Ini adalah cakap penulis dengan beberapa orang kawan ketika minum milo O disalah sebuah kedai di pekan Batu Enam.
Mengapa
hairan dengan DAP dan MCA. Mereka orang kafir yang Allah telah sebut secara
nyata bahawa mereka tidak akan setuju dan redha atau suka dengan Agama Islam.
Penulis
tidak hairan kerana Allah telah nyatakan sejelas jelasnya.Sebaliknya ada orang
Islam yang mengaku beriman dengan Allah pun tidak setuju dengan Ruu 355 yang
dibentang oleh Presiden Pas.
Bukan
setakat tidak bersetuju, malah ada sesetengah mempersenda senda presiden Pas
yang berusaha bersungguh untuk membentang RUU 355 di Parlimen.
Demikian tindak tanduk
mereka yang kafir.Pada hal RUU 355 tidak ada kena mengena dengan batang tubuh
mereka.
Pindaan rang undang-undang itu
bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda
sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan terhadap hukuman semasa Mahkamah Syariah
adalah maksimum penjara tiga tahun,
denda RM5,000 dan enam kali sebatan.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS - Marang) hari ini
membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, yang bertujuan untuk memperkasakan
Mahkamah Syariah.
Oleh itu, yang paliknya orang Islam
sendiri semacam tidak percaya dengan apa yang dinyatakan di dalam Al Quran.
Mereka seolah olah tidak percaya
dengan cakap cakap Allah yang mencipta kita.Kita kata kita beriman dengan Allah
dan Rasulullah SAW, akan tetapi tidak percaya dengan kata Allah yang kafir itu tidak bersetuju dengan Islam.
Allah telah menyatakan dengan
sejelas jelasnya bahawa orang kafir sekali sekali tidak akan bersetuju dan suka
dengan agama Islam.
Bayangkan, diutus nabi kepada mereka
membunuh para nabi dan Rasul. Itu nabi dan rasul. Apatah lagi hendak
memperkasakan undang undang Islam di Mahkamah Syariah di Bumi Malaysia ini yang
agama Islam adalah agama persekutuan.
1 comment:
Memang kebanyakan umat Islam sendiri yang tidak yakin dan percaya dengan apa yang telah dinyatakan oleh Allah didalam Al Quran. Sebab itu umat Islam jadi keliru dan terus keliru miskipun sudah tahu.
Demikian juga dengan ulamak modern. Mereka pun keliru. Bayangkan lemak babi yang ada dalam makan halal, sedangkan emas yang ada dalam perak pun haram bagi lelaki memakainya. itu emas yang kita pakai, makanan kita makan jadi darah daging.
Post a Comment