Monday, April 18, 2016

Yahudi boleh, yang tak boleh zionis?



Datuk Dr Daniel Zainal Abidin dalam Halagah TV 9 Sabtu petang (2 April 2016) berkata, Rasulullah SAW tidak ada masalah dengan Yahudi di Madinah.

Lantas dikatanya, boleh berkawan dengan yahudi. Yang tidak boleh zionis.Macam mana boleh berkata demikian, sedangkan yahudi itu zionis dan zionis itu yahudi

Tidak dinafikan Rasulullah SAW pernah bermuamalah dengan yahudi dan menyuap makanan kepada seorang Yahudi Buta.

Fakta sejarah Rasulullah SAW menghalau Yahudi dari bumi Madinah. Kalau Rasulullah SAW tidak ada masalah dengan yahudi di Madinah mana mungkin dihalaunya yahudi keluar.

Bukan setakat itu sahaja, malah Rasulullah SAW pernah memerintah Saidina Omar RA menghalau Yahudi Dari bumi Madinah.

Fakta sejarah yang sedia maklum sehingga hari ini tiada seorang yahudi yang tinggal di Madinah. Arab Saudi  menerusi polisi dan dasarnya tidak membenar kafir memasuki bumi Madinah dan Mekkah.

Oleh itu, mengatakan Rasulullah SAW tidak ada masalah dengan yahudi di Madinah suatu pembohongan terhadap Allah dan Rasulnya.

Fakta sejarah, yahudi telah mengkhianati perjanjian yang dibuat bersama Rasulullah SAW ketika memerintah Madinah.

Apakah mengkhianati perjanjian yang dibuat bersama  itu tidak beri masalah kepada kerajaan yang di terajui Rasulullah SAW.

Sehingga tergamak berkata, Rasulullah SAW tidak ada masalah dengan yahudi di madinah sedangkan fakta sejarah banyak masalah yang dilakukan oleh yahudi disamping masalah yang di lakukan golongan Munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay.

Yang peliknya macam mana Dr Daniel Zainal Abidin dalam Halaqah TV 9 Sabtu petang (2 April 2016) boleh berkata demikian sedang ia bercanggah dengan fakta sejarah yang kita sedia maklum itu.

Orang orang yahudi bani Nadhir menaruh harapan dengan janji orang orang munafik bahawa mereka tetap bersama yahudi yang telah diberi kata putus oleh Rasulullah SAW agar keluar dari bumi Madinah.

Mereka melengah lengahkan perlaksanaan pengusiran kerana percaya dengan janji janji orang munafik dan Rasulullah SAW mengarahkan supaya membuat persiapan untuk memerangi mereka.

Oleh kerana terlalu takut dengan serangan yang akan dilakukan oleh Rasulullah SAW. Mereka bertindak dan bersetuju keluar Dari bumi Madinah.

Dengan itu, orang orang yahudi meroboh rumah rumah mereka sendiri supaya tidak diduduki oleh orang orang islam. Sebahagian mereka pergi kekhaibar dan sebahagian lagi pergi ke Azra’aat, sam.

Oleh kerana sesetengah orang islam mengatakan jangan buruk sangka dengan ada orang yahudi, kerana ada yang memeluk Islam atas sebab Allah sahaja yang boleh memberi hidayah sesiapa dikehendakinya.

Kita tidak dimaklumkan berapa ramai jumlah  yahudi di kampong tersebut, Akan tetapi Fakta sejarahnya hanya dua orang sahaja yang masuk islam, iaitu Yasmin bin Umair dan Abu Saad bin Wahb.

Macam mana Dr Daniel boleh kata yahudi boleh buat kawan yang tak boleh zionism.sedangkan Zionist  dicipta pada tahun 1890 oleh Nathan Birnbaum(yahudi).

Definisi amnya bermaksud pergerakan kebangsaan untuk mengembalikan orang-orang Yahudi ke tanah air mereka untuk medaulatkan semula Yahudi di Land of Israel.

Penulis tidak faham mengapa boleh berkata demikian sedangkan berkata begitu seolah olah menunjukkan kita gemar dan cenderung menolong orang kafir (yahudi) yang jahat dan mengkhianati Rasulullah SAW.

Sedarkah kita bahawa gemar dan cenderung tolong orang kafir adalah sifat orang munafik yang telah dinyatakan oleh Allah dalam Al Quran agar kita tidak mengeluar sebarang kenyataan yang bercanggah dengan ajaran islam yang dibawa oleh Nabi SAW.


Sejak penubuhan negara Israel pada tahun 1948, Zionisme telah datang untuk memasukkan pergerakan  pembangunan negara Israel dan perlindungan  Yahudi di Israel melalui sokongan bagi Angkatan Pertahanan Israel.

Dari penubuhannya, Zionisme menyokong ketara dengan matlamat rohani. Yahudi daripada pelbagai kepercayaan - kiri, kanan, agama dan sekular - membentuk gerakan Zionis dan bekerja bersama-sama ke arah matlamat menghalalkan cara.

Perbezaan pendapat dalam falsafah telah membawa kepada perpecahan dalam gerakan Zionis-tahun demi tahun beberapa kaedah yang berasingan telah muncul dan menekankan: Zionisme politik; Zionisme Agama; Zionisme Sosialis dan Zionisme Wataniah.

2 comments:

Lebai Roger said...

Mana u belajar Membuat andaian "Yahudi itu zionis, zionist itu Yahudi". ??? Universiti Kuah taruk Atas ka? Tahu kah anda ameno pun ada ciri2 zionist tapi mereka bukan yahudi? Adakah ini kerana Hj Hadi jadi penasihat untuk amar makruf saja tiada nahi mungkar? Ya seikh itu la fahaman zionist.......jgn berbelit2, ada ramai yahudi yg menentang fahaman ini. Bagaimana dgn retorik keluar pas sama dgn keluar jemaah islam? Org yg berkata demikian sama dgn zionist? Macam setan bisu dlm bab kemungkaran.........

kiedentech said...

penulis ini mempunyai pandangan yang merbahaya dan banyak terpengaruh dengan ajaran wahabi yang sanggup mengupulkan tentera islam untuk menyerang syria tetapi tidak israel dan lebih teruk lagi cuba mengulangi tentyera nazi jerman pimpinan hitler dan menghalalkan pembunuhan atas dasar bangsa itu bangsa yahudi