Sebut sahaja
nama Mohammad Sabu, teringat penulis dengan nama Ibrahim Ali. Kedua dua orang
tokoh politikus tanahair ini punya perwatakan yang hampir sama.Mereka sama sama
panas baram.
Faktanya, Mohammad
Sabu MP Kubang Kerian selama dua penggal. Ibrahim Ali jadi timbalan menteri
sebelum dipecat dari umno.Demikianlah kehebatannya.
Kehebatan Mat
Sabu, lari keluar Pas setelah kalah teruk
pada muktamar tahun lepas. Bukan dia seorang sahaja yang lari, tetapi
seramai 18 orang.semuanya professional belaka.
Tiba tiba
sahaja, membeli parti PAN (parti pekerja)sebagai wadah memperjuangkan Islam ala
Mat Sabu dan gengnya.
Mat Sabu dilantik
sebagai presiden PAN dan baru baru ini telah buat keputusan untuk letak calon
di kedua dua parlimen yang kosong atas sebab kematian MP umno/BN pada kecelakaan Helikopter di Sarawak.
Dalam diam,
diam nama Mat Sabu telah disenarai pendek sebagai calon yang akan bertanding di
parlimen Sungai Besar, Selangor pada 18 jun 2016 ini.
Pas dah isytihar calon. Dr. Hajah Najihatussalehah binti Ahmad Calon
PAS P067 Kuala Kangsar.Perak dan ADUN
Meru,Yang
Berhormat Dr Haji Abdul Rani bin Osman calon P93 Sungai Besar, Selangor
Lantas teringat
penulis dengan nama Ibrahim Ali yang pernah bertanding pada pilihanraya Kecil DUN Pengkalan pasir
,Pasir Mas Kelantan. Lawan tiga penjuru.Pas,
Umno dan Bebas.
Mengapa
tidak? Ibrahim Ali seorang tokoh hebat dan wibawa yang telah diberi lampu hijau
oleh PAS bertanding tiga penjuru di PRK Pengkalan Pasir, Pasir Mas Kelantan pada 6 Disember 2005 dahulu.
Kebanyakan
penganalisis pas mengatakan kelebihan duduk pada calon pas. Sebab itu telah diberi lampu hijau
kepada Ibrahim Ali bertanding atas calon bebas.
Ramalan
tersebut meleset. Pas kalah, manakala Ibrahim Ali hanya dapat 480 undi
sahaja.Itu Ibrahim Ali yang pernah jadi timbalan menteri dalam Kabinet. Apatah
lagi dengan Mat Sabu yang hanya MP dua penggal dan timbalan presiden Pas.
Barangkali
Pada PRK Pengkalan pasir, Pasir Mas
Kelantan tempohari tiada kajian dibuat. Cuma agak agak sahaja bahawa Pas memang
boleh menang kalau lawan tiga penjuru.Tapi kalah. Itulah kehendak Allah bersama
redhanya.
Paling membimbangkan, kemenangan bersama murka Allah.
Minta dijauhkan.
Akan tetapi
hari ini pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pas sudah buat kajian menerusi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) yang mendapati
pertandingan tiga penjuru di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala
Kangsar akan memberikan kelebihan kepada PAS.
Demikian kata pengarahnya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.Kita
tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Sama samalah kita tunggu dan lihat apakah
ia realistic atau khayalan belaka.
Penulis
tidak tahu bentuk kajian yang dilakukan sehingga tergamak mengatakan
pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar Selangor dan Kuala Kangsar
Perak itu memberi kelebihan kepada PAS.
Bukan setakat
ia memberi kelebihan kepada Pas, malah disebutnya pas boleh menang. Kata menang
terbit dari mulut atau terbit dari kajian yang dibuat.
Dalam dunia
politik cakap sedap mulut dan kaji silidik lebih kurang serupa sahaja.Jika ada
yang tak percaya boleh tanya sesiapa yang terbabit dengankaji sidilik politik
tanahair.
Mereka
sering buat kaji selidik termasuklah Prof DR Mohammad Agus Yusof. Prof Dr Abu Hassan Hasbullah, yang
pernah buat kaji selidik politik tanahair pada PRU11 dan PRU12.
Panulis
berani ramal, jika mat Sabu jadi calon pada PRK Sungai Besar,jadilah macam apa
yang berlaku pada Ibrahim Ali yang hilang wang pertaruhan ketika bertanding
pada PRK Pengkalan Pasir.
Tidak
dinafikan pada PRU 13 Ibrahim Ali memperolehi undi sebanyak 25,384. Itu, adalah
undi umno kerana parlimen Pasir Mas, satu lawan satu.Jika umno masuk, nahas.
Mungkin
dapatlah 2,500 undi yang di campur dengan tiga DUN dalam parlimen Pasir Mas.
Ini berdasarkan undi yang diperolehinya ketika bertanding di DUN Pengkalan
Pasir dahulu.
Pas sukar
untuk menang. Tidak dinafikan pas penah ada PRk parlimen Kuala Terengganu.
Tetapi Faktanya, setiap pilihanraya kecil jarang sekali kemenangan memihak pada
parti pembangkang.
Mengapa tidak?
Kerana segala jentera pilihanraya diturunkan habis habisan, termasuk projek mee
segera macam cendawan tumbuh pada musim hujan.Wang upah undi ditabur begitu
banyak.
Boleh tanya
Ibrahim Ali berapa banyak wang untuk tabor semasa berlaku PRK dalam beg mereka
yang dipertanggungkan untuk beli pengundi oleh umno.
Penulis
telah diberitahu, setiap seorang yang ditugaskan untuk beli undi akan diberi
wang sebanyak RM 500,000.00. agar umno menang mudah dalam satu satu PRK.
Lihat PRK
Teluk Intan. Pada hal kerusi itu adalah kerusi yang dimenang oleh DAP.
Keputusannya, BN juga yang memang. Wal hal DAP belum putus hubungan dengan PAS.
Kerjasama Pas, PKR dan DAP walupun sudah ada sikit lompangnya.DAP masih ada
potensi untuk menang. Tapi kalah,
Mungkin
calonnya seorang wanita Melayu. Yang mahu tak mahu mesti ditamatkan riwayat
hidup politiknya.
Bagaimana
pun Mat Sabu dan geng gengnya jangan terlalu gah dengan gelaran professional
yang telah direkacipta mereka yang kecewa, terutama sekali Khalid Samad dan Dr
Mujahid Yusof yang sering bertindak keterlaluan ketika membuat kenyataan di media
massa.
Tengok pada
calon Pas di parlimen Sungai Besar, Selangor semacam ada potensi besar boleh
menang pada PRK yang akan diadakan 18 Jun ini.
6 comments:
PAS usahlah bertanding lawan UMNO gitu Najib da bg green light utk bentangkan Akta 355 Mahkamah Syariah. Berpotensi utk lulus dab dilaksanakan di Kelantan.
Hudud bukan hudud rupanya.....apa kah Pas tertipu atau Pas menipu? Yg jelas hadi hanya lah khadam Najib.....hadi ulaumak rupenya....bikin semak je.
Geng ulaumak jgn sombong bila usul sendiri minta ditangguhkan..........berapa ramai sesama islam telah dikapirkan kerana enact355......sedangkan ianya bukan hudud!???? Hadi dah jadi barua ameno....tolol macam lembu!!!!!!
Mat sabu lari dari paa kerana geng UG memang mahukan mat sabu yg menentang UG pas dan umno tidak mendapat tempat dalam pas.tak usahlah putarbelit citer sebenar kenapa geng professinal yg menentang uG lari dari Pas..arwah TGNA pun menentang UG pas dan ameno..susah payah ahli2 pas tentang umno tapi pemimpin Pas nak bekerjasama pulak dgn ameno..dAP menentang hudud..mca pun sama jugak..Pas dah jadi balaci ameno..
http://alhusseyn51.blogspot.my/2016/06/tuan-ibrahim-patut-suruh-hj-hadi-letak.html?m=1
DR. Zuhdi tu pandai ke buat kajian Pas ada kelebihan dlm PRK.sepertiga pengundi adalah bukan melayu..kerana. Pas benci DAP pengundi2 cina takmunkin lagi bagi undi kpd pas..PRU lalu calom pas kalah tipis kerana undi cina..kali ni?..pas akan kalah teruuuk macam di serawak..
Post a Comment