Monday, April 10, 2017

Agama suku politik suka bukan isu lagi?



Tulisan saya ini berdasarkan satu pertemuan tidak sengaja saya dengan kawan lama saya  di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu Khamis  6 April 2017.

Jika ia bukan isu lagi, mengapa masih ada orang orang umno bercakap bahawa agama tidak ada kena mengena dengan politik.

Mereka berkata Politik, politik dan agama, agama. Kata kata ini domenasinya politik suka agama suku yang jadi dilema orang orang melayu suatu masa dahulu.

Sehubungan itu, berlaku tuduh menuduh antara orang orang pas dengan orang orang umno.

Tuduhan bahawa orang orang pas mengkafir orang orang umno atau dengan kata lain isu kafir mengkafir sesama orang orang Melayu beragama Islam disenyapkan kerana 

penyatuan pas dan umno (penyatuan Melayu) lebih penting
Sejarah telah membuktikan kafir mengkafir sesama umat Islam mula berlaku selepas kewafatan Nabi saw lagi.

Isu kafir mengkafir sesama islam bermula bahawa orang orang Islam di Madinah enggan membayar zakat, sedangkan zakat adalah salah satu rukun Islam.Jika zakat tidak dimasukkan, maka tidak sempurnalah Islam itu.

Maka sesungguhnya barangsiapa yang tidak membayar zakat atau engkar,atau mengatakan zakat itu tidak wajib,mereka adalah kafir dan wajib di perangi.

Di  Malaysia isu kafir mengkafir berlaku lebih awal. Bukan angkara amanat Haji Abdul Hadi Awang yang dikatakan pas kata umno kafir.

Persoalan yang timbul sekarang isu agama suku politik suku bukan isu lagi, belum boleh  diterima akal. Kerana a masih ada orang orang umno bercakap bahawa agama tidak ada kena mengena dengan politik.

Kalau ia bukan isu lagi mengapa masih ada yang bercakap penuh semangat politik tidak boleh campur dengan agama dan isu pas kata umno kata masih segar dan meniti dari mulut kemulut.

Berkata, Politik tidak boleh campur dengan agama masih kedengaran dan isu ini adalah isu yang disenyapkan atas sebab isu pas akan bekerjasama dengan umno.

Jika isu ini di war warkan maka usaha para pemimpin pas/umno untuk menyatukan kedua dua parti  (kerjasama pas dan umno)  mustahil boleh berlaku, kerana orang pas tetap istiqamah bahawa politik suku agama suku salah.

Demikian juga dengan orang orang umno. Mereka tetap istiqamah bahawa politik tidak ada kena mengena dengan agama betul.

Atas sebab itulah orang orang umno boleh buat apa sahaja yang mereka mahu dalam arena politik, kerana agama tidak dalam politik.

Boleh makan riba dan boleh makan rasuah serta boleh salahguna kuasa dan melaku sebarang penyelewengan setelah diberi amanah oleh rakyat jelata memerintah Negara ini.

Politik mereka tidak melarang dan tak salah melanggarnya. Yang melarang itu semua ialah agama yang tidak ada dalam politik umno.

Sebab itu, apabila menang dan jadi wakil rakyat ahli parlimen, menteri, timbalan menteri, perdana menteri dan timbalan perdana asyik duduk kumpul harta.

Pendek kata kebanyakan  orang politik diperingkat atas dan bawah rasa tidak bersalah, (tak berdosa) hatta rompak duit Negara sekalipun, kerana agama tidak ada dalam politik mereka.


No comments: