub hanya pas boleh bawa kamau ke syurga ke?