Saturday, May 28, 2016

Antara Mat Sabu dan PRK



 Sebut sahaja nama Mohammad Sabu, teringat penulis dengan nama Ibrahim Ali. Kedua dua orang tokoh politikus tanahair ini punya perwatakan yang hampir sama.Mereka sama sama panas baram.

Faktanya, Mohammad Sabu MP Kubang Kerian selama dua penggal. Ibrahim Ali jadi timbalan menteri sebelum dipecat dari umno.Demikianlah kehebatannya.
Kehebatan Mat Sabu, lari keluar Pas setelah kalah teruk  pada muktamar tahun lepas. Bukan dia seorang sahaja yang lari, tetapi seramai 18 orang.semuanya professional belaka.

Tiba tiba sahaja, membeli parti PAN (parti pekerja)sebagai wadah memperjuangkan Islam ala Mat Sabu dan gengnya.

Mat Sabu dilantik sebagai presiden PAN dan baru baru ini telah buat keputusan untuk letak calon di kedua dua parlimen yang kosong atas sebab kematian MP umno/BN  pada kecelakaan Helikopter di Sarawak.

Dalam diam, diam nama Mat Sabu telah disenarai pendek sebagai calon yang akan bertanding di parlimen Sungai Besar, Selangor pada 18 jun 2016 ini.

Pas dah isytihar calon. Dr. Hajah Najihatussalehah binti Ahmad Calon PAS P067 Kuala Kangsar.Perak dan  ADUN Meru,Yang Berhormat Dr Haji Abdul Rani bin Osman calon P93 Sungai Besar, Selangor

Lantas teringat penulis dengan nama Ibrahim Ali yang pernah bertanding  pada pilihanraya Kecil DUN Pengkalan pasir ,Pasir Mas Kelantan. Lawan  tiga penjuru.Pas, Umno dan Bebas.

Mengapa tidak? Ibrahim Ali seorang tokoh hebat dan wibawa yang telah diberi lampu hijau oleh PAS bertanding   tiga penjuru  di PRK Pengkalan Pasir, Pasir Mas Kelantan  pada 6 Disember 2005 dahulu.

Kebanyakan penganalisis pas mengatakan kelebihan duduk pada  calon pas. Sebab itu telah diberi lampu hijau kepada Ibrahim Ali bertanding atas calon bebas.

Ramalan tersebut meleset. Pas kalah, manakala Ibrahim Ali hanya dapat 480 undi sahaja.Itu Ibrahim Ali yang pernah jadi timbalan menteri dalam Kabinet. Apatah lagi dengan Mat Sabu yang hanya MP dua penggal dan timbalan presiden Pas.

Barangkali Pada PRK Pengkalan pasir,  Pasir Mas Kelantan tempohari tiada kajian dibuat. Cuma agak agak sahaja bahawa Pas memang boleh menang kalau lawan tiga penjuru.Tapi kalah. Itulah kehendak Allah bersama redhanya.

Paling  membimbangkan, kemenangan bersama murka Allah. Minta dijauhkan.

Akan tetapi hari ini pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pas sudah buat  kajian menerusi  Pusat Penyelidikan PAS (PPP) yang mendapati pertandingan tiga penjuru di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan memberikan kelebihan kepada PAS.

Demikian  kata pengarahnya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.Kita tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Sama samalah kita tunggu dan lihat apakah ia realistic atau khayalan belaka.

Penulis tidak tahu bentuk kajian yang dilakukan sehingga tergamak mengatakan pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar Selangor dan Kuala Kangsar Perak itu memberi kelebihan kepada PAS.

Bukan setakat ia memberi kelebihan kepada Pas, malah disebutnya pas boleh menang. Kata menang terbit dari mulut atau terbit dari kajian yang dibuat.

Dalam dunia politik cakap sedap mulut dan kaji silidik lebih kurang serupa sahaja.Jika ada yang tak percaya boleh tanya sesiapa yang terbabit dengankaji sidilik politik tanahair.

Mereka sering buat kaji selidik termasuklah Prof  DR Mohammad Agus Yusof.  Prof Dr Abu Hassan Hasbullah, yang pernah buat kaji selidik politik tanahair pada PRU11 dan PRU12.

Panulis berani ramal, jika mat Sabu jadi calon pada PRK Sungai Besar,jadilah macam apa yang berlaku pada Ibrahim Ali yang hilang wang pertaruhan ketika bertanding pada PRK Pengkalan Pasir.

Tidak dinafikan pada PRU 13 Ibrahim Ali memperolehi undi sebanyak 25,384. Itu, adalah undi umno kerana parlimen Pasir Mas, satu lawan satu.Jika umno masuk, nahas.

Mungkin dapatlah 2,500 undi yang di campur dengan tiga DUN dalam parlimen Pasir Mas. Ini berdasarkan undi yang diperolehinya ketika bertanding di DUN Pengkalan Pasir dahulu.

Pas sukar untuk menang. Tidak dinafikan pas penah ada PRk parlimen Kuala Terengganu. Tetapi Faktanya, setiap pilihanraya kecil jarang sekali kemenangan memihak pada parti pembangkang.

Mengapa tidak? Kerana segala jentera pilihanraya diturunkan habis habisan, termasuk projek mee segera macam cendawan tumbuh pada musim hujan.Wang upah undi ditabur begitu banyak.

Boleh tanya Ibrahim Ali berapa banyak wang untuk tabor semasa berlaku PRK dalam beg mereka yang dipertanggungkan untuk beli pengundi oleh umno.

Penulis telah diberitahu, setiap seorang yang ditugaskan untuk beli undi akan diberi wang sebanyak RM 500,000.00. agar umno menang mudah dalam satu satu PRK.

Lihat PRK Teluk Intan. Pada hal kerusi itu adalah kerusi yang dimenang oleh DAP. Keputusannya, BN juga yang memang. Wal hal DAP belum putus hubungan dengan PAS. Kerjasama Pas, PKR dan DAP walupun sudah ada sikit lompangnya.DAP masih ada potensi untuk menang. Tapi kalah,

Mungkin calonnya seorang wanita Melayu. Yang mahu tak mahu mesti ditamatkan riwayat hidup politiknya.

Bagaimana pun Mat Sabu dan geng gengnya jangan terlalu gah dengan gelaran professional yang telah direkacipta mereka yang kecewa, terutama sekali Khalid Samad dan Dr Mujahid Yusof yang sering bertindak keterlaluan ketika membuat kenyataan di media massa.

Tengok pada calon Pas di parlimen Sungai Besar, Selangor semacam ada potensi besar boleh menang pada PRK yang akan diadakan 18 Jun ini.


6 comments:

abrarmujahideen said...

PAS usahlah bertanding lawan UMNO gitu Najib da bg green light utk bentangkan Akta 355 Mahkamah Syariah. Berpotensi utk lulus dab dilaksanakan di Kelantan.

Lebai Roger said...

Hudud bukan hudud rupanya.....apa kah Pas tertipu atau Pas menipu? Yg jelas hadi hanya lah khadam Najib.....hadi ulaumak rupenya....bikin semak je.

Unknown said...

Geng ulaumak jgn sombong bila usul sendiri minta ditangguhkan..........berapa ramai sesama islam telah dikapirkan kerana enact355......sedangkan ianya bukan hudud!???? Hadi dah jadi barua ameno....tolol macam lembu!!!!!!

Anonymous said...

Mat sabu lari dari paa kerana geng UG memang mahukan mat sabu yg menentang UG pas dan umno tidak mendapat tempat dalam pas.tak usahlah putarbelit citer sebenar kenapa geng professinal yg menentang uG lari dari Pas..arwah TGNA pun menentang UG pas dan ameno..susah payah ahli2 pas tentang umno tapi pemimpin Pas nak bekerjasama pulak dgn ameno..dAP menentang hudud..mca pun sama jugak..Pas dah jadi balaci ameno..

Anonymous said...

http://alhusseyn51.blogspot.my/2016/06/tuan-ibrahim-patut-suruh-hj-hadi-letak.html?m=1

Anonymous said...

DR. Zuhdi tu pandai ke buat kajian Pas ada kelebihan dlm PRK.sepertiga pengundi adalah bukan melayu..kerana. Pas benci DAP pengundi2 cina takmunkin lagi bagi undi kpd pas..PRU lalu calom pas kalah tipis kerana undi cina..kali ni?..pas akan kalah teruuuk macam di serawak..