Monday, April 25, 2016

Parlimen Kuala Nerus


Pada pilihanraya umum 13 umno menang satu kerusi DUN sahaja di Parlimen Kuala Nerus. Pada pilihanraya umum 14 nanti Ustaz Muhammad Ramli Noh yang kalah di Dun Tepoh katanya, diangkat untuk bertanding parlimen tersebut.

Manakala Datuk Basir Bin Ismail yang sejak dari dahulu dahulu lagi nak bertanding DUN Tepoh tak pernah dapat kini sudah tersenarai namanya sebagai calon Dun Tepoh.

DUN Telok Pasu milik Datuk Rahim Said sudah ditukar kepada muka baru iaitu Che Masor Salleh orang yang sangat di percayai Menteri Besar Datuk Seri Mohd Razif Abdul Rahman.

DUN Bukit Tunggal, katanya, bertukar tangan kepada calon lama yang pernah kalah iaitu Tuan Arif Shibu Fadilah Tuan Ahmad.

Datuk Seri Mohd Razif Abdul Rahman kekal di DUN Seberang Takir miskipun hayat jawatannya berada diujung tanduk, kata Datuk Seri Ahmad Said.

Soalnya, Betulkah senarai calon sepertimana diatas itu kekal sebagai calon piliharaya umum 14 nanti?

Penulis boleh setuju nama Datuk Basir ismail kekal bertanding DUN Tepoh, Che Masor Salleh kekal bertanding di Dun Teluk Pasu.

Kerana kedua dua orang yang tersenarai ini adalah orang yang dipercayai Datuk Seri Mohd razif Abdul Rahman dan tidak ada nama lain yang layak dijadikan calon setakat hari ini.

Manakala nama Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad yang pernah kalah ketika bertanding di Dun Bukit Tunggul dahulu itu belum tentu kekal, kerana ada nama lain yang lebih layak untuk mengalahkan calon PAS YB Dr Alias Razak.

Demikian juga nama Ustaz Haji Muhammad Ramli Noh yang kalah di tangan Ustaz Hishamuddin Karim Di Dun tepoh pada PRU 13 lepas masih ada nama lain yang lebih berwibawa untuk lawan Datuk Dr Khairuddin Takiri  di parlimen Kuala Nerus.

Tokohnya, tidak lain dan tidak bukan,mantan ketua pengarah Biro Tatanegera (BTN) yang baru sahaja pencen iaitu Datuk Raja Arif Raja Ali.

Beliau orang Datuk Seri Idris Jusoh dan juga orang Datuk Seri Mohd Razif Abdul Rahman yang ada potensi untuk kalahkan Datuk Dr Khairuddin Takiri penyandang 
Parlimen Kuala Nerus mengalah Datuk Nasir Ibrahim fikri pada PRU 13 lepas.

Ustaz Mohammad Ramli Noh barangkali tersenarai sebagai calon nombor dua selepas Datuk Raja Arif Raja Ali yang dikatakan berwibawa untuk menang parlimen Kuala Nerus pada PRU 14 nanti.

5 comments:

Anonymous said...

http://mountdweller88.blogspot.my/2016/04/gabung-umno-pas-rupanya-hadi-takut.html?m=1

Anonymous said...

http://mountdweller88.blogspot.my/2016/04/rileks-jap-cerita-pas-ajak-berjihad.html?m=1

Anonymous said...

http://mountdweller88.blogspot.my/2016/04/benarkah-sekiranya-prn-diadakan-di.html?m=1

Anonymous said...

Bila Hj Hadi dan zuhdi akan saman wartawan yg tulis hj hadi ajak jihad lawan DAP..dah lama ni belum saman2 lagi atau hj hadi ulamak pas pun pandai belit2 jugak sejak rapat dengan Najib..

Anonymous said...

Calon pas di serawak nukan islam(kapir)..sekarang dah boleh baik dengan orang kapir kerana pilihanraya..penulis boleh jelaskan berkaitan tulisan anda terdahulu..